Pages

Suka tak???

Tuesday, September 28, 2010

Tasik Chini!!!

Cuti pertengahan semestar baru-baru ini aku telah pergi ke salah satu pusat pelancongan yang amat terkenal pada masa dahulu. Tempat yang aku maksudkan ialah Tasik Chini. Setelah sekian lama Tasik Chini dibaikpulih akhirnya siap pertengahan tahun ini. Inilah gambar keadaan di Tasik Chini sekarang.

Sampai je kat situ, aku ngan kawan aku terus menyewa kayak. Gambar ni diambil sebelum aku berkayak di Tasik Chini.Dan berkayaklah aku di tengah-tengah tasik itu. Betapa sukanya kawan aku bila dapat main kayak.

Memang sempoi la main kayak ramai-ramai. Aku yang naik kayak sorang-sorang tu.

Tasik Chini sekarang memang berbeza dengan yang dulu. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sana..






Saturday, September 25, 2010

Badan sebagai Mesin Menilai Tahap Pencemaran

Setelah hampir 2 bulan aku berhenti menulis blog akibat urusan pembelajaran, akhirnya kembali dengan semangat baru.
Kali ini aku nak berkongsi maklumat/teori dengan kawan-kawan semua pasal bagaimana anggota badan boleh menjadi mesin menilai tahap pencemaran di kawasan masing-masing..
Anggota badan yang dimaksudkan ialah:


pictureschat.com

hidung!!!!!!!

Kenapa aku pilih hidung??
Sebab di dalam hidung terdapat filter yang mampu menapis habuk bersaiz mikron....hahaha...itu aku tak pasti la...

Cara nak menilai tahap pencemaran ialah dengan bergantung beberapa kali dalam 1 hari atau 1 minggu anda meng'korek' hidung anda. Atau dengan kata yang sopan men'servis' hidung...

Berikut merupakan statistiknya:
  • 1 minggu=1 kali korek hidung kurang pencemaran
  • 4 hari =1 kali korek hidung tidak berapa tercemar
  • 2 hari =1 kali korek hidung agak-agak tercemar
  • setiap hari korek hidung kawasan korang tercemar tahap dewa


Fakta ini hanyalah rekaan. Kebenarannya masih lagi sedang dikaji. Aku ni pelajar alam sekitar di sebuah ipta. Jadi isu alam sekitar amatlah penting...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...