Pages

Suka tak???

Tuesday, April 12, 2011

1st time ever pergi Litar Sepang!!!


Litar Sepang!!! Hari Ahad baru-baru ni kan ada Formula 1.
Aku takde la minat sangat kalau tgk kat tv, tapi teruja giler bila kakak aku cakap dia ada 2 keping tiket tuk tgk Formula !!

Ni la rupa tiket tu...hehe!!!

Aku pun ajak la abang aku skali. Bukan ape, kalau dengan abang ni senang sikit. Nak makan ke, nak minum ke, biar dia blanja...hehehe

Kalau pakai duit sendiri, alamatnya makan maggi je la kt hostel sebulan pastu. Mahal bukan main makanan dalam tu. Malas la nak cite panjang2, tgk je la gambar k...
Entrance kat Sepang Circuit. Time ni jangan cakap la, senyum je memanjang..haha...


Dapat plak seat depan pit stop. Memang best la..


Opening ceremony sebelum nak mula..


Memang penuh orang time ni..



Gambar masa lumba tak dapat nak ambik la... sebab dua-dua tangan tutup telinga...hehe

Tuesday, March 15, 2011

Study vs Cinta !@#$

Semenjak, duamenjak, bermenjak-menjak ni, aku perasan banyak kawan-kawan aku menge'post' status yang menggambarkan mereka marah dengan pasangan mereka. Tapi tak tahulah kalau mereka marah dekat kucing ke, kat public toilet ke, kat pak cik bawak bas ke dan macam-macam lagi la. Sebagai bukti untuk pembaca yang dihormati, aku akan tunjukkan beberapa contoh status yang aku sempat nak perolehi.

Antaranya;

>hati-hati dengan org yg namenye...
"LELAKI"...

>hancur harapanku...;(

>ahh..aku bnci kau!! (>__<)

>k.e.s.a.k.i.t.a.n

(sumber; facebook.com)

Ni lah antara kesan-kesan yang kita dapat lihat. Kenapa perlu terseksa?
Bagi aku la, masa kita study ni baik kita fokus je untuk ke hadapan. Sebab kalau bercinta masa tengah study ni, kebanyakannya susah nak berkekalan hingga akhir hayat (TAHNIAH kepada yang berjaya). Jadi dah tentu banyak perkara kita dah bazirkan. Contohnya, masa dah tentu la, wang ringgit, komitmen kepada pasangan lagi, dan yang paling penting adalah perasaan. Marah,gembira,sedih,tawa,suka,duka,riang,muram,percaya,curiga. Korang tak penat ke? Tu belum yang mana dah terlanjur. Lagi la, nak menyesal pun tiada gunanya lagi.

Aku bangkitkan persoalan ini bukan nak menyakiti hati mana-mana pihak. Cuma ingin meluahkan luahan hati kepada korang semua. Harap-harapnya korang sentiasa bahagia dan bersamalah kita mengurangkan penggunaan polystyrene.

Serangkap pantun khas untuk pembaca:

Lain keadaan, lain pilihan.
Lain orang, lain alasan,



Ikuti info mengenai gempa bumi di Jepun.


Tidak ramai yang tahu gempa bumi yang kuat di Jepun bukan sahaja memberi impak kepada Jepun sahaja, bahkan kepada seluruh dunia.
Bencana di Jepun merupakan yang kelima terbesar pernah direkodkan di dunia.

Bencana gempa bumi minggu lalu dan tsunami di Jepun telah menyebabkan pulau itu lebih dekat ke Amerika Syarikat dan mengubah paksi planet bumi.

Gempa tersebut menyebabkan keretakan 15 batu di bawah dasar laut yang terbentang sejauh 186 batu panjang dan 93 batu lebar.

Daerah yang paling dekat dengan pusat gempa telah melompat 13 kaki lebih dekat ke Amerika Syarikat.

Gempa bumi ini menyebabkan paksi bumi berubah sebanyak 6.5 inci, dan telah memendekkan hari sebanyak 1.8 mikrosaat.

Kesan yang paling jelas adalah Jepun telah tenggelam 2 kaki ke bawah.



Monday, March 14, 2011

Budak semester 2 Tahun 1

Kejadian ni berlaku pada waktu maktu petang di mana matahari hampir nk terbenamjatuh. Aku dan kawan aku yang merupakan pelajar tahun 1 di sebuah IPTA berbual tentang keinginan untuk membawa kenderaan pada semester hadapan. Berikut merupakan diolognya:

Aku: Wei epul, Sem depan ko nak bawak motor tak?

Epul: Tak tahu lagi la. Mungkin bawak kot.

Aku: Elok la, senang la aku nanti.

Epul: Banyak cantik ko, ingat aku ni perkhidmatan awam ke?

Aku: Ala ko ni, dengan kawan-kawan pun kedekut.

Epul: Tapi kan, dari beli motor baik aku beli kereta kancil. Selamat sikit.

Aku: Jangan pul, Setakat kancil je, lagi la bahaya. Sekali kene langgar habis berkecai.

Epul: Dah tu, motor dengan kereta mana lagi selamat?

Aku: Baik ko bawak motor la. Jodoh dan maut di tangan tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...