Resepi bujang kali ini ingin berkongsi sebuah resepi yang mudah, cepat dan berkesan untuk remaja mahupun yang telah berumah tangga di luar sana. Resepi yang bukan sahaja ringas, malah didatangkan juga dengan satu foto yang mampu menambat hati sanubari jiwa raga anda. Ok, seperti biasa tidak payah nak pening-pening kepala, tidak payah nak telefon mak kat kampung nak tanya resepi apa nak masak, cuma duduk di hadapan laptop dan baca resepi terbaru keluaran 'Resepi Bujang'. Dan dingatkan bahawa, segala persamaan atau ketidaksedapan ketika anda memasak adalah di tanggung oleh bahu anda sendiri, bukan bahu aku.haha
Dah nama pun resepi bujang kan, apa nak pening-pening untuk masak makan malam. Pergi kedai, cari la nugget ayam sebungkus. Biasanya boleh tahan 3 4 hari, bergantung kepada saiz fizikal dan saiz perut anda. Serius aku tak tipu korang, member aku badan kecik je tapu bab makan macam apa entah. Dah beli tu, goreng la sampai masak. Apa yang aku mengarut malam ni pun aku tidak tahu lagi.
Tak boleh goreng nugget je, nanti tak seimbang. Untuk memenuhi selera aku, aku goreng 2 biji telur buat scramble egg. Baru ada zat sikit. Kepada yang nak tambah berat badan, tambah la lagi bilangan telur tu. Tambah sebiji ke, dua biji ke, sesarang pun tiada masalah. Biasa orang-orang bujang diluar sana suka makan telur, nasi dengan kicap je. Tapi kalau nak makan tu berselera, upgrade la sikit masakan tu abang oiii.
Untuk menambahkan lagi rasa sedap disamping rasa kenyang ketika makan tu, aku tumis sambal untuk dimasukkan nugget dan scramble egg ke dalamnya. Baru la ada rasa rencah-rencah kehidupan ketika makan nanti. Manis, masam, pedas, kenyang, macam-macam ada la. Last sekali, mata duk tertutup separuh tak tahan sebab rasa ngantuk akibat makan banyak sangat. Masakan kali ini aku masak tau. Orang kata, masakan ni melambangkan personaliti pemasak tu. Korang tengok masakan aku ni, korang nampak apa? Nampak tak ke'simple'an dalam menu aku ni..haha. (lagipun ini je barang dapur yang ada, tak sempat pergi beli sebab busy study siang malam). Sekurang-kurangnya aku ni ada lagi apa yang nak dimakan. Kalau nak dibandingkan dengan anak-anak kat Palestin tu, tak tahu la diorang ada makanan ke tidak.
Seperti yang dijanjikan, satu foto yang mampu menambat hati sanubari jiwa raga anda. Inilah gambar lembu aku yang aku snap masa aku pergi MAHA semalam. Penat berjalan memang tak tahu nak diungkapkan dengan kata-kata la, pergi pukul 3 p.m, balik pukul 10 p.m. Lembik kaki nak berjalan. Walauapapun, korang enjoy la gambar lembu ini ye..
sekali lagi aku baca entry kau dengan perot yang tengah lapar
ReplyDeletehaha..jgn tgk lauk, tgk lembu la...x lapa
ReplyDeleteade lagi ye rumah ni..mantap la...
ReplyDeletehaha.. masak dundun chey pun sedap kan... ^_^
ReplyDeleteKita_tau_ke: ilmu yg ada kena guna...nnt membazir...haha
ReplyDeletecik neto: yg pntng memenuhi selera sendiri...haha