Pages

Suka tak???

Tuesday, November 20, 2012

Durian terbaek hanya di UPM. Dusun no 1 anda.


Kali ni aku semangat nak bercerita pasal durian. Aku tak kira la siapa nak marah, nak membebel ke, aku tetap nak cerita pasal durian. Nak diberitakan punya la sedap durian UPM ni, sampai tak masuk berita kat mana tv. Tapi still ramai orang yang datang nak beli durian kt UPM. Segenap lapisan masyarakat, menjangkau lapisan kaum, dan tanpa mengira agama telah datang membeli durian pada pagi tadi. Korang tengok je la gambar kat bawah ni, anak kecil, student tak kira lelaki mahupun perempuan, staff-staff UPM, malah orang luar turut sama datang. Cukup la tu rasanya intro untuk kali ini, mari kita bercerita tentang klimaks dan peleraiannya.


Mula-mula begini ceritanya, pagi tu aku dah round area tepi dusun mana la tau ada durian yang jatuh di luar pagar. Pukul 5 pagi pula tu dengan member aku. Tapi tak ada rezeki, so kami balik la dengan keadaan kecewanya di lubuk hati ini. Dengan rasa tidak puas hatinya, lepas kelas aku pergi la pusing-pusing kat area dusun durian lagi dan keputusannya masih lagi sama, dengan tiada bayang durian kelihatan di mana-mana.
Lastly, kitorang pun pergi la Taman Pertanian Universiti a.k.a TPU dalam pukul 9.45 a.m gitu la. 


Bukak je pintu pusat jualan TPU, terus bau durian menusuk hidung bak jari tertusuk sembilu. Pedih dan geram dibuatnya..haha. Tunggu la sampi 10.30 a.m baru la lori durian sampai. Penat juga la tunggu sebab pekerja kat situ cakap lori biasa sampai pukul 10.15 a.m. Memang 15 minit korang rasa sekejap je. Bagi aku la, dengan bau duriannya, tengok orang sebelah makan durian yang dah siap bungkusnya, memang tak tahan beb. Sampai je lori  ni, masing-masing dah stanby. 


Turun je buah tu, masing-masing pakat serbu. Nak yang itu, nak yang ini, ambik yang itu, ambik yang ini, ini lagi elok, yang ambik tadi kurang elok la. Macam-macam ragam (aku la ni). Nasib baik makcik-makcik dan ibu-ibu tiada keupayaan fizikal seperti lelaki. Kalau tak, confirm ada skali dalam gambar ni..haha.


Ingatkan satu lori je yang datang, pastu mari lagi sebiji lori yang sarat dengan muatan. Buah durian semua fresh macam buah strawberi dekat Cameron Highland. Apa lagi abang-abang kat sini, rambang mata la. Sebelum terlupa, harga durian untuk Gred A adalah sebanyak rm5 per kg dan untuk Gred B adalah sebanyak rm3 per kg. Agak murah kalau nak dibandingkan dengan durian di pasaran luar mahupun di pasaran gelap (pasar malam).


Akhir kata, aku nak kongsikan sedikit tips ketika memilih durian. Memilih durian tidak sama macam kita nak pilih baju. Tak sama juga macam kita pilih bakal suami/isteri. Tiada degree mahupun master apatah lagi pHd yang diperlukan untuk mempraktikkan tips ini. Hanya tengok duri durian kalau nak tau durian tu sedap ke tidak. Duri yang tajam dan rapat selalunya isi sedap. Kalau tak puas hati lagi, cuba goncang durian tu kuat-kuat, kalau rasa isi durian tu terhuyung-hayang, maka sedaplah isi durian terbabit. Boleh cuba salah satu, ataupun kedua-duanya sekali. Selamat mencuba.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...