Pages

Suka tak???

Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Kali ke-3 masuk BALAI POLIS



Mesti kebanyakan orang fikir aku insan bertuah kan? Senang-senang je keluar masuk balai polis. Tapi memang pun, jalan nak masuk ke balai polis bukan susah macam nak panjat gunung. Aku rasa, sebelum aku cerita kenapa aku masuk balai polis kali ke-3 ni. baik aku cerita yang ke pertama dulu. Tak best la cerita kalau storyline pendek sangat kan. Lagipun tak expect pun cerita yang aku nak cerita ni cerita yang best.

1st time aku masuk balai polis waktu aku tingkatan 5. Kenapa aku masuk time 2, aku pun tak tahu kenapa. Cerita dia macam ni, aku lepak la dengan kawan-kawan kat kedai minum. Nak minum-minum petang la ni kononnya. Lepas itu, datang la seorang kawan ni dengan muka gelabah. Kitorang semua pun takde la pelik sangat, sebab masa kawan ni datang, dia bawak sekali polis peronda. Apa masalah dia pun aku tak tahu. Kawan ni pun lepak la sekali dengan kitorang. Tiba-tiba je polis peronda tu datang lepak sekali. Seingat aku la, takde pun kawan-kawan aku ajak polis tu lepak sekali. Datang-datang je, polis tu suruh masuk dalam trak. Lepastu kene polis tu bawak kami pergi balai polis berhampiran dengan kawasan kejadian. Masing-masing pun panik tak keruan la. Sampai kat balai, kitorang di suruh buat urine test. Dengan kekuda lutut yang bergoyang-goyang, kitorang pun buat la. Sementara tunggu urine test, kami kene la soal jawab dengan polis. Polis tu tanya, ade ambil dadah atau sewaktu dengannya tak? Semua cakap la tak. Keputusannya, semua negatif dan kitorang pun dilepaskan semula. Dah tak pasal-pasal kena masuk balai.

2nd time ni pula, aku masuk sebab kes lain. Mula-mula, aku pergi la melawat kawan aku dengan kawan sorang aku ni. Naik sebiji motor je masa tu. Dah puas lepak umah kawan ni, aku dengan kawan aku pun balik la. Nak dijadikan kisah, kami pun ingat nak pusing-pusing la kampung dulu. Tapi aku terlupa, malam tu roadblock banyak macam semut. Maklumla, malam merdeka. Confirm ramai remaja di luar sana yang merempit di sana sini. Kami pun bersiar-siar la naik motor. Waktu tu dah lebih pukul 12. Tengah sedap-sedap mengumpat atas motor, terjumpa pula roadblock. Mujur la lepas. Kami pun jalan la semula. Tak sempat nak masuk gear 3, dah ada roadblock lagi. Mak aih, terkejut aku. Masa ni la klimaks malam tu. Tiba-tiba je pak cik yang jaga time tu ambil kunci motor. Pastu dia ingat aku pergi merempit. Aku pun angin la, dah la bawak slow..pastu naik motor bapak aku pula tu. Motor dah stanby nak pergi hantar muzium pun nak tahan. Tak leh tahan betol la aku. Last-last, motor kene angkut pergi balai polis yang berhampiran kawasan kejadian juga. Dalam kepala aku. memang sah-sah kene saman ni. Nasib baik pandai mengayat abang polis yang bertugas. Ingat dah boleh balik rumah. Rupan-rupanya bersyarat. Dia cakap, kalau tak nak kene saman, kene teman dia kat balai tu. Sampai rumah dekat pukul 2 juga la. Kalau aku tidur la, dah berapa chapter mimpi aku boleh katam.

Kali ke-3 ni yang aku tak boleh nak lupa. Siap ingat tarikh dan waktu lagi. 25/5/2011 jam 11.++p.m. Memang la aku ingat, baru je berlaku semalam. Macam ni starting point dia, Semalam aku g jenjalan dengan kawan-kawan aku kat Kuantan. Nak bersuka ria la ni. Pergi cinema layan movie Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides,fulamak! Yang peliknya, aku mengantuk cam apa ntah masa layan movie ni. Pastu kitorang pergi la karaoke. Biasa la kan, remaja sekarang memang suka membazir kat benda yang bukan-bukan. Habis je karaoke, masing-masing plan nak pergi makan KFC kt Teluk Chempedak la kononnya. Masa nak masuk kereta kat parking, aku jolok kunci punya la bagai nak mati. Tak terbuka juga pintu kereta tu. Memang cuak la time ni. Pandang je kereta belakang, eh kereta Wira siapa tu? entah macam mana boleh tersilap kereta pula ni. Macam-macam betul la. Dengan muka tak tahu nak tahan malunya, pergi lama masuk dalam kereta. Dah la hujan time tu. Kami pun berangkat la pergi Teluk Chempedak dengan perut yang lapar. Lagi 701 meter nak sampai kat Teluk Chempedak, tiba-tiba van sebiji langgar dari belakang. Peh, melompat aku dalam kereta time tu. Tengok-tengok kat depan, berasap je. Pantas aku keluar kereta nak tengok. Bukan aku 2 biji je yang kene, dekat 5 biji kereta juga la. 1st time aku kene camtu. Rasa nak marah jangan nak cakap, memang specchless tak tercakap marah aku. Rasa nak jadi hulk je bila keluar kereta. Tak kira la Incredible Hulk ke Hulk Hogan ke. Tapi fikir-fikir balik benda dah jadi, sabar je la. Nak marah pun, buat kacau emosi aku je. Tak pasal-pasal malam semalam lepak balai polis sampai 2 pagi. Tapi bahagian trafik la. Dari nak bersuka ria, tukar jadi bermuram durja.


p/s: xleh la merayap jauh2 pasni...huhu

Monday, May 2, 2011

Pagi-pagi buta!!!!


ketika orang sedang nyenyak tidur,

ketika cahaya bulan tiada lagi akibat hujan,

ketika katak bernyanyi-nyanyi lagu2 klasik,

ketika suasana seram sejuk menaikkan bulu roma,

ketika kedengaran bunyi-bunyi tapak kaki orang pergi toilet,

ketika angin-angin kipas mendayu di muka,

ketika mata mulai kuyu dan nak tidur,

ketika dh standby nk landing atas katil,

Time ni la aku sibuk nk update blog. Bukan apa, baru je lpas menghadap note biology tuk paper ari selasa nnt. Nak bgtau la kt korg tahap stress aku skrg ni, korg penah rasa x neuron korg kene tarik...dh la kene tarik, pastu kene sentap2 plak.. Nk tercabut dh otak ni.

Elok2 study biol-ogy, sok bagun pagi jd biol plak..haha... Sebut je pasal study ni, teringat mmbe aku 2 3 org masa duk asrama dlu. Aku ingt diorg, ntah2 diorg ingt aku pun tidak...abaikan la..hehe... Memang rindu la masa asrama dulu. Teringat time EURO dlu..masing-masing duk gila bola. Punya semangat nk tgk final Spain lwn Germany, smpi snggup curi-curi tgk kt surau ni. Time tu tv kt surau sbb ade senior alih. Ada la dlm kul 4 lbh gitu la...

Baru je nk lyn 2nd half, tiba-tiba lampu surau menyala. Yg kwn aku ni dh nk start marah bdk yg bukak lampu tu. Pandang je blakang, tgk warden duk terpacak dpn pintu. Ape lagi, berjaga smpi pg la..kene denda. Yg xleh thn, time jemaah subuh la...kene kutuk ngan membe2...

Memang rasa nk mengamuk la time tu. Tp mujur la sempat tgk Torres score goal. Klu x sia2 je bgun tgh pagi bute...



Tuesday, April 12, 2011

1st time ever pergi Litar Sepang!!!


Litar Sepang!!! Hari Ahad baru-baru ni kan ada Formula 1.
Aku takde la minat sangat kalau tgk kat tv, tapi teruja giler bila kakak aku cakap dia ada 2 keping tiket tuk tgk Formula !!

Ni la rupa tiket tu...hehe!!!

Aku pun ajak la abang aku skali. Bukan ape, kalau dengan abang ni senang sikit. Nak makan ke, nak minum ke, biar dia blanja...hehehe

Kalau pakai duit sendiri, alamatnya makan maggi je la kt hostel sebulan pastu. Mahal bukan main makanan dalam tu. Malas la nak cite panjang2, tgk je la gambar k...
Entrance kat Sepang Circuit. Time ni jangan cakap la, senyum je memanjang..haha...


Dapat plak seat depan pit stop. Memang best la..


Opening ceremony sebelum nak mula..


Memang penuh orang time ni..



Gambar masa lumba tak dapat nak ambik la... sebab dua-dua tangan tutup telinga...hehe

Tuesday, September 28, 2010

Tasik Chini!!!

Cuti pertengahan semestar baru-baru ini aku telah pergi ke salah satu pusat pelancongan yang amat terkenal pada masa dahulu. Tempat yang aku maksudkan ialah Tasik Chini. Setelah sekian lama Tasik Chini dibaikpulih akhirnya siap pertengahan tahun ini. Inilah gambar keadaan di Tasik Chini sekarang.

Sampai je kat situ, aku ngan kawan aku terus menyewa kayak. Gambar ni diambil sebelum aku berkayak di Tasik Chini.Dan berkayaklah aku di tengah-tengah tasik itu. Betapa sukanya kawan aku bila dapat main kayak.

Memang sempoi la main kayak ramai-ramai. Aku yang naik kayak sorang-sorang tu.

Tasik Chini sekarang memang berbeza dengan yang dulu. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sana..






Monday, June 14, 2010

Tanjung Gosong

Baru-baru ni aku ngan kawan2 pergi memancing kat Tanjung Gosong... Kat tempat ni jugak ada 1 kem PLKN..namanya kem tu aku tak bape ingat la, sebab tak ingin tahu pun..niat dari rumah memang nak pergi memancing... Kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi... Sampai sana ada la dlm kul 8.30...sampai2 je tgk air tgh surut..
Kalau air surut mana la banyak ikan.. Ada yang moody nak mancing.. Kawan aku seorang tu memang semangat giler...aku tabik la... Panas pun dia mantain je mancing...
Yang sorang ni pulak,dah jadi mcm mnde pun aku tak tau.. Nak kabo jadi mat bangla,takut terasa pulak.. Diam2 sudah...hehehe
Cuaca memang panas terik bila dah masuk kul 11 pg.. Korg nmpak mmbe ni,sampai buat kanopi nak berteduh..macam dalam cite Lost je...hahaha

Gambar ikan tak tunjuk sebab nanti korang mesti gelak punye...





Wednesday, June 2, 2010

Tengah Pagi!!!

Melepak tgh2 pagi bersama kwn aku.. Cite die start bile tgh lpk2 kt umah je.. Kwn aku yg sorg ni pun tetibe je ajak pg lepak kt kntn.. Padahal umah kt cini.. Jarak cini ke kuantan ade la dlm 85km.. Oleh sbb tgh bosan thp gaban, kami pun plan nk pg kntn mlm tu jgk.. Jam waktu tu bru pkul 11 lbih..tp sume stesen minyak dh ttup, kdai runcit pun same jgk ttup.. Nak pg kuantan pnye psl, kitorang wat dek je pg rumah tauke kedai tu...nasib baik ade minyak.. Kami pun bergerak ke kuantan.. Dlm kul 1 pg, kami pun smpai kt teluk cempedak.. Port peberet aku klu g kntn.. Smpai sne pun bkn wat mnde.. Melepak kosong camtu je.. Pastu pg mkn kt KFC.. Gambar ni di snap pd pkul 3 pg..aku steady je, tp kwn aku tu dh x thn nk tido...hehehe... Klu korg nk tau, kitorang smpai kt cini kul 5.23 pg.. Memang ngantuk giler...tp x la seronok mne sbb pg tu kne bgun awal...



Monday, May 24, 2010

Ayam Kampung

Keje aku kt umah cume tlg mak ngan ayah aku..pnggilan blaja pun lambt lg.. Smentara tu duk la kt umah.. Pkul 1.30 ptg pg amik adik dr skolah.. Sampai je kt umah terus g dapur.. Dgn perut yg dh lapar thp gaban, aku terus ke dapur.. Bkk2 je tudung saji,terus nmpak ayam x pkai baju ni..hahaha

Aku pun ape lg, tempah peha awl2 la.. Nasib baik x bergaduh ngan adik aku..hehe
Baunya x yh ckp la..meletop habiss...


Memang jadi kegemaran aku ni...ayam masak berempah.. Biasa sblm msk, mak aku ptong2 dlu.. Tapi ari ni, tibe2 msk sekor terus.. Mujur x hidup ayam ni... Ayam kampung plak tu...meleleh beb..


Kesimplnnye, aku mkn lauk ayam je..sayur2 x best..hahahaa



Tangkap Ular!!!

Tgk je gambo ular ni, teringat mase aku duk darjah 3 dulu. Mmg penglamn pelik ar.. Sbb mnde aku ckp cmtu, sbb aku mase tu slalu tangkap ular air. Bermula pd satu pagi tu, aku pergi la skolah agama mcm bese.. Kebetulan mlm sblmnya hujan lebat jd penuhla air kat longkang.
Tgh lpk2 ngan membe kt tepi longkang, tiba2 ade kepala ular air timbul..rse menarik ni.. Kami pun selok la nk tgk..maklumla bkn sng nk tgk live ni..tp nsib baek la ular tu beso ibu jari je.. Takde la tkut sngat.. Kwn2 aku pun maen kjar2 ngan ular tu... Aku pun amik plastik kat tepi jln pastu bila ular tu timbul, terus aku tngkap.. Dpt je terus bnuh.. Dlu mse kck2, mne tau ape2 lg..
Start dr ari tu la, kje aku duk tngkap ular je.. Ada ular yang aku tgkap aku jual kt mmbe aku. Sekor dpt la 60sen...hahaha.. yang laku pun cume sekor tu je... Klu x silap aku, dekat 7 -8 ekor jgk aku tgkap mse darjah 3 tu..sumenye yg kck2 je la...klu ular yg beso2 tu, bkn aku yg tngkap die, die plak tngkap aku...mcm2 btol la..hehe



Monday, May 17, 2010

Khemah



Sebut je pasal khemah, pasti orang ingat berkhemah kt hutan.. Ada juaga orang ingat akan nyamuk-nyamuk ketika berkhemah.. Tapi yang pastinya bukan tu aku nak cerita hari ni.. Aku nak cerita 1 tempat perkhemahan yang paling best. Gambar aku kat atas ni diambil semasa aku berkhemah di pusat membeli belah kt dalam East Coast Mall, Kuantan. Kat sini korang tak payah risau apa-apa.. Hujan tak kena, nyamuk pun tak ada.. Kalau makanan jangan cakap la, berdozen-dozen dan bemacam-macam jenis ada. Kemungkinan yang tinggal hanyalah korang akan dipelangkung oleh sekuriti di situ...Jadi pikir-pikirlah pape yang patut k...

Sunday, May 16, 2010

Sekolah Tempat Aku Belajar


Sekolah Menengah Ahmad, sekolah kat mana aku belajar tingkatan 6 dari tahun 2008 sampai la tahun 2009. Mula-mula nak masuk sekolah rasa macam tak best je...tapi lepas dah belajar dan tinggal kat asrama, rasa memang lain.. Sekarang dah habis, rasa rindu pulak..


Pemandangan dari depan..kalau korang nak tau,sekolah ni dah ditubuhkan dari tahun 1954.. Ramai tokoh-tokoh terkenal pernah sekolah kt sini.. Bangga aku..


Ni la gambar dewan sekolah..Tempat aku paling tak nak pergi sebab ada perhimpunan.


Ni pulak kantin tempat rehat. Tak la sebesar mana tetapi cukup untuk menampung pelajar sekolah. Menu istimewa yang menjadi kegilaan pelajar ialah nasi lemak double..hahaha...2 ringgit je pun...Kawan aku siap ketagih lagi tu...

Saturday, May 15, 2010

XPDC


Baru-baru ni aku ade pg Teluk Cempedak. Mula2 ingt nk pg ambik angin je, tp dh trlampau bosan kne la wat sesuatu yg best...

Ni gambo sblm wat projek tu...sume tgk ok je...tp lepas tu...


korg tgk kwn2 aku ni...hbs sume mnde klu bleh tnggal,diorang nk tanggal..
Sbnrnye kami pg panjat bukit kt Teluk Chempedak.. ingatkn dekat je,tp skali naik...fuh,berpeluh giler2.. Mase tgh panjat bukit tu, aku terserempak ngan uncle cina...bkn sorg dua,ada la dlm 5 6 org.. melayu xde pun..konpius jgk aku..

Macam ni la keadaan kt bukit tu...xde la seram sangat..
Mase tgh daki bukit tu tiba-tiba terjumpa,

ulat gonggok sepanjang kasut saiz 10..Beso gler... Ngeri2...

Friday, May 14, 2010

Awek-awek Form 6

Ni la di antara penyeri keadaan sewaktu aku belajar di tingkatan enam dulu.. Kebanyakannya dapat anugerah pelajar cemerlang stpm..Kalau korang baca, jangan senyum lebih sangat k.. Aku pun tak tahu bila gambar ni diambil.. Tapi yang pastinya sungguh cantik backgroundnye...hahaha... Siapa-siapa yang nak ngorat, boleh la ejas sendiri...heheheh

Tuesday, May 11, 2010

Main Air...

Gambar yang korang tengok ni sebenarnya ialah gambar remaja-remaja yang akan menjadi pelapis negara dalam sukan renang pada masa akan datang. Walaupun belum diterima secara rasmi oleh Majlis Olimpik Malaysia, kami tetap akan berlatih bersungguh-sungguh....hahahaha..
Yang sebetulnya ni la gambo aku ketika bermandi-manda dengan kawan-kawan di wisma belia, Kuantan. Tempat ni memang sesak dengan pengunjung. Melayu, Cina, India semua ada. Ketika berenang pun boleh berlaku kemalangan jiwa. Bahaya betul.... Tiket nak masuk tak lah mahal mana. Cume RM4.50 skali dengan seluar. Kalau dah ada seluar sendiri bayar RM2.00 je.. Time aku mandi tu, macam-macam gelagat boleh tengok. Siapa yang berminat tu boleh la datang dengan keluarga. Bukan senang dapat berkubang macam ni...hahaha


Sunday, May 9, 2010

Nasi Ambang...

Mungkin di antara kita tak pernah tengok nasi ambang. Makanan ni memang jarang dijumpai. Baru-baru, di rumah aku ade buat jamuan nasi ambang. Ha...memang syok habis makan nasi ambang ni.. Yang kaki tepi tu tak termasuk pakej nasi ambang la. Kebiasaanya, nasi ni dimakan untuk 4 ataupun 5 orang.

Pernah sekali sampai tak cukup nasi dalam talam ni. Sampai berebut-rebut nak makan. Berebut-rebut tu bukanlah tanda terlalu lapar tetapi itulah keseronokan apabila makan nasi ambang ni. Korang nampak tak ada bermacam-macam jenis lauk yang ada. Tapi yang paling specialnya lauk ayam kat center talam tu. Untuk makluman, tu la masakan ayam rebus berempah. Insyaallah tak lama lagi aku akan bagitau resepinya macam mana. Conform terangkat pnye.....


Saturday, May 8, 2010

Rehat Minda


Teringat pulak kenangan masa rehat minda kat Pantai Balok.. Sblum bertolak, masing2 excited nak pegi. Mana tidaknya, asyik duk kat asrama je.. Laki2 sibuk angkat barang2 seperti bekas simpan air, pemanggang bbq, dan mcm2 lg la.. Yang pompuan plak, setel pasal mknan la sbb diorg pun suka mkn. Pantai Balok dr asrama mngambil masa agak2 1jam lbih la jgk..Ble dah sampai, ape lg??mestilah idupkan api..tp aku pg men bola pantai...hahaha...ade jgk yg main bola tampar.. Part yg pling bestnye,kompom la mse mkn.. Dh penat2 main,aku pun penatkan lg diri aku dengan mkn ayam..haha...mmg syok hbis.. Memori kt sni memeng ingat smpai ble2.. Kpd kwn2, klu jumpe lg akn datang bleh ar blanje aku mkn...hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...