Pages

Suka tak???

Friday, January 4, 2013

Sistem Pendidikan Negara Merugikan Kaum Melayu

Kali ni aku teringin sangat nak meluahkan perasaan aku sebagai rakyat malaysia. Menggunakan hak bersuara in a free loving country. Bukan nak meyakiti hati sesiapa, tapi cuba untuk meluahkan pendapat aku untuk hanya mahukan yang terbaik demi rakyat malaysia khususnya kaum melayu. Seperti yang kita tahu, Malaysia terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sistem Pendidikan Kebangsaan Negara menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Bahasa Inggeris, Science dan Mathematic. Apa yang aku cuba bangkitkan kat sini adalah Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak menggunakan keistimewaan yang Malaysia ada untuk memperbaiki kehidupan kaum melayu. 

Kenapa bahasa kaum lain seperti bahasa mandarin dan tamil tidak diajar di sekolah? Walhal bahasa mandarin dan tamil itu kita boleh praktikkan di dalam kehidupan seharian. Kehidupan di mana masyarakat berbilang kaum hidup bersama-sama. Belajar bersama, bermain bersama. Kalau mengikut pemerhatian aku selama ini la, kaum cina dengan india selalu aku lihat melepak dengan kumpulan remaja melayu. Tetapi jarang melihat kaum melayu melepak bersama kumpulan remaja melayu mahupun india. 

Kaum Cina dan India diajar untuk bertutur bahasa Melayu, tapi kaum Melayu tidak diajar untuk mempelajari  bahasa kaum lain. Apabila kaum Melayu bercakap, kaum India dan Cina tiada masalah untuk memahami. Tetapi berlaku sebaliknya apabila kaum India dan Cina bercakap, kaum Melayu hanya duduk diam tanpa mengetahui apa-apa. Nampak seperti tiada apa yang mendatangkan masalah pun, tetapi hakikatnya tetap ada.  Dengan belajar bahasa mereka, kaum Melayu dapat bergaul dengan mereka di dalam pembelajaran mahupun di alam pekerjaan. Kaum melayu perlu memecahkan dinding yang menghalang mereka daripada pergi lebih jauh. Kalaulah melayu belajar dan mempraktikkan bahasa mandarin, tak mustahil mereka boleh menyambung pembelajan mereka ke Negara China contohnya. 

Oleh itu, aku cadangkan supaya bahasa tamil dan mandarin diajar di peringkat sekolah rendah lagi. Sesuailah dengan peribahasa 'kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Persiapkan kaum melayu yang lebih  pengisiannya dan lebih kompetitf. Kalau tak dapat banyak, dapat sikit pun dah memadai. Sebagai negara yang berbilang kaum, aku merasakan kita mampu bertutur dengan pelbagai bahasa. Untuk mengelakkan diri daripada ditipu pun boleh menjadi salah satu kelebihan belajar pelbagai bahasa. 

Selain itu, aku ingin menegaskan kepentingan belajar di sekolah agama rakyat. Kerajaan sepatutnya mewajibkan semua pelajar sekolah rendah untuk belajar di sekolah agama rakyat. Aku pernah belajar di sekolah agama rakyat selama 6 tahun dari darjah 1 hinggalah darjah 6. Kebanyakan ilmu-ilmu agama yang aku ada sekarang ni aku belajar di situ dan Pendidikan Islam di sekolah hanya menjadi pelengkap sahaja. Aku bukan nak mengatakan Pendidikan Islam yang diajar di sekolah tidak bagus. Tetapi waktu yang singkat tidak mampu menyampaikan maklumat dan info yang cukup. Kalau nak dibandingkan dengan sekolah agama, yang mana murid perlu hadir 5 hari seminggu, dari pukul 2 hinggalah 5 petang ini mempunyai lebih masa untuk belajar. Sedikit sebanyak mampu memberi pengisian agama yang lebih menyeluruh untuk generasi muda negara. Subjek yang diajar pun meliputi segala aspek kehidupan kita seharian seperti tauhid, feqah, dan bahasa arab. Aku lihat di bandar-bandar besar, tiada pun pelajar-pelajar pergi ke sekolah agama. Aku beruntung kerana telah dibesarkan di kawasan kampung.

Aku ni bukannya siapa-siapa. Hanyalah student biasa yang inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. Aku harap dengan perkongsian yang tak seberapa ini, mampu membuka mata sesetengah pihak. Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday, December 31, 2012

3 Special Steps


Tajuk entry kali ini memang menimbulkan tanda tanya kepada korang dan kepada aku sendiri. Kenapa mesti 3 Special Steps?? Aku pun tak tahu, tiba-tiba aku teringat cerita cartoon Special Agent Oso yang anak sedara aku selalu tengok. Padahal bukan best mana pun. Jadi aku akan integrate kan lagu ni dengan entry aku. Hahaha

Step 1: Kupas segala bahan yang akan digunakan untuk memasak. Kentang, ikan bilis, bawah kecil, bawang putih, dengan cili. Kalau korang perasan yang kentang tu kulit tak dibuang. Nak tau sebab apa? Sebab aku tengok Rachael Ray punya show, bila dia masak kentang, dia pun tak buang kulit. Bukan sebab pemalasa okeyy.

Oh sebelum terlupa, menu Resepi Bujang kali ini adalah Ikan Bilis Berenang bersama Kentang Berkicap. Resepi kali ini adalah air tangan dan air peluh aku sendiri.  



Step 2: Kemudian goreng kentang yang dah dicampur kunyit dan garam dalam periuk macam dalam gambar di bawah.


 Lepas itu goreng pula ikan bilis sampai crispy bak ayam KFC. 


Kemudian, masukkan bawang putih, bawang kecil, sekali dengan cili. Tumis la sehingga naik bau.


Last but not least, masukkan kicap serta sedikit air. Masukkan bersama kentang yang dah digoreng 6 minit yang lalu. Tunggu sehingga mendidih dan hidangkan seperti di bawah.

(cadangan hidangan)

Step 3: Sekarang korang boleh la menjamah lauk yang korang masak. Tu pun kalau korang nak ikut resepi ni la. Bukan apa, resepi biasa-biasa sahaja. Cukup sekadar mengisi perut yang kosong. 

Ini aku selitkan lagu yang menghantui jiwa raga aku sebentar tadi. Lagu dalam cerita cartoon tu.

3 special steps thats all you need, 3 special steps and youll succeed, our special assignment is starting now, 3 special steps i will show you how......

Akhir kata dari saya,  Orang yang bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain. Jadi, banyakkanlah berbual dengan orang-orang lama.hehe



Saturday, December 29, 2012

Rindu Waktu Sekolah...#OhCrab


Assalamualaikum dan selamat-selamat sahaja aku ucapkap kepada pembaca-pembaca sekalian. Seperti yang korang tau, hari ini adalah hari-hari terakhir di dalam minggu study week (study weak pun boleh). Ber'dasar'kan lautan biru dan pengalaman aku sepanjang bergelar 'pelajar' ni, time study week ni la student paling banyak tengok movie, banyak tido, dan mengabaikan tanggungjawab mereka di mana mereka seharusnya study. Dimanakah silapnya?? Pelajar kah?? Final exam, lecturer masukkan dari week 1 hingga week 14 kah?? 

Cukuplah dengan propaganda itu. aku sebenarnya nak berkongsi, berbincang serta melontarkan perasaan aku je. Tengah selak-selak nota, teringat pula zaman sekolah menengah dulu. Tingkatan 5 la paling fun sekali. Macam-macam ragam dibuatnya. Tiap kali teringat, mesti aku tergelak sorang. Korang tengok la buku nota aku. Memang mengimbau kenangan zaman persekolahan, nostalgic gitu. 


Kat sini aku nak kongsikan sedikit aktiviti ketika aku disekolah;
a) Kena ketuk ketampi seratus kali
b) Kena lempang
c) Ponteng paper biologi sejam
d) Tidur time SPM-paper Addmath,Biology,Chemistry-setiap subjek sejam
e) Ponteng sekolah dalam ladang
f) Kena marah tu memang common issue

Cerita ni la aku duk ulang-ulang bercerita dengan member aku.haha. Yang penting sekarang kena looking forward to the future. Tinggalkan yang keruh2 tu.haha. Member sekelas pun dah ramai yang bekerja. Siap ada yang dah kahwin pula tu. Yang mana dah kerja tu pun dah beli kereta sendiri. Aku mampu tengok je la, nak beli kang takut tak makan je nanti. Kalau di ajak naik, baru la naik. Dapat la merasa naik kereta baru. Aku ni pula masih terkapai-kapai lagi. Masa depan pun kabur-kabur. Entah jadi apa la 5 tahun lagi. 


Hari ni aku tukar angin sikit, study di library faculty aku. Padahal kat bilik tak ada elektrik sekali dengan internet lembap. Tu yang datang sini. Kat dalam ni sejuk, internet pun laju, tu yang boleh update blog.haha. Ni pun 1st time aku study sini. Memang lain la produktiviti study kat sini dengan study kat bilik. Kurang gangguannya dan godaannya untuk tidur. 


Sebelum aku akhiri penulisan aku ni, aku nak tunjuk la gambar anak sedara aku ni. Baru sebulan kot kalau tak silap la. Namanya Rayyan Raziq tu pun kalau aku tak silap la.haha. Bukan apa, sejak kebelakang dan kedepan ini aku makin pelupa. Tak tahu di mana puncanya. Aku mintak maaflah kalau terjumpa kat mana-mana tak ingat korang ye. Silalah tegur-menegur ye nanti.

Tuesday, December 18, 2012

Bee Hoon HONG KONG









Aku malas nak huraikan pasal menu di atas. Kepala tak larat nak memikirkan report ngan final year project. Kalau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi email tuan rumah ok. Untuk peringatan, bukan aku yang masak ni, member aku yg terer bab-bab gini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...