Kali ni aku teringin sangat nak meluahkan perasaan aku sebagai rakyat malaysia. Menggunakan hak bersuara in a free loving country. Bukan nak meyakiti hati sesiapa, tapi cuba untuk meluahkan pendapat aku untuk hanya mahukan yang terbaik demi rakyat malaysia khususnya kaum melayu. Seperti yang kita tahu, Malaysia terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sistem Pendidikan Kebangsaan Negara menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Bahasa Inggeris, Science dan Mathematic. Apa yang aku cuba bangkitkan kat sini adalah Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak menggunakan keistimewaan yang Malaysia ada untuk memperbaiki kehidupan kaum melayu.
Kenapa bahasa kaum lain seperti bahasa mandarin dan tamil tidak diajar di sekolah? Walhal bahasa mandarin dan tamil itu kita boleh praktikkan di dalam kehidupan seharian. Kehidupan di mana masyarakat berbilang kaum hidup bersama-sama. Belajar bersama, bermain bersama. Kalau mengikut pemerhatian aku selama ini la, kaum cina dengan india selalu aku lihat melepak dengan kumpulan remaja melayu. Tetapi jarang melihat kaum melayu melepak bersama kumpulan remaja melayu mahupun india.
Kaum Cina dan India diajar untuk bertutur bahasa Melayu, tapi kaum Melayu tidak diajar untuk mempelajari bahasa kaum lain. Apabila kaum Melayu bercakap, kaum India dan Cina tiada masalah untuk memahami. Tetapi berlaku sebaliknya apabila kaum India dan Cina bercakap, kaum Melayu hanya duduk diam tanpa mengetahui apa-apa. Nampak seperti tiada apa yang mendatangkan masalah pun, tetapi hakikatnya tetap ada. Dengan belajar bahasa mereka, kaum Melayu dapat bergaul dengan mereka di dalam pembelajaran mahupun di alam pekerjaan. Kaum melayu perlu memecahkan dinding yang menghalang mereka daripada pergi lebih jauh. Kalaulah melayu belajar dan mempraktikkan bahasa mandarin, tak mustahil mereka boleh menyambung pembelajan mereka ke Negara China contohnya.
Oleh itu, aku cadangkan supaya bahasa tamil dan mandarin diajar di peringkat sekolah rendah lagi. Sesuailah dengan peribahasa 'kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Persiapkan kaum melayu yang lebih pengisiannya dan lebih kompetitf. Kalau tak dapat banyak, dapat sikit pun dah memadai. Sebagai negara yang berbilang kaum, aku merasakan kita mampu bertutur dengan pelbagai bahasa. Untuk mengelakkan diri daripada ditipu pun boleh menjadi salah satu kelebihan belajar pelbagai bahasa.
Selain itu, aku ingin menegaskan kepentingan belajar di sekolah agama rakyat. Kerajaan sepatutnya mewajibkan semua pelajar sekolah rendah untuk belajar di sekolah agama rakyat. Aku pernah belajar di sekolah agama rakyat selama 6 tahun dari darjah 1 hinggalah darjah 6. Kebanyakan ilmu-ilmu agama yang aku ada sekarang ni aku belajar di situ dan Pendidikan Islam di sekolah hanya menjadi pelengkap sahaja. Aku bukan nak mengatakan Pendidikan Islam yang diajar di sekolah tidak bagus. Tetapi waktu yang singkat tidak mampu menyampaikan maklumat dan info yang cukup. Kalau nak dibandingkan dengan sekolah agama, yang mana murid perlu hadir 5 hari seminggu, dari pukul 2 hinggalah 5 petang ini mempunyai lebih masa untuk belajar. Sedikit sebanyak mampu memberi pengisian agama yang lebih menyeluruh untuk generasi muda negara. Subjek yang diajar pun meliputi segala aspek kehidupan kita seharian seperti tauhid, feqah, dan bahasa arab. Aku lihat di bandar-bandar besar, tiada pun pelajar-pelajar pergi ke sekolah agama. Aku beruntung kerana telah dibesarkan di kawasan kampung.
Aku ni bukannya siapa-siapa. Hanyalah student biasa yang inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. Aku harap dengan perkongsian yang tak seberapa ini, mampu membuka mata sesetengah pihak. Terima kasih kerana sudi membaca.
Aku ni bukannya siapa-siapa. Hanyalah student biasa yang inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. Aku harap dengan perkongsian yang tak seberapa ini, mampu membuka mata sesetengah pihak. Terima kasih kerana sudi membaca.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete