Pages

Suka tak???

Saturday, October 1, 2011

Kehidupan Kampus!!!



Minggu ni genap la kot 3 minggu duduk kampus. Kalau nak dibandingkan dengan semester lepas dan yang lepas-lepas, semester ni la yang paling mencabar. Tiap-tiap minggu ada saja benda yang buat aku stress. Assignment yang datang bukannya sehelai dua helai je, dah macam air dah ni. Masuk kuliah tangan kosong. Balik kuliah, semua poket seluar, poket baju, poket beg penuh dengan soalan assignment. Yang pasti, minggu depan kene hantar.

Nampak tak meja study aku, ni bukan saja-saja sepahkan nak mintak simpati. Inilah realitinya setiap minggu. Meja penuh dengan assignment yang tak siap. Bosan gila nak mengadap benda ni, tu yang aku update blog. Kalau tak bosan, mesti gambar aku ada sekali kat dalam gambar di atas.

Selain itu, ada banyak lagi la perkara yang buat aku stress. Kalau bukan assignment yang buat aku stress, mesti stress duduk terperuk dalam bilik je. Semester lepas, memang la kena duduk dalam bilik je. Nak keluar ke mall pun, bukannya senang. Banyak dugaan kena tempuhi dan takluki sebelum sampai. Tapi semester ni, dah ada transpot sendiri pun macam tu juga.

Korang tau kan ni motor apa. Semua benda pasal motor ni ok. Tapi ada satu hal je yang buatkan motor ni tak ok. Minyak motor ni punyalah mencekik darah sampai ke tahap memerah dompet aku. Dompet kalau berisi emas dan tembaga takpe la juga. Punya la nak bayangkan betapa kuatnya motor ni guna minyak. Sebab tu kalau weekend duduk dalam bilik je. Jimat duit la katakan.

Macam ni la, life aku kat kampus. Motor tu pun setakat buat pergi balik kelas je. Nak pergi merayap jauh-jauh pun, duit habis tuk isi minyak je. Ada kawan tu, ajak datang Seremban. Kalau nak belanja makan, boleh la nak dipertimbangkan.

p/s: siapa-siapa nak buat kenduri, jemput la aku ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...