Pages

Suka tak???

Monday, July 1, 2013

Dilema

Banyak sangat benda nak buat, sampai tak tahu nak buat yang mana satu.

Memancing

Berenang



Bola sepak



Badminton



Futsal



Memanah



Akibat kekangan dari segi masa, jadi benda yang selalu aku buat bila free adalah bermain badminton dengan memanah je la. Dalam banyak-banyak game kat atas ni, paling aku minat adalah main bola. Minat je main, tapi bakat takda pun. Setakat main suka-suka boleh la. Sukan paling mencabar stamina adalah berenang.  Siapa yang boleh berenang ulang-alik nonstop memang aku tabik spring la. Aku satu lap pun dan separuh nyawa dibuatnya. Sukan paling fun adalah badminton. Boleh kutuk member-member yang mana kena smash. Kalau main, mesti penat gelak je. Siapa kena smash kat kepala ke badan ke siap la, memang seminggu kena kutuk. Sukan paling fokus tahap dewa setakat ni yang pernah aku jumpa adalah memanah. Ada orang cakap, archery is 90% mental. Dan yang unpredictable adalah memancing ikan di dalam air. Bukan memancing di shopping complex.

Lepas ni dah takda entry pasal resepi bujang. Setelah satu hanset masuk washing machine selama setengah jam, dan yang satu lagi tercicir entah ke mana. So, gadget nak snap gambar dah tiada. Nak tunggu phone baru yang canggih siap camera power bagai memang takda la. Ni pun pakai phone atas sikit dari 3315, tapi boleh masuk memory card 8 GB la. Jangan nak kutuk sangat ok..hehe.. Yang tak tahan tu, lepas phone masuk air ngan tercicir, kasut pulak 2 pasang dicuri orang. Terbang lagi duit beli kasut. Dugaan betol la. So, kepada pembaca di luar sana, sila jaga barang-barang anda. Sebarang kelekaan dan kecuaian akn membawa duit anda terbang dengan banyaknya sekali.

Gambar kat atas tu ada yang aku ambil dari google, ada yang dari memory phone masuk air. Sekian.

Sunday, May 5, 2013

Tunaikan tanggungjawab

Hari ni hari yang mendebarkan buat seluruh rakyat Malaysia. Aku pun tak sabar-sabar nak tahu siapa pula yang memerintah Malaysia lepas ni. Sedang mahasiswa mahasiswi balik menunaikan kewajipan masing-masing, aku hanya mampu duduk di dalam bilik. Ramai yang bertanyakan kenapa tidak mengundi. Aku pun jawab la nama tiada dalam SPR. Sebab apa nama tiada?? Manalah aku tahu. Aku isi je borang daftar pemilih tahun lepas. Bukannya sekali aku isi, tapi dua kali. 1st isi borang bila ada orang datang ketuk bilik dan beritahu siapa yang belum daftar pemilih boleh daftar dengan dia. 2nd pula, lepas beberapa bulan IPTA tempat aku ni cakap boleh daftar pemilih kat pejabat-pejabat kolej. Tapi dua-dua pun tiada. Tak tahu la ada konspirasi apa disebalik semua ini. Itulan antara sebab-sebab aku tidak boleh mengundi.

Walaupun tidak mengundi, aku tetap juga kena tunaikan tanggungjawab kepada perut aku. Jadi menu aku hari ini adalah bertajuk 'Talapia seribu bara'. Kenapa aku bagi tajuk macam tu pembaca-pembaca sila jangan persoalkan ye. 

Bahan-bahan:

Ikan talapia sepanjang diameter kuali
Bawang merah & putih
Cili hijau
Pes cili
Halia
Udang kering
Daun limau purut
Sebiji kentang

1st step: Goreng ikan 


Kalau perasan, ikan tu digoereng tanpa garam dan kunyit. Hal ini disebabkan bahawa aku nak kekalkan rasa asli ikan tilapia ni yang pada asalnya rasanya agak manis. ( Padahal terlupa nak bubuh..hahaha)

2nd step: Masak sos untuk mandikan ikan yang telah digoreng.

Tumbuk lumat bahan-bahan yang disenaraikan, tambah itu, masuk ini dan siap.


3rd step: Dihidangkan bersama nasi


Oleh sebab aku tinggal seorang sementara yang lain balik mengundi, jadi sekor ini aku yang punya. Seriously, ikan tilapia ni tak berbau macam ikan tilapia lain di pasaran. Minggu lepas, 100 lebih ekor telah ditangkap untuk tujuan BBQ oleh kelas aku.

Sunday, April 14, 2013

Ayam rebus kunyit


Bahan-bahan:

Bawang putih & merah
Halia
Kunyit hidup & serbuk
Serai
Cili hijau
Laun limau
Ayam

Tumbuk lumat bahan-bahan seperti di dalam gambar


Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam air mendidih. 

Masukkan ayam,serai,cili padi, daun limau dan sedikit serbuk kunyit. 

Tambah garam & gula secukup rasa.


Tunggu dalam beberapa minit sehingga ayam masak dan sedia untuk dihidangkan.


Seperti biasa, saiz hidangan yang dicadangkan. Nampak tak tu aku makan sikit je. Siapa yang cakap aku kuat makan ha??

Sebenarnya, ayah aku yang selalu masak masakan ni kat rumah. Ayah aku bukan la selalu masak kat rumah, tapi bila dia masak, dia akan masak masakan ni. Jadi oleh sebab lama tak makan, tu yang teringin dibuatnya.
Sekian, terima kasih.

Sour Soup

Menu simple malam ni, tomyam ayam campur meatball je. Tak rajin la nak huraikan intro panjang-panjang disebabkan kepala otak masih memikirkan fyp yang tak mula-mula lagi.

Bahan mentah asas yang digunakan. 

Bawang,daun limau,chili,pes tomyam,serai,halia


Bahan mentah yang bukan asas

Ayam dan meatball. 
Pilihan mengikut selera dan sensitiviti agama masing-masing.


Sayur ditambah sebagai pembekal nutrient dan zat-zat kepada tubuh badan.


Gadget yang penting dalam masakan ini adalah seperti di bawah. Hot plate rosak so kena guna yang ni je la. Asalkan boleh masak.


Saiz hidangan yang dicadangkan. Kuantiti mungkin berbeza mengikut waktu makan anda. Kuah banjir lagi sedap dimakan bila panas-panas.


Sila pastikan anda menggunakan pes THAI yang original untuk menjamin rasa yang berkualiti.


Sebagai konklusi, it's not a good idea eating tom yam when you had mouth ulcer.

Tuesday, March 26, 2013

So cheesy and Tasty

Antara menu kitorang malam ni adalah wedges. Tujuan aku bercerita pasal wedges ni adalah kerana aku dah tiada benda nak update. Tapi dalam hati rasa nak update. Dan kemudian aku akan teruskan dengan penceritaan aku pasal wedges ini. Niat nak buat wedges ni timbul setelah kawan aku bagi powder cheese secara percuma dan tiada unsur-unsur meragukan. Jadi aku pun pergi cari kentang kat pasaraya, dapat la RM5.00 untuk 3 kg kentang kalau tak silap. Banyak juga la sebab dalam guni.

Aku nak cerita la sikit pasal proses yang berlaku ketika nak masak ni walaupun korang dah tau. Mula-mula basuh kentang sampai bersih, kemudian potong kentang tu. Kalau korang tengok kentang kat bawah ni kulitnya tak dibuang. Sama la macam Rachel Ray bila dia masak kentang. Bukan nak buang kulit pun. Kalau korang tak kenal Rachel Ray tu, korang bleh google sendiri ye.


Gaulkan dengan garam, kunyit, serbuk kari sikit, kalau nak pedas sikit campur la dengan serbuk black pepper. Kemudian goreng dalam minyak panas. Kalau boleh biar deep fried ok, baru sedap dan sekata.


Campuran powder cheese dengan air panas bersuhu 80 darjah celcius. Kalau nak bancuh cheese ni kena ikut berapa banyak kentang yang korang goreng, bukan ikut suka hati je...nanti membazir.


Inilah rupa paras wedges tadi etelah siap digoreng. Rasa dia takde la macam wedges KFC tu, tapi boleh la. Sampai masak lagi kentang bila yang goreng mula-mula dah habis.


Akhir sekali, terimalah senyuman ikhlas dari hati ini. Sekian, terima kasih kerana sudi singgah dan baca.


Friday, March 15, 2013

Kari Telur Kurang Dari 5 minit

Resepi bujang kali ni membawa anda mencungkil salah satu rahsia untuk berjimat disamping perut kenyang dan cara penyediaan yang pantas. Menu yang dibawakan amat sesuai untuk bujang-bujang yang sibuk dengan urusan seharian ataupun yang kurang kemahiran memasak tetapi hendak memasak masakan yang sedapnya bertaraf restaurant. Berdasarkan tajuk di atas, resepi kali ini memang bukan calang kepalang.

Modal keseluruhan untuk resepi ini hanyalah sebayak RM 2. Mesti korang cakap aku tipu kan. Tapi sebenarnya keadaan ini memang dah dibuktikan oleh aku. Ok, apa yang patut kita beli dengan RM 2. Untuk RM 1 yang pertama, aku beli telur 3 biji untuk buat telur mata kerbau. Kemudiaan untuk RM 1 yang kedua, aku pergi kedai makan lauk campur, aku bungkus kuah kari ada la setengah plastik, kemudian aku bawak balik ke bilik.

Sampai je kat bilik, aku masak telur 3 biji dan akhirnya masukkan kuah kari tersebut ke dalam kuali. Jadi la, telur masak kari. Kesedapan masakan korang adalah bergantung sepenuhnya kepada kesedapan tukang masak kedai yang korang pergi tu. Kalau nak rasa kari ala mamak, korang pergi la kedai mamak. 


Kalau kuah kari tadi ada lebih, korang boleh simpan dalam fridge untuk masak pada malamnya pula. Kesimpulan dari penerangan di atas adalah aku telah makan telur masak kari untuk tengahari dan makan malam. 


Monday, March 11, 2013

Ragam Rayyan Raziq dan Kakaknya

Ni gambar anak buah aku setelah berumur 3 bulan. Chubby bukan main..haha.. Aku tak ada idea nak elaborate lebih-lebih. Korang tengok je la gambar-gambar kat bawah ye. Tapi aku nak cerita la sikit pasal rambut budak ni. Pada suati hari, akak aku memang nak botakkan kepala budak ni. Tapi ayah dia macam tak berapa setuju la kot. Mak Rayyan ni tunggu sampai suami dia masuk tido. Lepas tu apa lagi, dia process kepala si Rayyan sampai jadi licin macam ni. Ayah si Rayyan buka je mata besok pagi, anak dia dah botak. Terkejut dibuatnya...hehe






Si kakak duduk main dengan adiknya. 


Adiknya diam tidak bersuara.


Last jadikan adiknya macam barang permainan..haha


Monday, February 25, 2013

PENGORBANAN


Tajuk yang mungkin menimbulkan persoalan kepada anda yang sedang membaca. Apakah aku seorang yang tidak mempunyai apa-apa ini hendak korbankan? Adakah pengorbanan aku itu berbaloi kepada orang-orang di sekeliling aku? Adakah aku tiada pilihan lain selain mengorbankan apa yang sedia ada? Adakah anda yang sedang membaca nukilan ini membaca dengan pandangan yang serius? Tahukah anda pada ketika dan saat aku menghasilkan nukilanku ini, aku sedang baring sambil menekan-nekan keyboard di harapan aku. 

Cukup la tu dengan mukadimah yang puitis lagi bersastera. Aku rasa macam tu la. Kalau anda pembaca merasakan sebaliknya, itu hak anda..hehe. Malam ni aku tak boleh nak tidur, itu yang aku mengarang ni. Lagipun dah bersawang blog aku dengan anai-anai yang dari mana datangnya. Dalam banyak-banyak malam, malam ni la aku paling terdesak sekali nak pejamkan mata. Bukan apa, main dengan pening kepala, tekak pedih yang teramat sangat membuatkan aku tak bernafsu nak pejam mata. Badan dah memang seram sejuk dibuatnya. Jadi dengan menggunakan sipmtom yang ada pada badan aku, aku dengan sendiri mendiagnose yang aku bakal demam besok pagi. 

Tapi besok kelas aku dah la start pukul 8 pagi, pastu gap pukul 12 sampai 2 petang, kemudian sambung pula sampai 4 petang. Walaupun dengan keadaan aku yang macam ni, serius aku tak sanggup nak ponteng kelas untuk besok. Aku rela duduk termenung di dalam kelas berbanding duduk kat dalam bilik. Bukan apa, sejak belajar kat IPT ni aku semakin menghargai ilmu. Sementara belajar ni la, aku nak sedut segala ilmu yang pensyarah curahkan selagi aku mampu. Kalau tak mampu tu tak mengapa, asalkan dapat belajar benda-benda baru. 

Jadi setelah aku berfikir 3,4,5 kali, aku berpendapat aku tak nak pergi kelas besok hari. Lebih elok aku pergi ambil ubat di Pusat Kesihatan dan rehat secukupnya di bilik. Inilah pengorbanan yang aku maksudkan. Bagi aku elok aku ponteng kelas daripada biarkan classmate aku dijangkiti. Bagi orang lain mungkin nampak biasa dan tiada apa-apa, tapi bagi aku pun nampak biasa juga. Memang lecture note tu kita boleh baca di lain hari, tapi kefahaman yang kita dapat pada waktu tu payah nak dicari ganti. Pada pandangan aku la.

Sekian itu saja yang aku nak ceritakan pada kali ini. Dikesempatan ini aku nak kongsi dengan para pembaca satu rekod dunia iaitu; perkataan terpanjang di dunia. Perkataan ini mengandungi 189,819 jumlah huruf dan memerlukan masa 3 jam dan 33 minit untuk menyebut seluruh perkataan. Dan aku berharap sangat yang para pembaca semua cukup bijak untuk tidak membaca perkataan tersebut. Perkataan aku maksudkan; sini.



Tuesday, January 15, 2013

Menu terakhir 'Resepi Bujang'

Resepi terakhir memandang sekarang pun dah mula cuti semester. Kalau kat rumah dah tak panggil la resepi bujang. Mula-mula malas nak masak, ingat nak pergi makan kat luar je. Tapi kat dalam peti sejuk ada ikan, telur, beras, kalau tinggal sebulan macam tu je..Entah boleh masak ke tidak nanti. Jadi dengan itu, eloklah di masak daripada dibiarkan membazir begitu saja. Memandangkan ini yang terakhir, 2 menu akan aku sajikan. 

1) Telur masak sambar biasa-biasa saja
2) Ikan celup tepung (ICT bak kata orang ganu)


Goreng telur dulu sebab kuali ada satu je. 


Siapkan ikan dengan bancuhan tepung.


Goreng ikan semasak yang boleh.

 \
Tumiskan bahan-bahan untuk membuat sambal tumis. 


Masukkan telur ke dalam sambal tumis. Dan akhirnya....


Gambar sekadar hiasan

Siaplah menu malam aku dan kengkawan. Jimat la 5, 6 ringgit kalau pergi makan kat luar. Sedang pelajar-pelajar lain seronok bercuti, aku pula sibuk menjaga kolej. Nampak tak kasih sayang yang aku curahkan kat UPM. Walauapapun, kita sambung lagi RESEPI BUJANG semester hadapan. InsyaALLAH..jumpa lagi

yang benar,
aku

Friday, January 11, 2013

Gulai Tempoyak ala carte-dar


Resepi bujang kali ini membawakan menu special dari Pahang, iaitu gulai tempoyak ala carte-dar atau nama melayunya ikan masak tempoyak ala kadar je. Menu kali ini dimasak oleh member aku sebab bidang masakan aku bukan dalam tempoyak. Jadi aku tak tahu dia guna bahan apa. Aku just snap gambar dan upload ke dalam blog. 


Sebelum itu, bahan seperti cili, bawang dan apa entah hendaklah ditumbuk dengan lesung batu. Zat-zat galian dan mineral yang terdapat pada batu tu mampu memberikan nutrient kepada tubuh. Ok, yang ni fakta aku reka sendiri.


Ikan ni aku tak pasti la spesis apa. Aku kalau ikan air masin ni tak expert sangat, ikan air tawar pun tak expert juga, tau makan je. Korang mesti tertanya-tanya kenapa ada bawang dua biji kat ikan tu. Bawang dua biji tu adalah simbolik menandakan final exam dah habis. Kepada yang belum habis paper tu, sila banyakkan bersabar dan menikmati gambar-gambar seterusnya ok.


Panaskan air dan tunggu sehingga mendidih, barulah masukkan bahan tadi serta ikan ke dalamnya. Lagi sedap kalau kuahnya pekat, dan lagi jimat kalau kuahnya banyak. Boleh buat kuah maggi. Kat malaysia ni mana ada lagi orang buat maggi perisa gulai tempoyak kan. Boleh buat tajuk final year projek ni. Mesti boleh pergi jauh. Sila jangan percaya dengan hujah mengarut di atas. Gambar di atas menunjukkan keadaan di mana nisbah tempoyak dengan air adalah tidak mencukup. So, kene tambah lagi tempoyak.


Selepas 10 minit atau kurang, siaplah gulai tempoyak kita tadi. Nampak memang simple, tapi memang simple pun. Kalau nak dibandingkan dengan patin masak tempoyak orang pahang, memang resepi ni tak mampu la nak lawan. 


Saiz hidangan yang dicadangkan.

Lepas dah siap masak, makan dengan nasi campur sayut taugeh. 
Hhmmmm.... Memang _________....Ermm, korang isi la sendiri tempat kosong tu. Tiada perkataan yang aku boleh gunakan untuk menggambarkan situasi di tempat kejadian. Akhir kata dari aku, selamat maju jaya dalam menjawab final exam. Study tu study juga, makan jangan sampai tinggal. Taknak stress, tidur biar cukup. Kalau boleh pergi bersukan, keluarkan toksin-toksin yang ada dalam badan. Kepada yang dah habis tu, jom la kita sama-sama layan movie sampai lebam..haha...

yang benar,
empunya blog

Tuesday, January 8, 2013

Tembok runtuh di Kolej Serumpun, UPM

Aku nak berkongsi gambar tempat kejadian sebelum tembok itu runtuh di Kolej Serumpun yang telah merosakkan 10 biji motorsikal pelajar. Gambar ni aku ambil pada 14/11/2012. Tempat ni memang port biasa aku untuk park motor. Kebetulan hari tu aku perasan yang wall ni senget macam nak jatuh. 


 Sekali tengok pun korang dah tau yang wall ni tak boleh tahan lama. 




Ni gambar pada hari kejadian 4/1/2013. Gambar ni member aku yang snap. Aku tiada kat kolej time ni.



 Kemudian, ni pula gambar pada keesokan harinya. 




Kerja pembersihan dilakukan pada sebelah petang.

Mangsa diberitakan akan menerima bantuan sebanyak RM500 daripada Menteri Kerja Raya dan segala kos  pembaikan motorsikal akan ditanggung oleh pihak UPM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...