Pages

Suka tak???

Friday, November 30, 2012

Tup...tap...tup...tap... Dah siap!!!


 Resepi bujang kali ini ingin berkongsi sebuah resepi yang mudah, cepat dan berkesan untuk remaja mahupun yang telah berumah tangga di luar sana. Resepi yang bukan sahaja ringas, malah didatangkan juga dengan satu foto yang mampu menambat hati sanubari jiwa raga anda. Ok, seperti biasa tidak payah nak pening-pening kepala, tidak payah nak telefon mak kat kampung nak tanya resepi apa nak masak, cuma duduk di hadapan laptop dan baca resepi terbaru keluaran 'Resepi Bujang'. Dan dingatkan bahawa, segala persamaan atau ketidaksedapan ketika anda memasak adalah di tanggung oleh bahu anda sendiri, bukan bahu aku.haha

Dah nama pun resepi bujang kan, apa nak pening-pening untuk masak makan malam. Pergi kedai, cari la nugget ayam sebungkus. Biasanya boleh tahan 3 4 hari, bergantung kepada saiz fizikal dan saiz perut anda.  Serius aku tak tipu korang, member aku badan kecik je tapu bab makan macam apa entah. Dah beli tu, goreng la sampai masak. Apa yang aku mengarut malam ni pun aku tidak tahu lagi.


Tak boleh goreng nugget je, nanti tak seimbang. Untuk memenuhi selera aku, aku goreng 2 biji telur buat scramble egg. Baru ada zat sikit. Kepada yang nak tambah berat badan, tambah la lagi bilangan telur tu. Tambah sebiji ke, dua biji ke, sesarang pun tiada masalah. Biasa orang-orang bujang diluar sana suka makan telur, nasi dengan kicap je. Tapi kalau nak makan tu berselera, upgrade la sikit masakan tu abang oiii.


Untuk menambahkan lagi rasa sedap disamping rasa kenyang ketika makan tu, aku tumis sambal untuk dimasukkan nugget dan scramble egg ke dalamnya. Baru la ada rasa rencah-rencah kehidupan ketika makan nanti. Manis, masam, pedas, kenyang, macam-macam ada la. Last sekali, mata duk tertutup separuh tak tahan sebab rasa ngantuk akibat makan banyak sangat. Masakan kali ini aku masak tau. Orang kata, masakan ni melambangkan personaliti pemasak tu. Korang tengok masakan aku ni, korang nampak apa? Nampak tak ke'simple'an dalam menu aku ni..haha. (lagipun ini je barang dapur yang ada, tak sempat pergi beli sebab busy study siang malam). Sekurang-kurangnya aku ni ada lagi apa yang nak dimakan. Kalau nak dibandingkan dengan anak-anak kat Palestin tu, tak tahu la diorang ada makanan ke tidak.


Seperti yang dijanjikan, satu foto yang mampu menambat hati sanubari jiwa raga anda. Inilah gambar lembu aku yang aku snap masa aku pergi MAHA semalam. Penat berjalan memang tak tahu nak diungkapkan dengan kata-kata la, pergi pukul 3 p.m, balik pukul 10 p.m. Lembik kaki nak berjalan. Walauapapun, korang enjoy la gambar lembu ini ye..


Friday, November 23, 2012

Sup GearBox ala Thai dimasukkan meatball kedalamnya

Kali ini resepi bujang ingin mempersembahkan antara salah satu projek mega yang telah berjaya dijalankan. Masakan kali ini melibatkan tiga ketul gearbox yang bersaiz XL dan dimasak ala-ala masakan Thailand. Aku sebenarnya tiada idea la nak buat intro gempak-gempak. Sebab aku sekarang ni tengah dalam mood study, ada 4 paper yang kena jawab minggu depan. So, aku rasa dari penat fikir intro yang gempak-gempak, baik aku rehatkan neuron-neuron aku untuk study jap lagi. Masakan ni dimasak khas oleh kawan aku. Kalau ada sesiapa nak berkenalan dengan kawan aku yang superb bab memasak, sila tinggalkan email di bawah. Nanti aku bagi la maklumat apa-apa yang patut. 

Ok, sekarang kita berbalik kepada motif kita iaitu sup gearbox. Macam biasa la, kalau lembutkan daging kena la rebus lama sedikit. Tapi kalau nak lembutkan tulang, memang kena tunggu million of years la baru boleh lembut. Kitorang masak dalam rice cooker je sup ni. So, sesiapa yang ada tu boleh la mencuba.


Lepas tu ambil sebiji cili merah yang besar, ditumbuk-tumbuk menggunakan lesung. Lepas tu campurkan dalam sup kita tadi tu.


Aku pun tertanya-tanya, betul ke tidak kawan aku ni? First time aku tengok orang masak camni.


Keadaan sup selepas dicampurkan dengan cili merah yang ditumbuk tadi.


Kemudian masukkan bawah besar yang dihiris bulat. Aku tak ingat la dia masukkan apa lagi.


Bukan sahaja tentera ada tentera darat. Menumis pun ada tumis darat. Bahan-bahan tumis adalah seperti bahan seperti membuat sup biasa. Dan agak-agak naik bau satu floor, masukkan tumisan tu ke dalam sup. Kacau dan biarkan seketika.


Kitorang campur sekali dengan meatball untuk menaikkan adrenalin ketika makan sup ni nanti. Baru la terangkat nak makan. Selepas tu, masukkan tomato secukup rasa, dan perahkan sedikit asam limau dan daun limau purut serta lobak merah bersama garam yang secukupnya.


Lepas selesai semua langkah di atas, kena la tunggu sampai mendidih. Gambar di bawah adalah gearbox-nya. 3 gearbox untuk 3 orang makan. Terbaek la, siap dengan meatball lagi tu.


Aku sebenarnya tak pasti la resepi ni lengkap ke tidak. Korang kena cari reference la, takut-takut yang aku beritahu ni tak sama dengan resepi original. Segala komen dan nasihat apatah lagi pandangan, aku akan terima dengan rela hati dan berlapang dada. Kalau ada sesiapa nak mencuba, kalau ada apa-apa masalah tanggung sendiri ok..haha

Tuesday, November 20, 2012

Durian terbaek hanya di UPM. Dusun no 1 anda.


Kali ni aku semangat nak bercerita pasal durian. Aku tak kira la siapa nak marah, nak membebel ke, aku tetap nak cerita pasal durian. Nak diberitakan punya la sedap durian UPM ni, sampai tak masuk berita kat mana tv. Tapi still ramai orang yang datang nak beli durian kt UPM. Segenap lapisan masyarakat, menjangkau lapisan kaum, dan tanpa mengira agama telah datang membeli durian pada pagi tadi. Korang tengok je la gambar kat bawah ni, anak kecil, student tak kira lelaki mahupun perempuan, staff-staff UPM, malah orang luar turut sama datang. Cukup la tu rasanya intro untuk kali ini, mari kita bercerita tentang klimaks dan peleraiannya.


Mula-mula begini ceritanya, pagi tu aku dah round area tepi dusun mana la tau ada durian yang jatuh di luar pagar. Pukul 5 pagi pula tu dengan member aku. Tapi tak ada rezeki, so kami balik la dengan keadaan kecewanya di lubuk hati ini. Dengan rasa tidak puas hatinya, lepas kelas aku pergi la pusing-pusing kat area dusun durian lagi dan keputusannya masih lagi sama, dengan tiada bayang durian kelihatan di mana-mana.
Lastly, kitorang pun pergi la Taman Pertanian Universiti a.k.a TPU dalam pukul 9.45 a.m gitu la. 


Bukak je pintu pusat jualan TPU, terus bau durian menusuk hidung bak jari tertusuk sembilu. Pedih dan geram dibuatnya..haha. Tunggu la sampi 10.30 a.m baru la lori durian sampai. Penat juga la tunggu sebab pekerja kat situ cakap lori biasa sampai pukul 10.15 a.m. Memang 15 minit korang rasa sekejap je. Bagi aku la, dengan bau duriannya, tengok orang sebelah makan durian yang dah siap bungkusnya, memang tak tahan beb. Sampai je lori  ni, masing-masing dah stanby. 


Turun je buah tu, masing-masing pakat serbu. Nak yang itu, nak yang ini, ambik yang itu, ambik yang ini, ini lagi elok, yang ambik tadi kurang elok la. Macam-macam ragam (aku la ni). Nasib baik makcik-makcik dan ibu-ibu tiada keupayaan fizikal seperti lelaki. Kalau tak, confirm ada skali dalam gambar ni..haha.


Ingatkan satu lori je yang datang, pastu mari lagi sebiji lori yang sarat dengan muatan. Buah durian semua fresh macam buah strawberi dekat Cameron Highland. Apa lagi abang-abang kat sini, rambang mata la. Sebelum terlupa, harga durian untuk Gred A adalah sebanyak rm5 per kg dan untuk Gred B adalah sebanyak rm3 per kg. Agak murah kalau nak dibandingkan dengan durian di pasaran luar mahupun di pasaran gelap (pasar malam).


Akhir kata, aku nak kongsikan sedikit tips ketika memilih durian. Memilih durian tidak sama macam kita nak pilih baju. Tak sama juga macam kita pilih bakal suami/isteri. Tiada degree mahupun master apatah lagi pHd yang diperlukan untuk mempraktikkan tips ini. Hanya tengok duri durian kalau nak tau durian tu sedap ke tidak. Duri yang tajam dan rapat selalunya isi sedap. Kalau tak puas hati lagi, cuba goncang durian tu kuat-kuat, kalau rasa isi durian tu terhuyung-hayang, maka sedaplah isi durian terbabit. Boleh cuba salah satu, ataupun kedua-duanya sekali. Selamat mencuba.

Steam-ing your belly


Menu resepi bujang kali ini adalah sangat simple, murah, dan berkesan menangani kelaparan. Semalam kitorang buat steambot kat dalam bilik. Aku tak mampu nak huraikan dengan kata-kata macam mana perasaan bila makan steambot ni. Biarlah perut yang berbicara. Kawan aku la punya idea ni. Dia yang beli semua bahan-bahan mentah seperti gambar di bawah. Macam-macam jenis ball ada, prawn ball, chicken ball and etc. Untuk pengetahuan pembaca, kos semua ni tak sampai pun RM 40. Agak saving la juga, kalau nak dibandingkan dengan Red Wok, Bangi ataupun Seoul Garden dekat IOI Mall, Puchong.


Kuah tomyam dijadikan medium untuk memasak bahan-bahan di atas. Kenapa pilih tomyam? Sebab cepat, mudah, dan berkesan. Potong bawang, potong itu, potong ini, campak itu, campak ini, dah setel. Aku tengok kawan aku buat la. Bukan aku yang buat pun. Haha


Korang nampak tak apa tu? Beraneka jenis makanan ada. Time nak makan ni, memang excited gila. Punya la tak makan apa dari petang semata-mata nak makan steambot ni. Pastu masukkan kan la makanan ni dalam tomyam yang telah disediakan tadi.


Tengah lapar-lapar tu, ingat dah boleh makan terus. Kene tunggu pula sampai biar masak. Memang menguji kesabaran dan mental betol la. Sambil-sambil tunggu tu, layan cerita Step-up Revolution..terbaek punye cerita. 5 minit tunggu, akhirnya dah boleh makan.


Juadah ni sesuai untuk 5 orang makan. Tapi aku dengan kawan aku 4 orang (total 5 orang) pun tak larat nak makan semua. Selebihnya, simpan balik dalam peti sejuk. Perut kenyang tak terkata. Elok-elok mood malam tu nak buat report, jadi mengantuk dan perut menguasai minda. Bantal memanggil sayu, selimut melambai malu, katil tersenyum sipu..haha. So, pagi ni juga la baru boleh update. Kejap lagi mula la kelam kabut nak buat report, petang kang kena submit dah. 

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada adik perempuan aku yang telah berjaya mendapat 5 A dalam UPSR. Belajar tu elok-elok, banyak lagi dugaan dan ujian yang nak kena tempuh. Ingat pesan mak ngan abah. Jangan nak mintak macam-macam dengan aku dah la. Aku harap dia faham keadaan aku sebagai student di sini. 

p/s: Dengan semangatnya bangun pagi awal untuk mencari durian, tapi tak ada rezeki.

Monday, November 5, 2012

Mencurah lagi


Hujan lebat mencurah lagi, kali ni aku dengan bertemankan secawan teh akan cuba memerah otak untuk menulis entry. Mesti ada yang diluar sana bertanyakan 'Kenapa ko tak pergi tidur je mael, kan time hujan seronok tidur'. Aku dengan ringkasnya memberikan jawapan, 'Aku pun baru je bangun dari tidur'. Haha

Hujan dekat area Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dikatakan setiap hari berlaku. Boleh kira dengan jari la berapa hari yang tak hujan, sejak dari 3 minggu yang lepas. Bila petang je, mesti hujan. Bila hujan je, mesti ramai tak pergi kelas sebab habis basah kalau naik motor. Bila tak pergi kelas je, sah ramai yang tidur. Bila ramai yang tidur, mesti wireless dekat area kolej laju bak lipas kudung. Aku bukan nak menggambarkan keburukan hujan ye. Cuma nak kaitkan dengan persekitaran semasa. 

  

Hujan ni sebenarnya bagus untuk mengawal pencemaran udara dekat kawasan sekeliling. Partikel-partikel yang terapung di udara ( asap, kotoran dan habuk daripada kilang-kilang, pertanian, dan jalan raya, toksik sebatian organik, aerosol dan logam berat ) biasanya akan turun ke bumi dengan bantuan air hujan. Kalau korang perasan, korang dah tak selalu korek hidung sebab partikel dalam udara dah berkurangan. 

Tapi ade sesetengah tempat yang kurang bernasib baik, akan mengalami banjir. Petikan akhbar online hari ini yang bertajuk Hujan Lebat Berterusan Punca Banjir dan Air Sungai Langat Melimpah.

Putrajaya: Hujan lebat berterusan semalam menyebabkan beberapa kawasan sekitar Dengkil, di sini serta Batu Pahat, Johor dan Jasin, Melaka dilanda banjir.




Limpahan air Sungai Langat, ditambah dengan hujan lebat yang melanda kawasan Sepang sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa kawasan sekitar Dengkil, dilanda banjir.

Punca kepada banjir adalah disebabkan hujan lebat. Tapi pembangunan yang tak mampan pun boleh jadi salah satu punca kenapa banjir boleh berlaku. Lecturer aku pernah cakap kalau nak atasi banjir, kena la tanam banyak pokok. Walau apapun, semoga mereka yang terlibat bertenang dan bersabar atas dugaan yang menimpa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...