Pages

Suka tak???

Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Monday, February 25, 2013

PENGORBANAN


Tajuk yang mungkin menimbulkan persoalan kepada anda yang sedang membaca. Apakah aku seorang yang tidak mempunyai apa-apa ini hendak korbankan? Adakah pengorbanan aku itu berbaloi kepada orang-orang di sekeliling aku? Adakah aku tiada pilihan lain selain mengorbankan apa yang sedia ada? Adakah anda yang sedang membaca nukilan ini membaca dengan pandangan yang serius? Tahukah anda pada ketika dan saat aku menghasilkan nukilanku ini, aku sedang baring sambil menekan-nekan keyboard di harapan aku. 

Cukup la tu dengan mukadimah yang puitis lagi bersastera. Aku rasa macam tu la. Kalau anda pembaca merasakan sebaliknya, itu hak anda..hehe. Malam ni aku tak boleh nak tidur, itu yang aku mengarang ni. Lagipun dah bersawang blog aku dengan anai-anai yang dari mana datangnya. Dalam banyak-banyak malam, malam ni la aku paling terdesak sekali nak pejamkan mata. Bukan apa, main dengan pening kepala, tekak pedih yang teramat sangat membuatkan aku tak bernafsu nak pejam mata. Badan dah memang seram sejuk dibuatnya. Jadi dengan menggunakan sipmtom yang ada pada badan aku, aku dengan sendiri mendiagnose yang aku bakal demam besok pagi. 

Tapi besok kelas aku dah la start pukul 8 pagi, pastu gap pukul 12 sampai 2 petang, kemudian sambung pula sampai 4 petang. Walaupun dengan keadaan aku yang macam ni, serius aku tak sanggup nak ponteng kelas untuk besok. Aku rela duduk termenung di dalam kelas berbanding duduk kat dalam bilik. Bukan apa, sejak belajar kat IPT ni aku semakin menghargai ilmu. Sementara belajar ni la, aku nak sedut segala ilmu yang pensyarah curahkan selagi aku mampu. Kalau tak mampu tu tak mengapa, asalkan dapat belajar benda-benda baru. 

Jadi setelah aku berfikir 3,4,5 kali, aku berpendapat aku tak nak pergi kelas besok hari. Lebih elok aku pergi ambil ubat di Pusat Kesihatan dan rehat secukupnya di bilik. Inilah pengorbanan yang aku maksudkan. Bagi aku elok aku ponteng kelas daripada biarkan classmate aku dijangkiti. Bagi orang lain mungkin nampak biasa dan tiada apa-apa, tapi bagi aku pun nampak biasa juga. Memang lecture note tu kita boleh baca di lain hari, tapi kefahaman yang kita dapat pada waktu tu payah nak dicari ganti. Pada pandangan aku la.

Sekian itu saja yang aku nak ceritakan pada kali ini. Dikesempatan ini aku nak kongsi dengan para pembaca satu rekod dunia iaitu; perkataan terpanjang di dunia. Perkataan ini mengandungi 189,819 jumlah huruf dan memerlukan masa 3 jam dan 33 minit untuk menyebut seluruh perkataan. Dan aku berharap sangat yang para pembaca semua cukup bijak untuk tidak membaca perkataan tersebut. Perkataan aku maksudkan; sini.



Friday, January 4, 2013

Sistem Pendidikan Negara Merugikan Kaum Melayu

Kali ni aku teringin sangat nak meluahkan perasaan aku sebagai rakyat malaysia. Menggunakan hak bersuara in a free loving country. Bukan nak meyakiti hati sesiapa, tapi cuba untuk meluahkan pendapat aku untuk hanya mahukan yang terbaik demi rakyat malaysia khususnya kaum melayu. Seperti yang kita tahu, Malaysia terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sistem Pendidikan Kebangsaan Negara menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Bahasa Inggeris, Science dan Mathematic. Apa yang aku cuba bangkitkan kat sini adalah Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak menggunakan keistimewaan yang Malaysia ada untuk memperbaiki kehidupan kaum melayu. 

Kenapa bahasa kaum lain seperti bahasa mandarin dan tamil tidak diajar di sekolah? Walhal bahasa mandarin dan tamil itu kita boleh praktikkan di dalam kehidupan seharian. Kehidupan di mana masyarakat berbilang kaum hidup bersama-sama. Belajar bersama, bermain bersama. Kalau mengikut pemerhatian aku selama ini la, kaum cina dengan india selalu aku lihat melepak dengan kumpulan remaja melayu. Tetapi jarang melihat kaum melayu melepak bersama kumpulan remaja melayu mahupun india. 

Kaum Cina dan India diajar untuk bertutur bahasa Melayu, tapi kaum Melayu tidak diajar untuk mempelajari  bahasa kaum lain. Apabila kaum Melayu bercakap, kaum India dan Cina tiada masalah untuk memahami. Tetapi berlaku sebaliknya apabila kaum India dan Cina bercakap, kaum Melayu hanya duduk diam tanpa mengetahui apa-apa. Nampak seperti tiada apa yang mendatangkan masalah pun, tetapi hakikatnya tetap ada.  Dengan belajar bahasa mereka, kaum Melayu dapat bergaul dengan mereka di dalam pembelajaran mahupun di alam pekerjaan. Kaum melayu perlu memecahkan dinding yang menghalang mereka daripada pergi lebih jauh. Kalaulah melayu belajar dan mempraktikkan bahasa mandarin, tak mustahil mereka boleh menyambung pembelajan mereka ke Negara China contohnya. 

Oleh itu, aku cadangkan supaya bahasa tamil dan mandarin diajar di peringkat sekolah rendah lagi. Sesuailah dengan peribahasa 'kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Persiapkan kaum melayu yang lebih  pengisiannya dan lebih kompetitf. Kalau tak dapat banyak, dapat sikit pun dah memadai. Sebagai negara yang berbilang kaum, aku merasakan kita mampu bertutur dengan pelbagai bahasa. Untuk mengelakkan diri daripada ditipu pun boleh menjadi salah satu kelebihan belajar pelbagai bahasa. 

Selain itu, aku ingin menegaskan kepentingan belajar di sekolah agama rakyat. Kerajaan sepatutnya mewajibkan semua pelajar sekolah rendah untuk belajar di sekolah agama rakyat. Aku pernah belajar di sekolah agama rakyat selama 6 tahun dari darjah 1 hinggalah darjah 6. Kebanyakan ilmu-ilmu agama yang aku ada sekarang ni aku belajar di situ dan Pendidikan Islam di sekolah hanya menjadi pelengkap sahaja. Aku bukan nak mengatakan Pendidikan Islam yang diajar di sekolah tidak bagus. Tetapi waktu yang singkat tidak mampu menyampaikan maklumat dan info yang cukup. Kalau nak dibandingkan dengan sekolah agama, yang mana murid perlu hadir 5 hari seminggu, dari pukul 2 hinggalah 5 petang ini mempunyai lebih masa untuk belajar. Sedikit sebanyak mampu memberi pengisian agama yang lebih menyeluruh untuk generasi muda negara. Subjek yang diajar pun meliputi segala aspek kehidupan kita seharian seperti tauhid, feqah, dan bahasa arab. Aku lihat di bandar-bandar besar, tiada pun pelajar-pelajar pergi ke sekolah agama. Aku beruntung kerana telah dibesarkan di kawasan kampung.

Aku ni bukannya siapa-siapa. Hanyalah student biasa yang inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. Aku harap dengan perkongsian yang tak seberapa ini, mampu membuka mata sesetengah pihak. Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday, December 29, 2012

Rindu Waktu Sekolah...#OhCrab


Assalamualaikum dan selamat-selamat sahaja aku ucapkap kepada pembaca-pembaca sekalian. Seperti yang korang tau, hari ini adalah hari-hari terakhir di dalam minggu study week (study weak pun boleh). Ber'dasar'kan lautan biru dan pengalaman aku sepanjang bergelar 'pelajar' ni, time study week ni la student paling banyak tengok movie, banyak tido, dan mengabaikan tanggungjawab mereka di mana mereka seharusnya study. Dimanakah silapnya?? Pelajar kah?? Final exam, lecturer masukkan dari week 1 hingga week 14 kah?? 

Cukuplah dengan propaganda itu. aku sebenarnya nak berkongsi, berbincang serta melontarkan perasaan aku je. Tengah selak-selak nota, teringat pula zaman sekolah menengah dulu. Tingkatan 5 la paling fun sekali. Macam-macam ragam dibuatnya. Tiap kali teringat, mesti aku tergelak sorang. Korang tengok la buku nota aku. Memang mengimbau kenangan zaman persekolahan, nostalgic gitu. 


Kat sini aku nak kongsikan sedikit aktiviti ketika aku disekolah;
a) Kena ketuk ketampi seratus kali
b) Kena lempang
c) Ponteng paper biologi sejam
d) Tidur time SPM-paper Addmath,Biology,Chemistry-setiap subjek sejam
e) Ponteng sekolah dalam ladang
f) Kena marah tu memang common issue

Cerita ni la aku duk ulang-ulang bercerita dengan member aku.haha. Yang penting sekarang kena looking forward to the future. Tinggalkan yang keruh2 tu.haha. Member sekelas pun dah ramai yang bekerja. Siap ada yang dah kahwin pula tu. Yang mana dah kerja tu pun dah beli kereta sendiri. Aku mampu tengok je la, nak beli kang takut tak makan je nanti. Kalau di ajak naik, baru la naik. Dapat la merasa naik kereta baru. Aku ni pula masih terkapai-kapai lagi. Masa depan pun kabur-kabur. Entah jadi apa la 5 tahun lagi. 


Hari ni aku tukar angin sikit, study di library faculty aku. Padahal kat bilik tak ada elektrik sekali dengan internet lembap. Tu yang datang sini. Kat dalam ni sejuk, internet pun laju, tu yang boleh update blog.haha. Ni pun 1st time aku study sini. Memang lain la produktiviti study kat sini dengan study kat bilik. Kurang gangguannya dan godaannya untuk tidur. 


Sebelum aku akhiri penulisan aku ni, aku nak tunjuk la gambar anak sedara aku ni. Baru sebulan kot kalau tak silap la. Namanya Rayyan Raziq tu pun kalau aku tak silap la.haha. Bukan apa, sejak kebelakang dan kedepan ini aku makin pelupa. Tak tahu di mana puncanya. Aku mintak maaflah kalau terjumpa kat mana-mana tak ingat korang ye. Silalah tegur-menegur ye nanti.

Saturday, October 1, 2011

Kehidupan Kampus!!!



Minggu ni genap la kot 3 minggu duduk kampus. Kalau nak dibandingkan dengan semester lepas dan yang lepas-lepas, semester ni la yang paling mencabar. Tiap-tiap minggu ada saja benda yang buat aku stress. Assignment yang datang bukannya sehelai dua helai je, dah macam air dah ni. Masuk kuliah tangan kosong. Balik kuliah, semua poket seluar, poket baju, poket beg penuh dengan soalan assignment. Yang pasti, minggu depan kene hantar.

Nampak tak meja study aku, ni bukan saja-saja sepahkan nak mintak simpati. Inilah realitinya setiap minggu. Meja penuh dengan assignment yang tak siap. Bosan gila nak mengadap benda ni, tu yang aku update blog. Kalau tak bosan, mesti gambar aku ada sekali kat dalam gambar di atas.

Selain itu, ada banyak lagi la perkara yang buat aku stress. Kalau bukan assignment yang buat aku stress, mesti stress duduk terperuk dalam bilik je. Semester lepas, memang la kena duduk dalam bilik je. Nak keluar ke mall pun, bukannya senang. Banyak dugaan kena tempuhi dan takluki sebelum sampai. Tapi semester ni, dah ada transpot sendiri pun macam tu juga.

Korang tau kan ni motor apa. Semua benda pasal motor ni ok. Tapi ada satu hal je yang buatkan motor ni tak ok. Minyak motor ni punyalah mencekik darah sampai ke tahap memerah dompet aku. Dompet kalau berisi emas dan tembaga takpe la juga. Punya la nak bayangkan betapa kuatnya motor ni guna minyak. Sebab tu kalau weekend duduk dalam bilik je. Jimat duit la katakan.

Macam ni la, life aku kat kampus. Motor tu pun setakat buat pergi balik kelas je. Nak pergi merayap jauh-jauh pun, duit habis tuk isi minyak je. Ada kawan tu, ajak datang Seremban. Kalau nak belanja makan, boleh la nak dipertimbangkan.

p/s: siapa-siapa nak buat kenduri, jemput la aku ye...

Tuesday, August 23, 2011

Mamat mane la minat aku ni...Bangang!!!!!


Dh la lama x online fb, tgh excited nk buka..keluar plak mnde ni...


Aku pikir2 balik, ntah sape la yg nk skodeng aku. Nk kabo aku ni CEO, xde pun.. Celaka betol..dh kurang pahala puasa aku mengata orang..

Ikhtiar punye la lama, nasib baik boleh..tp kene tnggu sehari plak..

Moga2, boleh buka la lepas ni....i miss my 'wall'...haha

Saturday, May 7, 2011

MLM (mean lost members)

Tengah lepak-lepak dengan member kat rumah member bersama member sekalian. Terpikir pulak pasal MLM. Sekarang ni boleh dikatakan memang ramai orang yang join MLM. Kita pun sedia maklum bahawa bermacam-macam jenis MLM ada kat Malaysia ni. Yang halal ade, yang haram lagi la ada. Kalau duduk tunggu bas kat bus stop, macam-macam jenis sticker promote ada pasal MLM.

Aku nak bangkitkan cerita MLM ni bukan sebab aku benci MLM ni. Aku pun tak tahu, entah-entah satu hari nanti tergerak jugak aku nak join MLM. Memang tak dapat dinafikan la, dari MLM ni banyak JUTAWAN telah dilahirkan. Tapi bagi aku, kalau seorang jutawan dilahirkan daripada pengorbanan ramai orang bawahan mereka..tak guna jugak. Kita pun tahu sedia maklum macam mana MLM beroperasi. So, lambat laun tetap berlaku penindasan. Maaf la kepada sesiapa yang terasa, aku tak bermaksud macam tu pun. Cuma nak meluahkan apa yang terbuku je.

Lepas tu, yang aku tak berapa nak berkenan bila kawan-kawan ajak join MLM bawah dia. Mula-mula diorang mesti cakap sekadar dengar taklimat je. Bila dah dengar, kalau tak nak join pun takpe. Tapi, bila dah dengar taklimat, kebanyakan mereka seolah memaksa suruh kita join jugak. Time ni la, kita yang takde pape tiba-tiba jadi serba salah. Last-last, kawan yang jadi rapat pun bergaduh. Membe yang duduk sebilik pun jadi masam muka. Tak patut la kan. Tak tahu la kalau ada orang yang suka kalau hidup dia macam tu.

Kesimpulannya, penceramah MLM selalu sebut bukan senang nak senang. Patutnya diorang yang kene pegang kata-kata ni dulu. Diorang kene ingat, bukan senang nak mengajak orang senang-senang je join MLM. Diorang kene tau bukan semua pemikiran orang seperti yang mereka pikirkan.



p/s: sorry...

Monday, May 2, 2011

Pagi-pagi buta!!!!


ketika orang sedang nyenyak tidur,

ketika cahaya bulan tiada lagi akibat hujan,

ketika katak bernyanyi-nyanyi lagu2 klasik,

ketika suasana seram sejuk menaikkan bulu roma,

ketika kedengaran bunyi-bunyi tapak kaki orang pergi toilet,

ketika angin-angin kipas mendayu di muka,

ketika mata mulai kuyu dan nak tidur,

ketika dh standby nk landing atas katil,

Time ni la aku sibuk nk update blog. Bukan apa, baru je lpas menghadap note biology tuk paper ari selasa nnt. Nak bgtau la kt korg tahap stress aku skrg ni, korg penah rasa x neuron korg kene tarik...dh la kene tarik, pastu kene sentap2 plak.. Nk tercabut dh otak ni.

Elok2 study biol-ogy, sok bagun pagi jd biol plak..haha... Sebut je pasal study ni, teringat mmbe aku 2 3 org masa duk asrama dlu. Aku ingt diorg, ntah2 diorg ingt aku pun tidak...abaikan la..hehe... Memang rindu la masa asrama dulu. Teringat time EURO dlu..masing-masing duk gila bola. Punya semangat nk tgk final Spain lwn Germany, smpi snggup curi-curi tgk kt surau ni. Time tu tv kt surau sbb ade senior alih. Ada la dlm kul 4 lbh gitu la...

Baru je nk lyn 2nd half, tiba-tiba lampu surau menyala. Yg kwn aku ni dh nk start marah bdk yg bukak lampu tu. Pandang je blakang, tgk warden duk terpacak dpn pintu. Ape lagi, berjaga smpi pg la..kene denda. Yg xleh thn, time jemaah subuh la...kene kutuk ngan membe2...

Memang rasa nk mengamuk la time tu. Tp mujur la sempat tgk Torres score goal. Klu x sia2 je bgun tgh pagi bute...



Thursday, April 28, 2011

Perempuan2...isk3!!!


Di hari yang ceria dan sentosa lagi bahgia di samping pohon merimbun di tepi jalan ini, aku nk luahkan perasaan yg dah terbuku lama di dalam hati. Kalau lah buku ini dibuat filem macam harry potter tu, dekat2 lapan episod jugak la bleh produce. Betapa nk gambarkan tak puas ati ni.

google.com

Ok, cite die start camni. Aku ni budak 1st year, amik la kos ALAM SEKITAR kat IPTA ni ha. Macam bese la kat ipta, budak 1st year mne boleh bwk kenderaan sendiri. Bas pun pihak universiti dh sediakan. Kalau nak bwk jugak, boleh je..tp kalau kene tahan, bayar je la saman. Pikir punye pikir, tak jadi nak bawak. Dari kene bayar saman nanti, baik aku g ajak membe aku g karaoke. Dapat la juga keseronokan dan kegembiraan di situ. Tak gitu kwn2...haha


Sambung balik, aku pun terus la naik bas ngan kawan2 aku. Masa 1st sem dulu xde la rasa sangat. Masuk 2nd sem ni, makin menjadi2 (pada pandangan mata kasar aku la). Bukan mnde, mase tunggu nek bas ni, suasana die len macam sket. Macam rasa tunggu nak naik train kt KL SENTRAL tu. Berebut org bukan kepalang..haha.. Tp ni bese la, mane2 tempat pun same je. Mane ade yg beratur kn.

google.com

Yang paling aku x thn bile naik bas, dah la penuh. Penumpang plak sume student pompuan. Laki ade la 2 3 ketul duk menyempit. Time ni, laki nampak je suka sbb boleh duduk ngan pompuan, tapi dalam hati bukan main kecewa dan teraniaya..haha... Korang bayangkan la, 1 bas tu penuh org. Yg duduk kt kerusi dh tntu2 la penuh. Siap ada duk atas dashboard kt depan driver bas tu lg ha..

Keadaan laki time tu boleh diibaratkan macam sardin kt dalam kuali tgh tnggu masa tuk masak.


google.com

Korang faham x persaan tu?? Aku?? pun paham mcm korg la.. Tu la ingat kalau ade rezeki lebih, nk kene bwk jugak transpot sem depan ni. Asyk berkepit ngan pompuan je, x leh jd. Dh la dlm bas, kalau kt Sushi King xpe jugak.

p/s: Korang rasa bleh buat smpi 8 episod x cite aku ni??haha

Wednesday, April 27, 2011

Serabut-sabut!!!!


Kenapa la ngan aku semenjak duamenjak ni.. Nak cakap ada masalah, xde pun. Steady je kot!! Tapi dalam kepala asyik rasa serabut sabut memanjang.. klu memendek, xde la aku kisah sangat..


Nak kabo tido ckup, tumbesaran ok je....


Nak kabo blik bersepah, bese la blik org bujang....


Nak kabo nak dapat duit, tangan xde gatal-gatal pun...


Nak kabo makan x ckup, dah lebih kalori aku mkn....


Nak kabo ade sakit, xde la smpi mcm ni....


Nak kabo ade kucing gaduh, ape aku kisahkan...


Nak kabo rindu kawan2 lame, ala diorg pun bukan rndu aku....


Nak kabo duit xde, kat dlm akaun ade lg ehem2....


Nak kabo gadoh ngan awek, pun ehem2 juge....


Nak kabo ade mslh rumah tetangga, lg la ehem2....


Nak kabo tak cukup kasih sayang, err....


Malas la aku nk pikir lebih2...lg serabut neuron aku nnt... Nk share something ngan korg.. Bile aku rase serabut je, aku bukak la video Cikgu Shida ni kt youtube....siap aku download lg ni ha....


mmg ajaib...
Hilang serabut sabut aku...tp xde la berkesan selalu, kadang2 je...hehehe.. Lantak la korg nk cakap ape, janji aku x kaco korg..haha


Monday, April 25, 2011

Stress di minggu final!!


Minggu final ni mcm-mcm bleh jd... Ada yang nak demam la, tak cukup tido la.... Bak kata pepatah, tak terkata dibuatnya....

Dah la sok mlm ade paper..tp notes pun x de lg ni....apa nak jd la ngan remaja sekarang. Sibuk dengan merempit je kejenye...haha...xde kaitan pun..

Mcm mana la nak cari mood study ni..makin tua, makin mls jadinya...tp xde la tua mne pun.. Baru je nk start baca notes, terus termenung berangan ke hulu ke hilir..

Aku rase skrg ni kwn-kwn aku mst tgh duk study hard dan harder..
( aku maksudkan kwn-kwn pompuan la)

Kalau yang laki aku dah tau, yg duk umah tu ada yg tgh lyn movie kt laptop...xpun tgh melayan chat dalam facebook... Padahal sok pg ade paper nak jawab..Hanyut2!!!
(macam mengata diri sndri je)

Ada lagi teruk, ada yang smpai men game siang mlm...sibuk mengadap PES je..konon nak hilangkan stress la tu...

Pastu aku xkn la nk tgk je, mne bleh tahan..dah la pakai laptop aku.... Sure2 kne join skali...

Ala...lgpun trend student skrg mne ade yg suke study awl2....sume last2 minutes...
(aku la ni)



Friday, April 15, 2011

Pandangan Pencinta Alam!!!


Kali ni aku bukan nak cerita pasal apa pun, cuma nak bersantai-santai sambil menikmati angin kipas dalam bilik je...
Dalam banyak orang la, kategori orang mana yang korang selalu jumpe? Of course la parents korang kan. Sapa yang cakap bukan tu?? Tak elok..haha

Sebenarnya nak bgtau selain parents, kawan lah orang yang paling kerap kita jumpa dalam hidup ni. Hidup ni singkat, tak boleh la nak cari kawan banyak-banyak kan..betol tak??


google.com

Tengok gambar ni, terkenang masa sekolah dulu..haha(senyum sorang)..Kawan-kawan aku semua sambung belajar, bersepah satu Malaysia diorang merantau.
Nak jumpa selalu pun payah. Tu yang tak best. Kan bagus kalau semua takyah belajar dah..

google.com

Sepanjang hidup aku, kira-kira lama juga la dah dekat 22 tahun ni...Kawan-kawan la yang banyak menolong. Tolong tu memang banyak la.. Tolong masa aku susah, tolong buat serabut masa aku serabut, tolong cari pasal, tolong la pikirkan mana-mana yang patut..haha

Walaubegitumanapun, ni la yang buat kenangan tu selalu kita kenang. Mungkin ada satu peristiwa tu yang buatkan kita benci, frust, fed up, menyampah..kena la terima..

Tu la yang akan membentuk seni liku-liku di dalam hidup kita. Kita tak mampu nak mencapai kesempurnaan dalam hidup. Cukuplah sekadar yang terbaik.

p/s: sok aku balik rumah...huaahaha

Tuesday, March 15, 2011

Study vs Cinta !@#$

Semenjak, duamenjak, bermenjak-menjak ni, aku perasan banyak kawan-kawan aku menge'post' status yang menggambarkan mereka marah dengan pasangan mereka. Tapi tak tahulah kalau mereka marah dekat kucing ke, kat public toilet ke, kat pak cik bawak bas ke dan macam-macam lagi la. Sebagai bukti untuk pembaca yang dihormati, aku akan tunjukkan beberapa contoh status yang aku sempat nak perolehi.

Antaranya;

>hati-hati dengan org yg namenye...
"LELAKI"...

>hancur harapanku...;(

>ahh..aku bnci kau!! (>__<)

>k.e.s.a.k.i.t.a.n

(sumber; facebook.com)

Ni lah antara kesan-kesan yang kita dapat lihat. Kenapa perlu terseksa?
Bagi aku la, masa kita study ni baik kita fokus je untuk ke hadapan. Sebab kalau bercinta masa tengah study ni, kebanyakannya susah nak berkekalan hingga akhir hayat (TAHNIAH kepada yang berjaya). Jadi dah tentu banyak perkara kita dah bazirkan. Contohnya, masa dah tentu la, wang ringgit, komitmen kepada pasangan lagi, dan yang paling penting adalah perasaan. Marah,gembira,sedih,tawa,suka,duka,riang,muram,percaya,curiga. Korang tak penat ke? Tu belum yang mana dah terlanjur. Lagi la, nak menyesal pun tiada gunanya lagi.

Aku bangkitkan persoalan ini bukan nak menyakiti hati mana-mana pihak. Cuma ingin meluahkan luahan hati kepada korang semua. Harap-harapnya korang sentiasa bahagia dan bersamalah kita mengurangkan penggunaan polystyrene.

Serangkap pantun khas untuk pembaca:

Lain keadaan, lain pilihan.
Lain orang, lain alasan,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...