Pages

Suka tak???

Thursday, March 15, 2012

Ranking Universiti di Malaysia

UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2012 LATEST UNTIL 10.03.2012

1.Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428)
2.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)
3.Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)
4.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523)
5.Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)
6.Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)
7.Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)
8.Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)
9.Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)
10.International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)
11.Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12.Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13.Universiti Utara Malaysia (UUM)
14.Universiti Tunku Abdul Rahman
15.Universiti Malaysia Terengganu
16.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
17.Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18.Universiti Sains Islam Malaysia
19.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
20.Universiti Pendidikan Sultan Idris
21.Open University Malaysia
22.Universiti Teknikal Malaysia Melaka
23.International Medical University
24.Taylor’s University College
25.Tunku Abdul Rahman College
26.Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
27.University of Nottingam Malaysia
28.UCSI University
29.Monash University Malaysia
30.Malaysia Theological Seminary
31.Universiti Kuala Lumpur
32.Curtin University of Technology Sarawak Campus
33.Universiti Industri Selangor
34.Selangor International Islamic University College
35.Al Madinah International University
36.Wawasan Open University
37.University Tun Abdul Razak
38.KDU College
39.Universiti Malaysia Kelantan
40.Asia Pasific Institute of Information Technology
41.Help University College
42.Sunway University College
43.INSANIAH University College
44.Universiti Sultan Zainal Abidin
45.Segi College
45.University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
47.Majlis Peperiksaan Malaysia
48.Malaysian Institute of Management
49.Limkokwing University of Creative Technology
50.Disted-Stamford College

p/s; teruja blaja kt u no 1...hehe

Saturday, October 1, 2011

Kehidupan Kampus!!!



Minggu ni genap la kot 3 minggu duduk kampus. Kalau nak dibandingkan dengan semester lepas dan yang lepas-lepas, semester ni la yang paling mencabar. Tiap-tiap minggu ada saja benda yang buat aku stress. Assignment yang datang bukannya sehelai dua helai je, dah macam air dah ni. Masuk kuliah tangan kosong. Balik kuliah, semua poket seluar, poket baju, poket beg penuh dengan soalan assignment. Yang pasti, minggu depan kene hantar.

Nampak tak meja study aku, ni bukan saja-saja sepahkan nak mintak simpati. Inilah realitinya setiap minggu. Meja penuh dengan assignment yang tak siap. Bosan gila nak mengadap benda ni, tu yang aku update blog. Kalau tak bosan, mesti gambar aku ada sekali kat dalam gambar di atas.

Selain itu, ada banyak lagi la perkara yang buat aku stress. Kalau bukan assignment yang buat aku stress, mesti stress duduk terperuk dalam bilik je. Semester lepas, memang la kena duduk dalam bilik je. Nak keluar ke mall pun, bukannya senang. Banyak dugaan kena tempuhi dan takluki sebelum sampai. Tapi semester ni, dah ada transpot sendiri pun macam tu juga.

Korang tau kan ni motor apa. Semua benda pasal motor ni ok. Tapi ada satu hal je yang buatkan motor ni tak ok. Minyak motor ni punyalah mencekik darah sampai ke tahap memerah dompet aku. Dompet kalau berisi emas dan tembaga takpe la juga. Punya la nak bayangkan betapa kuatnya motor ni guna minyak. Sebab tu kalau weekend duduk dalam bilik je. Jimat duit la katakan.

Macam ni la, life aku kat kampus. Motor tu pun setakat buat pergi balik kelas je. Nak pergi merayap jauh-jauh pun, duit habis tuk isi minyak je. Ada kawan tu, ajak datang Seremban. Kalau nak belanja makan, boleh la nak dipertimbangkan.

p/s: siapa-siapa nak buat kenduri, jemput la aku ye...

Tuesday, August 23, 2011

Mamat mane la minat aku ni...Bangang!!!!!


Dh la lama x online fb, tgh excited nk buka..keluar plak mnde ni...


Aku pikir2 balik, ntah sape la yg nk skodeng aku. Nk kabo aku ni CEO, xde pun.. Celaka betol..dh kurang pahala puasa aku mengata orang..

Ikhtiar punye la lama, nasib baik boleh..tp kene tnggu sehari plak..

Moga2, boleh buka la lepas ni....i miss my 'wall'...haha

Tuesday, June 14, 2011

Cara Hantar Mesej Tanpa Bayar (free)


Hari ni aku share dengan pembaca macam mana cara nak menhantar mesej tanpa perlu membayar sebarang cas-cas tersembunyi. Tapi bukan semua keadaan boleh pakai teknik khas ni. Sebenarnya aku dapat tips ni waktu aku ikut Kursus Biro Tatanegara kat UITM Jengka dulu. Fasi kumpulan aku yang beritahu. Mula-mula aku pun malas nak caya juga. Macam tipu je kan. Tapi tengok dia dengan penuh konfiden explain mende tu. Aku pun caye la.

Kalau tak silap aku, fasi aku tu merupakan Guru Besar sekolah. Tak kan la dia nak menipu pula kan. Ok, sekarang aku terangkan macam mana cara nak hantar mesej tu. Kaedah ni menggunakan keadaan minda separa sedar kalau tak silap aku. Masa fasi aku tu terang dia bagi dua keadaan je.

Pertama, bagaimana menghantar mesej dari seorang ayah kepada anaknya. Macam mana nak buat? Contoh disini, anak tu degil la orangnya. Apa yang perlu si ayah buat, apabila anak tu masuk tidur. Si ayah duduk di hadapan anaknya. Pada ketika ini, si ayah perlu fokus. Dari situ dia akan cuba menyampai mesej supaya menasihati anaknya untuk berubah. Memang bunyinya mustahil. Tetapi Insyaallah berkesan.

Kedua, sesuai kepada sesiapa yang berminat kepada seseorang. Macam minat diam-diam la kat orang tu. Cara dia pun sama juga, apa yang perlu kene fokus. Bayangkan orang tu, dan korang boleh sampaikan apa yang korang pendamkan. Kalau korang semua nak tahu, kena la cuba.

Tapi aku pun tak pernah cuba. Tapi aku nak kongsi la serba sedikit pengalaman aku dulu. Setahu aku, minda kita terbahagi kepada tiga. Minda sedar, minda separa sedar dan minda bawah sedar. Setiap level ni ada power yang tersendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...