Pages

Suka tak???

Tuesday, January 15, 2013

Menu terakhir 'Resepi Bujang'

Resepi terakhir memandang sekarang pun dah mula cuti semester. Kalau kat rumah dah tak panggil la resepi bujang. Mula-mula malas nak masak, ingat nak pergi makan kat luar je. Tapi kat dalam peti sejuk ada ikan, telur, beras, kalau tinggal sebulan macam tu je..Entah boleh masak ke tidak nanti. Jadi dengan itu, eloklah di masak daripada dibiarkan membazir begitu saja. Memandangkan ini yang terakhir, 2 menu akan aku sajikan. 

1) Telur masak sambar biasa-biasa saja
2) Ikan celup tepung (ICT bak kata orang ganu)


Goreng telur dulu sebab kuali ada satu je. 


Siapkan ikan dengan bancuhan tepung.


Goreng ikan semasak yang boleh.

 \
Tumiskan bahan-bahan untuk membuat sambal tumis. 


Masukkan telur ke dalam sambal tumis. Dan akhirnya....


Gambar sekadar hiasan

Siaplah menu malam aku dan kengkawan. Jimat la 5, 6 ringgit kalau pergi makan kat luar. Sedang pelajar-pelajar lain seronok bercuti, aku pula sibuk menjaga kolej. Nampak tak kasih sayang yang aku curahkan kat UPM. Walauapapun, kita sambung lagi RESEPI BUJANG semester hadapan. InsyaALLAH..jumpa lagi

yang benar,
aku

Friday, January 11, 2013

Gulai Tempoyak ala carte-dar


Resepi bujang kali ini membawakan menu special dari Pahang, iaitu gulai tempoyak ala carte-dar atau nama melayunya ikan masak tempoyak ala kadar je. Menu kali ini dimasak oleh member aku sebab bidang masakan aku bukan dalam tempoyak. Jadi aku tak tahu dia guna bahan apa. Aku just snap gambar dan upload ke dalam blog. 


Sebelum itu, bahan seperti cili, bawang dan apa entah hendaklah ditumbuk dengan lesung batu. Zat-zat galian dan mineral yang terdapat pada batu tu mampu memberikan nutrient kepada tubuh. Ok, yang ni fakta aku reka sendiri.


Ikan ni aku tak pasti la spesis apa. Aku kalau ikan air masin ni tak expert sangat, ikan air tawar pun tak expert juga, tau makan je. Korang mesti tertanya-tanya kenapa ada bawang dua biji kat ikan tu. Bawang dua biji tu adalah simbolik menandakan final exam dah habis. Kepada yang belum habis paper tu, sila banyakkan bersabar dan menikmati gambar-gambar seterusnya ok.


Panaskan air dan tunggu sehingga mendidih, barulah masukkan bahan tadi serta ikan ke dalamnya. Lagi sedap kalau kuahnya pekat, dan lagi jimat kalau kuahnya banyak. Boleh buat kuah maggi. Kat malaysia ni mana ada lagi orang buat maggi perisa gulai tempoyak kan. Boleh buat tajuk final year projek ni. Mesti boleh pergi jauh. Sila jangan percaya dengan hujah mengarut di atas. Gambar di atas menunjukkan keadaan di mana nisbah tempoyak dengan air adalah tidak mencukup. So, kene tambah lagi tempoyak.


Selepas 10 minit atau kurang, siaplah gulai tempoyak kita tadi. Nampak memang simple, tapi memang simple pun. Kalau nak dibandingkan dengan patin masak tempoyak orang pahang, memang resepi ni tak mampu la nak lawan. 


Saiz hidangan yang dicadangkan.

Lepas dah siap masak, makan dengan nasi campur sayut taugeh. 
Hhmmmm.... Memang _________....Ermm, korang isi la sendiri tempat kosong tu. Tiada perkataan yang aku boleh gunakan untuk menggambarkan situasi di tempat kejadian. Akhir kata dari aku, selamat maju jaya dalam menjawab final exam. Study tu study juga, makan jangan sampai tinggal. Taknak stress, tidur biar cukup. Kalau boleh pergi bersukan, keluarkan toksin-toksin yang ada dalam badan. Kepada yang dah habis tu, jom la kita sama-sama layan movie sampai lebam..haha...

yang benar,
empunya blog

Tuesday, January 8, 2013

Tembok runtuh di Kolej Serumpun, UPM

Aku nak berkongsi gambar tempat kejadian sebelum tembok itu runtuh di Kolej Serumpun yang telah merosakkan 10 biji motorsikal pelajar. Gambar ni aku ambil pada 14/11/2012. Tempat ni memang port biasa aku untuk park motor. Kebetulan hari tu aku perasan yang wall ni senget macam nak jatuh. 


 Sekali tengok pun korang dah tau yang wall ni tak boleh tahan lama. 




Ni gambar pada hari kejadian 4/1/2013. Gambar ni member aku yang snap. Aku tiada kat kolej time ni.



 Kemudian, ni pula gambar pada keesokan harinya. 




Kerja pembersihan dilakukan pada sebelah petang.

Mangsa diberitakan akan menerima bantuan sebanyak RM500 daripada Menteri Kerja Raya dan segala kos  pembaikan motorsikal akan ditanggung oleh pihak UPM.

Friday, January 4, 2013

Sistem Pendidikan Negara Merugikan Kaum Melayu

Kali ni aku teringin sangat nak meluahkan perasaan aku sebagai rakyat malaysia. Menggunakan hak bersuara in a free loving country. Bukan nak meyakiti hati sesiapa, tapi cuba untuk meluahkan pendapat aku untuk hanya mahukan yang terbaik demi rakyat malaysia khususnya kaum melayu. Seperti yang kita tahu, Malaysia terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sistem Pendidikan Kebangsaan Negara menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Bahasa Inggeris, Science dan Mathematic. Apa yang aku cuba bangkitkan kat sini adalah Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak menggunakan keistimewaan yang Malaysia ada untuk memperbaiki kehidupan kaum melayu. 

Kenapa bahasa kaum lain seperti bahasa mandarin dan tamil tidak diajar di sekolah? Walhal bahasa mandarin dan tamil itu kita boleh praktikkan di dalam kehidupan seharian. Kehidupan di mana masyarakat berbilang kaum hidup bersama-sama. Belajar bersama, bermain bersama. Kalau mengikut pemerhatian aku selama ini la, kaum cina dengan india selalu aku lihat melepak dengan kumpulan remaja melayu. Tetapi jarang melihat kaum melayu melepak bersama kumpulan remaja melayu mahupun india. 

Kaum Cina dan India diajar untuk bertutur bahasa Melayu, tapi kaum Melayu tidak diajar untuk mempelajari  bahasa kaum lain. Apabila kaum Melayu bercakap, kaum India dan Cina tiada masalah untuk memahami. Tetapi berlaku sebaliknya apabila kaum India dan Cina bercakap, kaum Melayu hanya duduk diam tanpa mengetahui apa-apa. Nampak seperti tiada apa yang mendatangkan masalah pun, tetapi hakikatnya tetap ada.  Dengan belajar bahasa mereka, kaum Melayu dapat bergaul dengan mereka di dalam pembelajaran mahupun di alam pekerjaan. Kaum melayu perlu memecahkan dinding yang menghalang mereka daripada pergi lebih jauh. Kalaulah melayu belajar dan mempraktikkan bahasa mandarin, tak mustahil mereka boleh menyambung pembelajan mereka ke Negara China contohnya. 

Oleh itu, aku cadangkan supaya bahasa tamil dan mandarin diajar di peringkat sekolah rendah lagi. Sesuailah dengan peribahasa 'kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Persiapkan kaum melayu yang lebih  pengisiannya dan lebih kompetitf. Kalau tak dapat banyak, dapat sikit pun dah memadai. Sebagai negara yang berbilang kaum, aku merasakan kita mampu bertutur dengan pelbagai bahasa. Untuk mengelakkan diri daripada ditipu pun boleh menjadi salah satu kelebihan belajar pelbagai bahasa. 

Selain itu, aku ingin menegaskan kepentingan belajar di sekolah agama rakyat. Kerajaan sepatutnya mewajibkan semua pelajar sekolah rendah untuk belajar di sekolah agama rakyat. Aku pernah belajar di sekolah agama rakyat selama 6 tahun dari darjah 1 hinggalah darjah 6. Kebanyakan ilmu-ilmu agama yang aku ada sekarang ni aku belajar di situ dan Pendidikan Islam di sekolah hanya menjadi pelengkap sahaja. Aku bukan nak mengatakan Pendidikan Islam yang diajar di sekolah tidak bagus. Tetapi waktu yang singkat tidak mampu menyampaikan maklumat dan info yang cukup. Kalau nak dibandingkan dengan sekolah agama, yang mana murid perlu hadir 5 hari seminggu, dari pukul 2 hinggalah 5 petang ini mempunyai lebih masa untuk belajar. Sedikit sebanyak mampu memberi pengisian agama yang lebih menyeluruh untuk generasi muda negara. Subjek yang diajar pun meliputi segala aspek kehidupan kita seharian seperti tauhid, feqah, dan bahasa arab. Aku lihat di bandar-bandar besar, tiada pun pelajar-pelajar pergi ke sekolah agama. Aku beruntung kerana telah dibesarkan di kawasan kampung.

Aku ni bukannya siapa-siapa. Hanyalah student biasa yang inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. Aku harap dengan perkongsian yang tak seberapa ini, mampu membuka mata sesetengah pihak. Terima kasih kerana sudi membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...