Tajuk yang mungkin menimbulkan persoalan kepada anda yang sedang membaca. Apakah aku seorang yang tidak mempunyai apa-apa ini hendak korbankan? Adakah pengorbanan aku itu berbaloi kepada orang-orang di sekeliling aku? Adakah aku tiada pilihan lain selain mengorbankan apa yang sedia ada? Adakah anda yang sedang membaca nukilan ini membaca dengan pandangan yang serius? Tahukah anda pada ketika dan saat aku menghasilkan nukilanku ini, aku sedang baring sambil menekan-nekan keyboard di harapan aku.
Cukup la tu dengan mukadimah yang puitis lagi bersastera. Aku rasa macam tu la. Kalau anda pembaca merasakan sebaliknya, itu hak anda..hehe. Malam ni aku tak boleh nak tidur, itu yang aku mengarang ni. Lagipun dah bersawang blog aku dengan anai-anai yang dari mana datangnya. Dalam banyak-banyak malam, malam ni la aku paling terdesak sekali nak pejamkan mata. Bukan apa, main dengan pening kepala, tekak pedih yang teramat sangat membuatkan aku tak bernafsu nak pejam mata. Badan dah memang seram sejuk dibuatnya. Jadi dengan menggunakan sipmtom yang ada pada badan aku, aku dengan sendiri mendiagnose yang aku bakal demam besok pagi.
Tapi besok kelas aku dah la start pukul 8 pagi, pastu gap pukul 12 sampai 2 petang, kemudian sambung pula sampai 4 petang. Walaupun dengan keadaan aku yang macam ni, serius aku tak sanggup nak ponteng kelas untuk besok. Aku rela duduk termenung di dalam kelas berbanding duduk kat dalam bilik. Bukan apa, sejak belajar kat IPT ni aku semakin menghargai ilmu. Sementara belajar ni la, aku nak sedut segala ilmu yang pensyarah curahkan selagi aku mampu. Kalau tak mampu tu tak mengapa, asalkan dapat belajar benda-benda baru.
Jadi setelah aku berfikir 3,4,5 kali, aku berpendapat aku tak nak pergi kelas besok hari. Lebih elok aku pergi ambil ubat di Pusat Kesihatan dan rehat secukupnya di bilik. Inilah pengorbanan yang aku maksudkan. Bagi aku elok aku ponteng kelas daripada biarkan classmate aku dijangkiti. Bagi orang lain mungkin nampak biasa dan tiada apa-apa, tapi bagi aku pun nampak biasa juga. Memang lecture note tu kita boleh baca di lain hari, tapi kefahaman yang kita dapat pada waktu tu payah nak dicari ganti. Pada pandangan aku la.
Sekian itu saja yang aku nak ceritakan pada kali ini. Dikesempatan ini aku nak kongsi dengan para pembaca satu rekod dunia iaitu; perkataan terpanjang di dunia. Perkataan ini mengandungi 189,819 jumlah huruf dan memerlukan masa 3 jam dan 33 minit untuk menyebut seluruh perkataan. Dan aku berharap sangat yang para pembaca semua cukup bijak untuk tidak membaca perkataan tersebut. Perkataan aku maksudkan; sini.
No comments:
Post a Comment