Pages

Suka tak???

Wednesday, May 25, 2011

Kali ke-3 masuk BALAI POLIS



Mesti kebanyakan orang fikir aku insan bertuah kan? Senang-senang je keluar masuk balai polis. Tapi memang pun, jalan nak masuk ke balai polis bukan susah macam nak panjat gunung. Aku rasa, sebelum aku cerita kenapa aku masuk balai polis kali ke-3 ni. baik aku cerita yang ke pertama dulu. Tak best la cerita kalau storyline pendek sangat kan. Lagipun tak expect pun cerita yang aku nak cerita ni cerita yang best.

1st time aku masuk balai polis waktu aku tingkatan 5. Kenapa aku masuk time 2, aku pun tak tahu kenapa. Cerita dia macam ni, aku lepak la dengan kawan-kawan kat kedai minum. Nak minum-minum petang la ni kononnya. Lepas itu, datang la seorang kawan ni dengan muka gelabah. Kitorang semua pun takde la pelik sangat, sebab masa kawan ni datang, dia bawak sekali polis peronda. Apa masalah dia pun aku tak tahu. Kawan ni pun lepak la sekali dengan kitorang. Tiba-tiba je polis peronda tu datang lepak sekali. Seingat aku la, takde pun kawan-kawan aku ajak polis tu lepak sekali. Datang-datang je, polis tu suruh masuk dalam trak. Lepastu kene polis tu bawak kami pergi balai polis berhampiran dengan kawasan kejadian. Masing-masing pun panik tak keruan la. Sampai kat balai, kitorang di suruh buat urine test. Dengan kekuda lutut yang bergoyang-goyang, kitorang pun buat la. Sementara tunggu urine test, kami kene la soal jawab dengan polis. Polis tu tanya, ade ambil dadah atau sewaktu dengannya tak? Semua cakap la tak. Keputusannya, semua negatif dan kitorang pun dilepaskan semula. Dah tak pasal-pasal kena masuk balai.

2nd time ni pula, aku masuk sebab kes lain. Mula-mula, aku pergi la melawat kawan aku dengan kawan sorang aku ni. Naik sebiji motor je masa tu. Dah puas lepak umah kawan ni, aku dengan kawan aku pun balik la. Nak dijadikan kisah, kami pun ingat nak pusing-pusing la kampung dulu. Tapi aku terlupa, malam tu roadblock banyak macam semut. Maklumla, malam merdeka. Confirm ramai remaja di luar sana yang merempit di sana sini. Kami pun bersiar-siar la naik motor. Waktu tu dah lebih pukul 12. Tengah sedap-sedap mengumpat atas motor, terjumpa pula roadblock. Mujur la lepas. Kami pun jalan la semula. Tak sempat nak masuk gear 3, dah ada roadblock lagi. Mak aih, terkejut aku. Masa ni la klimaks malam tu. Tiba-tiba je pak cik yang jaga time tu ambil kunci motor. Pastu dia ingat aku pergi merempit. Aku pun angin la, dah la bawak slow..pastu naik motor bapak aku pula tu. Motor dah stanby nak pergi hantar muzium pun nak tahan. Tak leh tahan betol la aku. Last-last, motor kene angkut pergi balai polis yang berhampiran kawasan kejadian juga. Dalam kepala aku. memang sah-sah kene saman ni. Nasib baik pandai mengayat abang polis yang bertugas. Ingat dah boleh balik rumah. Rupan-rupanya bersyarat. Dia cakap, kalau tak nak kene saman, kene teman dia kat balai tu. Sampai rumah dekat pukul 2 juga la. Kalau aku tidur la, dah berapa chapter mimpi aku boleh katam.

Kali ke-3 ni yang aku tak boleh nak lupa. Siap ingat tarikh dan waktu lagi. 25/5/2011 jam 11.++p.m. Memang la aku ingat, baru je berlaku semalam. Macam ni starting point dia, Semalam aku g jenjalan dengan kawan-kawan aku kat Kuantan. Nak bersuka ria la ni. Pergi cinema layan movie Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides,fulamak! Yang peliknya, aku mengantuk cam apa ntah masa layan movie ni. Pastu kitorang pergi la karaoke. Biasa la kan, remaja sekarang memang suka membazir kat benda yang bukan-bukan. Habis je karaoke, masing-masing plan nak pergi makan KFC kt Teluk Chempedak la kononnya. Masa nak masuk kereta kat parking, aku jolok kunci punya la bagai nak mati. Tak terbuka juga pintu kereta tu. Memang cuak la time ni. Pandang je kereta belakang, eh kereta Wira siapa tu? entah macam mana boleh tersilap kereta pula ni. Macam-macam betul la. Dengan muka tak tahu nak tahan malunya, pergi lama masuk dalam kereta. Dah la hujan time tu. Kami pun berangkat la pergi Teluk Chempedak dengan perut yang lapar. Lagi 701 meter nak sampai kat Teluk Chempedak, tiba-tiba van sebiji langgar dari belakang. Peh, melompat aku dalam kereta time tu. Tengok-tengok kat depan, berasap je. Pantas aku keluar kereta nak tengok. Bukan aku 2 biji je yang kene, dekat 5 biji kereta juga la. 1st time aku kene camtu. Rasa nak marah jangan nak cakap, memang specchless tak tercakap marah aku. Rasa nak jadi hulk je bila keluar kereta. Tak kira la Incredible Hulk ke Hulk Hogan ke. Tapi fikir-fikir balik benda dah jadi, sabar je la. Nak marah pun, buat kacau emosi aku je. Tak pasal-pasal malam semalam lepak balai polis sampai 2 pagi. Tapi bahagian trafik la. Dari nak bersuka ria, tukar jadi bermuram durja.


p/s: xleh la merayap jauh2 pasni...huhu

Saturday, May 7, 2011

MLM (mean lost members)

Tengah lepak-lepak dengan member kat rumah member bersama member sekalian. Terpikir pulak pasal MLM. Sekarang ni boleh dikatakan memang ramai orang yang join MLM. Kita pun sedia maklum bahawa bermacam-macam jenis MLM ada kat Malaysia ni. Yang halal ade, yang haram lagi la ada. Kalau duduk tunggu bas kat bus stop, macam-macam jenis sticker promote ada pasal MLM.

Aku nak bangkitkan cerita MLM ni bukan sebab aku benci MLM ni. Aku pun tak tahu, entah-entah satu hari nanti tergerak jugak aku nak join MLM. Memang tak dapat dinafikan la, dari MLM ni banyak JUTAWAN telah dilahirkan. Tapi bagi aku, kalau seorang jutawan dilahirkan daripada pengorbanan ramai orang bawahan mereka..tak guna jugak. Kita pun tahu sedia maklum macam mana MLM beroperasi. So, lambat laun tetap berlaku penindasan. Maaf la kepada sesiapa yang terasa, aku tak bermaksud macam tu pun. Cuma nak meluahkan apa yang terbuku je.

Lepas tu, yang aku tak berapa nak berkenan bila kawan-kawan ajak join MLM bawah dia. Mula-mula diorang mesti cakap sekadar dengar taklimat je. Bila dah dengar, kalau tak nak join pun takpe. Tapi, bila dah dengar taklimat, kebanyakan mereka seolah memaksa suruh kita join jugak. Time ni la, kita yang takde pape tiba-tiba jadi serba salah. Last-last, kawan yang jadi rapat pun bergaduh. Membe yang duduk sebilik pun jadi masam muka. Tak patut la kan. Tak tahu la kalau ada orang yang suka kalau hidup dia macam tu.

Kesimpulannya, penceramah MLM selalu sebut bukan senang nak senang. Patutnya diorang yang kene pegang kata-kata ni dulu. Diorang kene ingat, bukan senang nak mengajak orang senang-senang je join MLM. Diorang kene tau bukan semua pemikiran orang seperti yang mereka pikirkan.



p/s: sorry...

Monday, May 2, 2011

Pagi-pagi buta!!!!


ketika orang sedang nyenyak tidur,

ketika cahaya bulan tiada lagi akibat hujan,

ketika katak bernyanyi-nyanyi lagu2 klasik,

ketika suasana seram sejuk menaikkan bulu roma,

ketika kedengaran bunyi-bunyi tapak kaki orang pergi toilet,

ketika angin-angin kipas mendayu di muka,

ketika mata mulai kuyu dan nak tidur,

ketika dh standby nk landing atas katil,

Time ni la aku sibuk nk update blog. Bukan apa, baru je lpas menghadap note biology tuk paper ari selasa nnt. Nak bgtau la kt korg tahap stress aku skrg ni, korg penah rasa x neuron korg kene tarik...dh la kene tarik, pastu kene sentap2 plak.. Nk tercabut dh otak ni.

Elok2 study biol-ogy, sok bagun pagi jd biol plak..haha... Sebut je pasal study ni, teringat mmbe aku 2 3 org masa duk asrama dlu. Aku ingt diorg, ntah2 diorg ingt aku pun tidak...abaikan la..hehe... Memang rindu la masa asrama dulu. Teringat time EURO dlu..masing-masing duk gila bola. Punya semangat nk tgk final Spain lwn Germany, smpi snggup curi-curi tgk kt surau ni. Time tu tv kt surau sbb ade senior alih. Ada la dlm kul 4 lbh gitu la...

Baru je nk lyn 2nd half, tiba-tiba lampu surau menyala. Yg kwn aku ni dh nk start marah bdk yg bukak lampu tu. Pandang je blakang, tgk warden duk terpacak dpn pintu. Ape lagi, berjaga smpi pg la..kene denda. Yg xleh thn, time jemaah subuh la...kene kutuk ngan membe2...

Memang rasa nk mengamuk la time tu. Tp mujur la sempat tgk Torres score goal. Klu x sia2 je bgun tgh pagi bute...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...