Pages

Suka tak???

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Cara Hantar Mesej Tanpa Bayar (free)


Hari ni aku share dengan pembaca macam mana cara nak menhantar mesej tanpa perlu membayar sebarang cas-cas tersembunyi. Tapi bukan semua keadaan boleh pakai teknik khas ni. Sebenarnya aku dapat tips ni waktu aku ikut Kursus Biro Tatanegara kat UITM Jengka dulu. Fasi kumpulan aku yang beritahu. Mula-mula aku pun malas nak caya juga. Macam tipu je kan. Tapi tengok dia dengan penuh konfiden explain mende tu. Aku pun caye la.

Kalau tak silap aku, fasi aku tu merupakan Guru Besar sekolah. Tak kan la dia nak menipu pula kan. Ok, sekarang aku terangkan macam mana cara nak hantar mesej tu. Kaedah ni menggunakan keadaan minda separa sedar kalau tak silap aku. Masa fasi aku tu terang dia bagi dua keadaan je.

Pertama, bagaimana menghantar mesej dari seorang ayah kepada anaknya. Macam mana nak buat? Contoh disini, anak tu degil la orangnya. Apa yang perlu si ayah buat, apabila anak tu masuk tidur. Si ayah duduk di hadapan anaknya. Pada ketika ini, si ayah perlu fokus. Dari situ dia akan cuba menyampai mesej supaya menasihati anaknya untuk berubah. Memang bunyinya mustahil. Tetapi Insyaallah berkesan.

Kedua, sesuai kepada sesiapa yang berminat kepada seseorang. Macam minat diam-diam la kat orang tu. Cara dia pun sama juga, apa yang perlu kene fokus. Bayangkan orang tu, dan korang boleh sampaikan apa yang korang pendamkan. Kalau korang semua nak tahu, kena la cuba.

Tapi aku pun tak pernah cuba. Tapi aku nak kongsi la serba sedikit pengalaman aku dulu. Setahu aku, minda kita terbahagi kepada tiga. Minda sedar, minda separa sedar dan minda bawah sedar. Setiap level ni ada power yang tersendiri.

Tuesday, May 18, 2010

Sayur!!!

Panduan mengenai sayur-sayuran sebelum membeli:
  • Pilih sayuran berdaun mempunyai tekstur yang teguh dan warna yang cantik.

  • Pilih sayuran jenis akar dan buah yang teguh dan berwarna cerah.

  • Elakkan daripada mengambil sayuran jenis buah yang lebam dan yang mempunyai kulit yang pecah.

  • Sayur-sayuran yang segar dari pasar adalah yang terbaik. Sayuran dalam tin boleh dimakan sekali-sekala.

Wednesday, May 12, 2010

Batuk???


Sebab batuk menyerang anda:
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Cara-cara menghalau batuk dari terus mengganggu anda:

  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
Jangan lupa untuk berjumpa doktor kalau mempunyai tanda-tanda seperti:
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan

Monday, May 10, 2010

Inilah hakikat kepada apa yang berlaku apabila berlakunya penularan selesema.

Sedikit info pasal selesema.

Tanda-tanda dan gejala penyakit adalah bergantung pada tahap keterukkan :

  • Demam tinggi (39 – 40°C)
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit dan lenguh-lenguh badan
  • Ketidakselesaan bernafas
  • Batuk mungkin menjadi teruk
  • Letih lesu
  • Lemah dan tidak bermaya boleh menjangkau ke 2-3 minggu.
  • Kerap bersin, hidung tersumbat dan sakit tekak.


Cara-cara rawatan;

  • Rehat yang cukup, makanan yang seimbang dan senaman ringan dapat membantu mimbina pertahanan badan.
  • Bahan Ubatan yang dibeli tanpa priskripsi doktor contohnya Paracetamol (Panadol) dapat mengurangkan demam, sakit kepala dan sengal-sengal otot.
  • Ubat pereda hidung tersumbat dan semburan hidung dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan tisu-tisu bengkak.
  • Minumlah air yang .

Cirit Birit...


Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :

  • jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
  • alahan makanan
  • ubat-ubatan
  • pengawet makanan
  • pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit tersebar melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.Jangan ambil mudah je cirit birit ni. Boleh membawa kematian, bahaya sungguh.


Langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila menghidapi cirit birit.
  • Minum banyak air.
  • Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur­ansur
  • Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
  • Elakkan kafein dan alkohol
Kalau tah tahu nak buat apa, pergi la jumpa doktor. Jangan jadi doktor sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...