Pages

Suka tak???

Tuesday, September 28, 2010

Tasik Chini!!!

Cuti pertengahan semestar baru-baru ini aku telah pergi ke salah satu pusat pelancongan yang amat terkenal pada masa dahulu. Tempat yang aku maksudkan ialah Tasik Chini. Setelah sekian lama Tasik Chini dibaikpulih akhirnya siap pertengahan tahun ini. Inilah gambar keadaan di Tasik Chini sekarang.

Sampai je kat situ, aku ngan kawan aku terus menyewa kayak. Gambar ni diambil sebelum aku berkayak di Tasik Chini.Dan berkayaklah aku di tengah-tengah tasik itu. Betapa sukanya kawan aku bila dapat main kayak.

Memang sempoi la main kayak ramai-ramai. Aku yang naik kayak sorang-sorang tu.

Tasik Chini sekarang memang berbeza dengan yang dulu. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sana..






Saturday, September 25, 2010

Badan sebagai Mesin Menilai Tahap Pencemaran

Setelah hampir 2 bulan aku berhenti menulis blog akibat urusan pembelajaran, akhirnya kembali dengan semangat baru.
Kali ini aku nak berkongsi maklumat/teori dengan kawan-kawan semua pasal bagaimana anggota badan boleh menjadi mesin menilai tahap pencemaran di kawasan masing-masing..
Anggota badan yang dimaksudkan ialah:


pictureschat.com

hidung!!!!!!!

Kenapa aku pilih hidung??
Sebab di dalam hidung terdapat filter yang mampu menapis habuk bersaiz mikron....hahaha...itu aku tak pasti la...

Cara nak menilai tahap pencemaran ialah dengan bergantung beberapa kali dalam 1 hari atau 1 minggu anda meng'korek' hidung anda. Atau dengan kata yang sopan men'servis' hidung...

Berikut merupakan statistiknya:
  • 1 minggu=1 kali korek hidung kurang pencemaran
  • 4 hari =1 kali korek hidung tidak berapa tercemar
  • 2 hari =1 kali korek hidung agak-agak tercemar
  • setiap hari korek hidung kawasan korang tercemar tahap dewa


Fakta ini hanyalah rekaan. Kebenarannya masih lagi sedang dikaji. Aku ni pelajar alam sekitar di sebuah ipta. Jadi isu alam sekitar amatlah penting...



Wednesday, July 21, 2010

masuk u...

minggu ke 3 dh aku msuk upm...tp besok dah nak blik la...
rindu kat masakan mak...hahahaha...
mak masak sedap giler...free pulak tu... Kalau kat kolej, sehari mkn habis la dlm 15 ringgit...
mahal tu... Tapi hendak apakan daya dah lumrah alam....



Monday, June 14, 2010

Tanjung Gosong

Baru-baru ni aku ngan kawan2 pergi memancing kat Tanjung Gosong... Kat tempat ni jugak ada 1 kem PLKN..namanya kem tu aku tak bape ingat la, sebab tak ingin tahu pun..niat dari rumah memang nak pergi memancing... Kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi... Sampai sana ada la dlm kul 8.30...sampai2 je tgk air tgh surut..
Kalau air surut mana la banyak ikan.. Ada yang moody nak mancing.. Kawan aku seorang tu memang semangat giler...aku tabik la... Panas pun dia mantain je mancing...
Yang sorang ni pulak,dah jadi mcm mnde pun aku tak tau.. Nak kabo jadi mat bangla,takut terasa pulak.. Diam2 sudah...hehehe
Cuaca memang panas terik bila dah masuk kul 11 pg.. Korg nmpak mmbe ni,sampai buat kanopi nak berteduh..macam dalam cite Lost je...hahaha

Gambar ikan tak tunjuk sebab nanti korang mesti gelak punye...





Wednesday, June 2, 2010

Tengah Pagi!!!

Melepak tgh2 pagi bersama kwn aku.. Cite die start bile tgh lpk2 kt umah je.. Kwn aku yg sorg ni pun tetibe je ajak pg lepak kt kntn.. Padahal umah kt cini.. Jarak cini ke kuantan ade la dlm 85km.. Oleh sbb tgh bosan thp gaban, kami pun plan nk pg kntn mlm tu jgk.. Jam waktu tu bru pkul 11 lbih..tp sume stesen minyak dh ttup, kdai runcit pun same jgk ttup.. Nak pg kuantan pnye psl, kitorang wat dek je pg rumah tauke kedai tu...nasib baik ade minyak.. Kami pun bergerak ke kuantan.. Dlm kul 1 pg, kami pun smpai kt teluk cempedak.. Port peberet aku klu g kntn.. Smpai sne pun bkn wat mnde.. Melepak kosong camtu je.. Pastu pg mkn kt KFC.. Gambar ni di snap pd pkul 3 pg..aku steady je, tp kwn aku tu dh x thn nk tido...hehehe... Klu korg nk tau, kitorang smpai kt cini kul 5.23 pg.. Memang ngantuk giler...tp x la seronok mne sbb pg tu kne bgun awal...



Saturday, May 29, 2010

Kelapa..Penawar di kala kemarau!!!

Panas cam skrg klu jmpe air kelapa memang syok giler.. Kat umah aku ada 2 pokok paras kepala aku je... Setiap masa la aku duk sental air kelapa ni.. Korang tengok kat pokok tu, tak sempat kelapa nak tua, dah hilang... Tak lain tak bukan aku la yang ambik...hehe


Bulat betul kelapa ni.. Bayangkan kalau korang ganti tempat kelapa tu...mst ngeri kan..hahaha
Tak sampai 2 minit aku potong, dah boleh tuai air..


Korang nampak tu, penuh satu gelas.. Fresh giler.. Hilang semua haus dan dahaga..


Bila dah habis air, kena la ambik isi pulak.. Aku tengok gambar pun dah terliur ni..hehe

Akhir sekali, ni la keputusannya.. Segelas air kelapa fresh..
Terbaek dari ladang...



Monday, May 24, 2010

Ayam Kampung

Keje aku kt umah cume tlg mak ngan ayah aku..pnggilan blaja pun lambt lg.. Smentara tu duk la kt umah.. Pkul 1.30 ptg pg amik adik dr skolah.. Sampai je kt umah terus g dapur.. Dgn perut yg dh lapar thp gaban, aku terus ke dapur.. Bkk2 je tudung saji,terus nmpak ayam x pkai baju ni..hahaha

Aku pun ape lg, tempah peha awl2 la.. Nasib baik x bergaduh ngan adik aku..hehe
Baunya x yh ckp la..meletop habiss...


Memang jadi kegemaran aku ni...ayam masak berempah.. Biasa sblm msk, mak aku ptong2 dlu.. Tapi ari ni, tibe2 msk sekor terus.. Mujur x hidup ayam ni... Ayam kampung plak tu...meleleh beb..


Kesimplnnye, aku mkn lauk ayam je..sayur2 x best..hahahaa



Tangkap Ular!!!

Tgk je gambo ular ni, teringat mase aku duk darjah 3 dulu. Mmg penglamn pelik ar.. Sbb mnde aku ckp cmtu, sbb aku mase tu slalu tangkap ular air. Bermula pd satu pagi tu, aku pergi la skolah agama mcm bese.. Kebetulan mlm sblmnya hujan lebat jd penuhla air kat longkang.
Tgh lpk2 ngan membe kt tepi longkang, tiba2 ade kepala ular air timbul..rse menarik ni.. Kami pun selok la nk tgk..maklumla bkn sng nk tgk live ni..tp nsib baek la ular tu beso ibu jari je.. Takde la tkut sngat.. Kwn2 aku pun maen kjar2 ngan ular tu... Aku pun amik plastik kat tepi jln pastu bila ular tu timbul, terus aku tngkap.. Dpt je terus bnuh.. Dlu mse kck2, mne tau ape2 lg..
Start dr ari tu la, kje aku duk tngkap ular je.. Ada ular yang aku tgkap aku jual kt mmbe aku. Sekor dpt la 60sen...hahaha.. yang laku pun cume sekor tu je... Klu x silap aku, dekat 7 -8 ekor jgk aku tgkap mse darjah 3 tu..sumenye yg kck2 je la...klu ular yg beso2 tu, bkn aku yg tngkap die, die plak tngkap aku...mcm2 btol la..hehe



Sunday, May 23, 2010

Lawak Api

Pada satu pagi yang suam-suam kopi, seorang cikgu lelaki masuk ke dalam bilik darjah dengan langkah kiri untuk memulakan pembelajaran.

Amat: Selamat datang cikgu!!!

Cikgu: Baiklah, kamu semua jangan duduk lagi…

Borhan: Kenapa cikgu tak benarkan kami duduk???

Cikgu: Saja-saja. Dah memang hobi cikgu, nak buat macam mana???

Borhan: @#$%& hampeh punya cikgu…

Cikgu: Ok, hari ni cikgu nak ajar kamu bahasa…

Amat: Tak payah ajar cikgu!!!

Cikgu: Kenapa dengan kamu ni??? Belajar pun malas!!!

Amat: Kalau nak setakat belajar bahasa, kami semua dah terer… Cikgu tak payah ajar pun takpe…

Cikgu: Amboi-amboi, takbur betol la kamu semua ni..

Amat: Jangan cikgu!!! Kalau nak melabur pergi la toilet..

Cikgu: Nak gurau-gurau manja pulak dengan cikgu kamu ni!!! Kalau kamu terer sangat, bahasa apa yang kamu pandai??

Amat: Bahasa kurang ajor, cikgu!!!

Cikgu: La…apa yang tak kena dengan kamu ni ha?? Sudah-sudah, hari ni kita belajar tentang api..

Borhan: Best-best.. Cikgu ajar la cepat.. Jangan layan perasaan sangat dengan abu tu..

Cikgu: Ok..kalau korang nak tahu, api ni bila kecil jadi kawan tapi bila dah besar jadi lawan.

Amat: Cikgu!!! Saya tak takut nak lawan dengan api tu..

Cikgu: Aie amat.. Kamu dah macam puas hidup ke??

Amat: Ala cikgu, kita bukannya tak besar-besar pun nanti.. Bila saya dah besar nanti saya lawan la api tu.. Sebelum tu bagi la api tu enjoy puas-puas…

Cikgu: Itu bukan lawan namanya. Itu dah bodoh tahap dewa. Kamu ingat api tu takde expired date ke??

Borhan: Cikgu!!!

Cikgu: Kamu nak apa pulak??

Borhan: Bukannya sume api bila kecik jadi kawan..

Cikgu: Kalau bukan, apa dia??

Borhan: Semut api cikgu!!! Kecik-kecik dah buat jahat. Kalau dah besar nanti,
derhaka dengan mak ayah pulak. Masa dia tengah kecik ni la kena bunuh.. Nanti dah besar, menyusahkan orang pulak..

Cikgu: Sengal unta betol la kamu ni.. Kamu ingat semut tu macam kamu ke?? Malang betul siapa dapat anak murid macam korang ni..

Chin: Cikgu!!!

Cikgu: Mende??

Chin: Saya tahu api apa yang paling jahat..

Cikgu: Apa dia??

Chin: Ni ha cikgu, Borhan dengan Amat api-apikan saya suruh buat cikgu marah. Tapi saya tak buat macam tu, cikgu!!!

Cikgu: Kamu semua ni saja je nak buat paras kolesterol cikgu naik!!!!!!!!!!!

Lantas cikgu kembali ke meja dan bertapa sejenak..



Saturday, May 22, 2010

Berenang Zaman Sekarang

Berenang!!! Bukannya semua orang pandai berenang kt dunia ni.. Berenang pula ada bermacam-macam jenis.. Dan yang paling terkenal ialah berenang gaya bebas.. Macam gambar kat bawah ni ha.. bersemangat giler abang ni..

Tapi ada satu persamaan yang korang tidak perasaan persamaan tidur dengan berenang..Memang la takde orang tidur dalam air, tapi ada orang berenang kat darat..hahaha
Tengok gambar adik ni pula, ni la antara gaya bebas bila tidur.

Tapi mamat sorang ni gaya dia lain sikit..inilah gaya maut.. Nasib baik motor tu tak berjalan. Kalau tak mesti dah jadi superman.

Buat pengetahuan korang, aku dapat idea ni pun masa duduk kat asrama dulu. Macam-macam skill ada... dahsyat...hahaha



Friday, May 21, 2010

Evolusi Memancing

Memancing memang best kalau tengah bosan-bosan ni.. Kena-kena plak, bila mancing dapat ikan besor anaconda..pehh, memang lari orang kampung tengok..

Tapi kalau ikan beso ni korang masak stim, tak jadi la orang kampung nak bla.. Tapi apa yang aku nk cite sebenarnya ialah perbezaan antara memancing masa dulu-dulu dengan memancing pada zaman moden..

Zaman moden ni orang dah tak mancing kat dalam air. Kebanyakan orang mancing kat darat je.. Nama pun mancing awek kan..

Ni la hakikatnya pada zaman sekarang. Yang laki sibuk nak pergi memancing awek. Aku pun tak faham apa yang tak kena ngan orang zaman sekarang. Aku bukannya tak sejtuju kalau ade awek. Cuma takkanlah sampai sebulan sekali tukar awek..
Tayar kereta pun tukar bila dah haus..

Betol la kn...hahaha... Jadi sebelum tido tu, berus gigi selalu..



Thursday, May 20, 2010

Mengisi Masa Lapang!!!


Masa lapang yang ada mestilah digunakan untuk perkara dengan sebaik-baiknya.. Bukannya melepak tak tentu hala dengan perkara yang tidak berfaedah seperti merokok, berdating dan juga merempit..

Dahsyat betul la gambar ni.. Bayangkan kemungkinan yang akan diorang dapat. Kalau tak jatuh masa merempit, mesti diorang akan tersepit apabila merempit satu hari nanti.

Antara cara yang bagus untuk meluangkan masa lapang ialah dengan melayari internet. Bermacam-macam jenis maklumat boleh kita dapat. Cuma janganlah tengok benda yang bukan-bukan..

Korang tengok kakak ni, kusyuk dengan komputer dia untuk mencari maklumat. Sampai tak perasan kena ambil gambar. Untuk makluman, kakak ni memang kerja kat sini..hahaha...
jgn marah...



Wednesday, May 19, 2010

Zaman Sekolah Rendah

Waktu ni semua tengah berhingus lagi.. Mula-mula aku tengok gambar ni pun aku tak tahu aku yang mana 1..mujur kawan aku yang beritahu..hahaha..Mungkin dah terlebih matang kot.. Tengok muka-muka kawan sekarang dengan yang dulu memang dah berubah la...ada yang dah kahwin,cepat betol la...korang nak tahu aku yang mana satu?? aku duduk barisan paling atas, yang ke 5 dari belah kiri.. yang mana nak komen aku tu, jangan komen lebih-lebih.. malu..huahahahaha

Tuesday, May 18, 2010

Sayur!!!

Panduan mengenai sayur-sayuran sebelum membeli:
  • Pilih sayuran berdaun mempunyai tekstur yang teguh dan warna yang cantik.

  • Pilih sayuran jenis akar dan buah yang teguh dan berwarna cerah.

  • Elakkan daripada mengambil sayuran jenis buah yang lebam dan yang mempunyai kulit yang pecah.

  • Sayur-sayuran yang segar dari pasar adalah yang terbaik. Sayuran dalam tin boleh dimakan sekali-sekala.

Monday, May 17, 2010

Khemah



Sebut je pasal khemah, pasti orang ingat berkhemah kt hutan.. Ada juaga orang ingat akan nyamuk-nyamuk ketika berkhemah.. Tapi yang pastinya bukan tu aku nak cerita hari ni.. Aku nak cerita 1 tempat perkhemahan yang paling best. Gambar aku kat atas ni diambil semasa aku berkhemah di pusat membeli belah kt dalam East Coast Mall, Kuantan. Kat sini korang tak payah risau apa-apa.. Hujan tak kena, nyamuk pun tak ada.. Kalau makanan jangan cakap la, berdozen-dozen dan bemacam-macam jenis ada. Kemungkinan yang tinggal hanyalah korang akan dipelangkung oleh sekuriti di situ...Jadi pikir-pikirlah pape yang patut k...

Sunday, May 16, 2010

Sekolah Tempat Aku Belajar


Sekolah Menengah Ahmad, sekolah kat mana aku belajar tingkatan 6 dari tahun 2008 sampai la tahun 2009. Mula-mula nak masuk sekolah rasa macam tak best je...tapi lepas dah belajar dan tinggal kat asrama, rasa memang lain.. Sekarang dah habis, rasa rindu pulak..


Pemandangan dari depan..kalau korang nak tau,sekolah ni dah ditubuhkan dari tahun 1954.. Ramai tokoh-tokoh terkenal pernah sekolah kt sini.. Bangga aku..


Ni la gambar dewan sekolah..Tempat aku paling tak nak pergi sebab ada perhimpunan.


Ni pulak kantin tempat rehat. Tak la sebesar mana tetapi cukup untuk menampung pelajar sekolah. Menu istimewa yang menjadi kegilaan pelajar ialah nasi lemak double..hahaha...2 ringgit je pun...Kawan aku siap ketagih lagi tu...

Saturday, May 15, 2010

XPDC


Baru-baru ni aku ade pg Teluk Cempedak. Mula2 ingt nk pg ambik angin je, tp dh trlampau bosan kne la wat sesuatu yg best...

Ni gambo sblm wat projek tu...sume tgk ok je...tp lepas tu...


korg tgk kwn2 aku ni...hbs sume mnde klu bleh tnggal,diorang nk tanggal..
Sbnrnye kami pg panjat bukit kt Teluk Chempedak.. ingatkn dekat je,tp skali naik...fuh,berpeluh giler2.. Mase tgh panjat bukit tu, aku terserempak ngan uncle cina...bkn sorg dua,ada la dlm 5 6 org.. melayu xde pun..konpius jgk aku..

Macam ni la keadaan kt bukit tu...xde la seram sangat..
Mase tgh daki bukit tu tiba-tiba terjumpa,

ulat gonggok sepanjang kasut saiz 10..Beso gler... Ngeri2...

Friday, May 14, 2010

Awek-awek Form 6

Ni la di antara penyeri keadaan sewaktu aku belajar di tingkatan enam dulu.. Kebanyakannya dapat anugerah pelajar cemerlang stpm..Kalau korang baca, jangan senyum lebih sangat k.. Aku pun tak tahu bila gambar ni diambil.. Tapi yang pastinya sungguh cantik backgroundnye...hahaha... Siapa-siapa yang nak ngorat, boleh la ejas sendiri...heheheh

7 Keajaiban Dunia

Mungkin ramai tidak tahu tentang 7 Keajaiban Dunia. Mari kita lihat sekali imbas.

1. Grand Canyon

Grand Canyon adalah sebuah jurang tebing-terjal, diukir oleh Sungai Colorado, di utara Arizona. Grand Canyon pertama kali dilihat oleh orang Eropah pada 1540, García López de Cárdenas dari Sepanyol

2. Great Barrier Reef/Karang Penghalang Besar

Great Barrier Reef adalah kumpulan terumbu karang yang terbesar dunia terdiri daripada lebih kurang 3.000 karang dan 900 pulau, yang membentang sepanjang 2.600 km. Karang ini bertempat di Laut Koral, berhampiran Queensland di timur laut Australia


3. Mount Everest

Mount Everest adalah gunung tertinggi di dunia (jika diukur dari paras laut). Gunung ini mempunyai ketinggian sekitar 8850 m. Gunung ini mendapatkan nama bahasa Inggrisnya dari nama Sir George Everest.



4. Victoria Waterfalls

Air terjun Victoria merupakan antara salah satu air terjun paling spektakuler di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi, yang pada ketika ini membentuk sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki lebar kira-kira 1.6 km, dengan ketinggian 128m.


5. Northern Lights

Selain itu, salah satu keajaiban dunia adalah Northern Lights atau dikenal juga dengan istilah Aurora Borealis. Kejaiban cahaya warna-warni ini terbentuk akibat interaksi lapangan magnetik di Bumi dengan partikel matahari.


6.Paricutín Volcano

Paricutín Volcano, adalah sebuah gunung berapi yang terdapat di negara Michoacan, Mexico. Sebelum tahun 1943 gunung berapi ini belum lagi wujud, namun tiba-tiba terdapat tindak balas vulkanik menyebabkan gunung muda itu terus bertambah tinggi, dalam sehari boleh menjadi 50 meter. Walaupun begitu, pada masa ini tindak balasnya telah berhenti dan ketinggian gunung mencapai setinggi 336 meter.

7. Rio de Janeiro Port

Rio de Janeiro (bermakna “Sungai Januari” dalam bahasa Portugis) adalah ibu kota Negara Brasi. Kota ini mempunyai keluasan seluas 1.256 km² dan penduduk sekitar 6150000 juta orang (2004). Rio de Janeiro Raya sekarang merupakan kota keempat terbesar di dunia. Lokasi pelabuhan Rio De Janeiro sangat unik kerana berada tepat di hujung muara sungai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...