Pages

Suka tak???

Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Budak semester 2 Tahun 1

Kejadian ni berlaku pada waktu maktu petang di mana matahari hampir nk terbenamjatuh. Aku dan kawan aku yang merupakan pelajar tahun 1 di sebuah IPTA berbual tentang keinginan untuk membawa kenderaan pada semester hadapan. Berikut merupakan diolognya:

Aku: Wei epul, Sem depan ko nak bawak motor tak?

Epul: Tak tahu lagi la. Mungkin bawak kot.

Aku: Elok la, senang la aku nanti.

Epul: Banyak cantik ko, ingat aku ni perkhidmatan awam ke?

Aku: Ala ko ni, dengan kawan-kawan pun kedekut.

Epul: Tapi kan, dari beli motor baik aku beli kereta kancil. Selamat sikit.

Aku: Jangan pul, Setakat kancil je, lagi la bahaya. Sekali kene langgar habis berkecai.

Epul: Dah tu, motor dengan kereta mana lagi selamat?

Aku: Baik ko bawak motor la. Jodoh dan maut di tangan tuhan.

Sunday, May 23, 2010

Lawak Api

Pada satu pagi yang suam-suam kopi, seorang cikgu lelaki masuk ke dalam bilik darjah dengan langkah kiri untuk memulakan pembelajaran.

Amat: Selamat datang cikgu!!!

Cikgu: Baiklah, kamu semua jangan duduk lagi…

Borhan: Kenapa cikgu tak benarkan kami duduk???

Cikgu: Saja-saja. Dah memang hobi cikgu, nak buat macam mana???

Borhan: @#$%& hampeh punya cikgu…

Cikgu: Ok, hari ni cikgu nak ajar kamu bahasa…

Amat: Tak payah ajar cikgu!!!

Cikgu: Kenapa dengan kamu ni??? Belajar pun malas!!!

Amat: Kalau nak setakat belajar bahasa, kami semua dah terer… Cikgu tak payah ajar pun takpe…

Cikgu: Amboi-amboi, takbur betol la kamu semua ni..

Amat: Jangan cikgu!!! Kalau nak melabur pergi la toilet..

Cikgu: Nak gurau-gurau manja pulak dengan cikgu kamu ni!!! Kalau kamu terer sangat, bahasa apa yang kamu pandai??

Amat: Bahasa kurang ajor, cikgu!!!

Cikgu: La…apa yang tak kena dengan kamu ni ha?? Sudah-sudah, hari ni kita belajar tentang api..

Borhan: Best-best.. Cikgu ajar la cepat.. Jangan layan perasaan sangat dengan abu tu..

Cikgu: Ok..kalau korang nak tahu, api ni bila kecil jadi kawan tapi bila dah besar jadi lawan.

Amat: Cikgu!!! Saya tak takut nak lawan dengan api tu..

Cikgu: Aie amat.. Kamu dah macam puas hidup ke??

Amat: Ala cikgu, kita bukannya tak besar-besar pun nanti.. Bila saya dah besar nanti saya lawan la api tu.. Sebelum tu bagi la api tu enjoy puas-puas…

Cikgu: Itu bukan lawan namanya. Itu dah bodoh tahap dewa. Kamu ingat api tu takde expired date ke??

Borhan: Cikgu!!!

Cikgu: Kamu nak apa pulak??

Borhan: Bukannya sume api bila kecik jadi kawan..

Cikgu: Kalau bukan, apa dia??

Borhan: Semut api cikgu!!! Kecik-kecik dah buat jahat. Kalau dah besar nanti,
derhaka dengan mak ayah pulak. Masa dia tengah kecik ni la kena bunuh.. Nanti dah besar, menyusahkan orang pulak..

Cikgu: Sengal unta betol la kamu ni.. Kamu ingat semut tu macam kamu ke?? Malang betul siapa dapat anak murid macam korang ni..

Chin: Cikgu!!!

Cikgu: Mende??

Chin: Saya tahu api apa yang paling jahat..

Cikgu: Apa dia??

Chin: Ni ha cikgu, Borhan dengan Amat api-apikan saya suruh buat cikgu marah. Tapi saya tak buat macam tu, cikgu!!!

Cikgu: Kamu semua ni saja je nak buat paras kolesterol cikgu naik!!!!!!!!!!!

Lantas cikgu kembali ke meja dan bertapa sejenak..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...