Antara menu kitorang malam ni adalah wedges. Tujuan aku bercerita pasal wedges ni adalah kerana aku dah tiada benda nak update. Tapi dalam hati rasa nak update. Dan kemudian aku akan teruskan dengan penceritaan aku pasal wedges ini. Niat nak buat wedges ni timbul setelah kawan aku bagi powder cheese secara percuma dan tiada unsur-unsur meragukan. Jadi aku pun pergi cari kentang kat pasaraya, dapat la RM5.00 untuk 3 kg kentang kalau tak silap. Banyak juga la sebab dalam guni.
Aku nak cerita la sikit pasal proses yang berlaku ketika nak masak ni walaupun korang dah tau. Mula-mula basuh kentang sampai bersih, kemudian potong kentang tu. Kalau korang tengok kentang kat bawah ni kulitnya tak dibuang. Sama la macam Rachel Ray bila dia masak kentang. Bukan nak buang kulit pun. Kalau korang tak kenal Rachel Ray tu, korang bleh google sendiri ye.
Gaulkan dengan garam, kunyit, serbuk kari sikit, kalau nak pedas sikit campur la dengan serbuk black pepper. Kemudian goreng dalam minyak panas. Kalau boleh biar deep fried ok, baru sedap dan sekata.
Campuran powder cheese dengan air panas bersuhu 80 darjah celcius. Kalau nak bancuh cheese ni kena ikut berapa banyak kentang yang korang goreng, bukan ikut suka hati je...nanti membazir.
Inilah rupa paras wedges tadi etelah siap digoreng. Rasa dia takde la macam wedges KFC tu, tapi boleh la. Sampai masak lagi kentang bila yang goreng mula-mula dah habis.
Akhir sekali, terimalah senyuman ikhlas dari hati ini. Sekian, terima kasih kerana sudi singgah dan baca.
No comments:
Post a Comment