Pages

Suka tak???

Wednesday, October 24, 2012

Dorm-made tempura chicken with sweet sour sauce.

Bukan main lagi tajuk aku tuk menu 'Resepi Bujang' kali ini. Aku memilih dorm-made kerana memang kitorang masak dalam dorm pun. Mula-mula sekali, mari aku kenalkan barang-barang atau bahan yang digunakan.

Bahan-bahan;
-sedikit tepung gandum dan tepung jagung
-satu sudu lada hitam ditumbuk halus
-satu biji telur ayam
-daging ayam untuk 3 orang makan
-3 biji bawang merah
-1 biji bawang besar
-3 biji bawang putih
-1 batang serai
-sedikit halia yang dihiris
-5 sudu pes cili
-1/2 cawan mixed vege
-sos tomato dan cili
-air asam jawa

Mula-mula, kita baca bismillah dan ikuti dengan persediaan untuk membuat tempura ayam.





Tepung gandum dan tepung jagung digaul rata. Tambah sedikit garam.


Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama ayam. Kemudian tambah lada hitam dan sedikit garam. Gaulkan ayam tadi dengan tepung yang telah disediakan.


 Kemudia goreng ayam tersebut. Kalau deep fried lagi bagus., baru ada rasa macam KFC.


Macam ni la keadaan bila ayam tu dah hampir nak masak. Banyak juga ni tuk 3 orang makan. Aku dah la makan sikit.

Selepas siap menggoreng, bahan-bahan tuk membuat sos adalah seperti biasa.


Apa yang aku perasan la, bawang putih kalau yang dihentam lenyek lagi sedap dari yang dipotong. Tak tahu la korang yang di luar sana. Bawang merah ditumbuk dan dimasukkan bersama bawang putih, halia, serai dan pes cili ke dalam kuali untuk ditumis.


 Tambahkan sedikit sos cili, sos tomato dan sedikit air asam jawa. Agak dah nak masak, masukkan pula mixed vege tadi tuk menambah keserian masakan dan selera pemakannya.



Dah siap kuah tu, tuang la kat atas ayam tuk hasil seni yang mengiurkan.haha.

Monday, October 22, 2012

Ayam Paprik


Segmen 'resepi bujang' kali ini akan membincangkan, memutarkan dan membongkar mengenai resepi "Ayam Paprik". Sty-lo tak intro aku kali ni. Pendek cerita, menu kami malam ni adalah ayam paprik. Seperti biasa,

bahan-bahannya adalah;

-1/2 setengah batang lobak (dihiris)
-1 biji bawang besar
-2 biji bawang merah
-3 biji bawang putih
-sedikit halia (dihiris)
-3 sudu cili yang dikisar
-ayam untuk 3 orang makan
-beberapa helai daun limau purut
-beberapa biji cili hijau
-sos tomato dan kicap



Mula-mula, tumis bawang dengan cili. Kawan aku ni cakap kalau nak sedap, bawang merah kena tumbuk dulu.


Kemudian masukkan sedikit tomato sos dan sedikit kicap. Tumis sehingga naik bau. Kalau kat sini la, memang satu floor bau.


Sebelum masukkan ayam, masukkan dulu lobak, cili hijau, bawang putih, halia, dan hirisan daun limau purut. Agak dah lama sikit, baru la masukkan ayam.


Lepas tu tambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Tunggu la sampai ayam tu masak, masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat dan angkat.


Ni la final product-nya. Saja guna flash bagi nampak keseriannya di situ. Kepada pembaca-pembaca di luar sana, kakak-kakak, abang-abang, selebriti-selebriti, kami di sini tidaklah sehandal yang disangka. Cukup la ilmu sekadar nak mengisi perut yang kosong. Kalau ada yang nak tergelak baca blog aku, gelaklah sorang-sorang...haha...

p/s: Sekali lagi membe aku yang masak. Rasa tip-top macam kat kedai beb. Bila turn aku pula nak masak ni..haha

Sunday, October 21, 2012

Laksa Goreng

Resepi kita hari ini adalah laksa goreng. Selalu makan mee goreng, kueh teow goreng, bihun goreng, ayam goreng, kentang goreng, pisang goreng dan yang sama jenis dengannya. Kali ni segmen 'resepi bujang' nak kongsikan resepi 'laksa goreng'.


Mula-mula, rendam laksa macam biasa. Tunggu sampai kembang seperiuk, sebab kita guna periuk. Kalau nak kembang semangkuk kena la pakai mangkuk.

Kemudian sediakan bahan-bahannya:

4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1/2 batang lobak yang dihiris
4 sudu cili yang siap dikisar
1sudu kicap soya
Ayam yang dipotong kecil


Tumis bahan-bahan tadi kemudian masukkan ayam. Tunggu la ayam tu masak.


Tunggu beberapa minit, masukkan la laksa yang dah kembang tadi. Gambar kat atas ni time laksa baru dituang ke dalam periuk. Gambar yang dah final tak ambil la pula. Secara jujurnya, resepi kali ini mengalami sedikit kegagalan kerana berlaku masalah dalam pemilihan laksa yang digunakan. Laksa murah kot, sebab tu hasil kurang memuaskan. Biasalah, orang bujang bila memasak. Nak yang murah je, berjimat la katakan.
Accessories pun tak banyak, sekadar cukup untuk menambah perisa.

Bagaimana rasanya?

Rasa macam mee goreng, tapi ada unsur-unsur chewing gum sikit. Sesuai la untuk senaman mulut...haha

Bening Kubis


Ni yang aku malas terjebak dalam blogging. Bila dah start sekali, mula la tak berhenti-henti duk update. Bukan apa, terasa terharu bila ada yang sudi membaca blog ini oleh orang di luar sana. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkunjung. Tu yang semangat nak update dan aktif balik. Tapi tak tahu la sampai bila aktifnya tu. Biarlah masa-masa terluang aku ni yang tentukan nanti..haha. Sekarang aku nak berkonsi satu resepi dengan korang. Ni resepi kalau tak silap la, keturunan jawa punya. Sampai kat aku, dah tak tahu generasi ke berapa. Mak aku panggil resepi ni 'bening kubis'. Aku tak ingat pula bening tu maksudnya apa.

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
-3 biji cili hijau
-3 biji bawang putih (yang ditumbuk tahu, baru rasa dia keluar)
-setengah biji bawang besar
-satu periuk nasi
-kubis secukup orang yang memakannya
-sedikit bakat dalam masakan dan,
- keberanian dari segi fizikal dan mental
-tak lupa juga garam


Cara-cara:
Korang potong bawang, cili, kubis yang dah disiap basuh. Kubis ni kalau makan gitu je pun sedap sebenarnya. Aku tengok orang makan ayam penyet makan kubis mentah je (sekali aku la tu).





Masukkan air dalam periuk nasi, tunggu mendidih jap pastu masukkan la bahan-bahan tadi. Tunggu 5 minit, setel. Boleh dah makan.






Ni la dia, masakan kita tadi. Student macam aku ni memang sesuai la. Cepat, mudah, ringkas, murah, berkesan, dan mengenyangkan. Tapi kan, kalau korang nak rasa masakan tu memang air tangan korang, korang celup dulu 2, 3 kali dalam air tu baru korang masuk sayur. Confirm terbaeeekk!!!!haha






Banyak lagi resepi orang bujang yang nak aku kongsikan. Tengoklah nanti kalau ada masa free aku post. Tapi kebanyakannya membe aku yang masak. Yang amik gambarnya aku..haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...