Kali ni aku cerita pasal kehidupan aku di kampung. Aku berasal dari Felda sebenarnya. Aku pun tak tahu Felda tu kategori kampung ke tidak. Tapi yang pastinya bukan bandar la. Aku kalau balik rumah je, berkumpul dengan kawan lama, pastu tak tahu nak buat apa, dah takdek aktiviti, kami pun pergi la cari lauk tengahari. Kalau duduk rumah je pun bukan dapat apa pun kan..
Ni la antara gambar yang sempat di'snap' masa kat sungai hari tu. Kedalaman sungai ni memang dalam, sampai tak terjangkau oleh kaki..
Yang dalam mesti la kt tengah. Kawan aku ni duduk tepi je..hehe
Antara gadget yang digunakan nak tangkap ikan.
Sungai takde la luas mana. Sesuai la kalau nak berlatih berenang kat sini. Tapi kan, korang tak rasa ke kalau kami diberi pendedahan dari kecik, mesti dah jadi macam gambar kat bawah ni kan...Dah tentu MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!
Tapi yang sedihnya, ikan satu bayang pun tak nampak. Berenang bukan main lagi. Balik rumah je, mak aku cakap. 'Nah ambil duit ni, pergi beli ikan sekilo.. Tak payah susah-susah pergi cari'..
hahahahha.... mael2...
ReplyDeletegambar yg 2nd tu tangkap ikan ke tangkap orang??? hahahaha~
ReplyDelete