Pages

Suka tak???

Sunday, April 14, 2013

Ayam rebus kunyit


Bahan-bahan:

Bawang putih & merah
Halia
Kunyit hidup & serbuk
Serai
Cili hijau
Laun limau
Ayam

Tumbuk lumat bahan-bahan seperti di dalam gambar


Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam air mendidih. 

Masukkan ayam,serai,cili padi, daun limau dan sedikit serbuk kunyit. 

Tambah garam & gula secukup rasa.


Tunggu dalam beberapa minit sehingga ayam masak dan sedia untuk dihidangkan.


Seperti biasa, saiz hidangan yang dicadangkan. Nampak tak tu aku makan sikit je. Siapa yang cakap aku kuat makan ha??

Sebenarnya, ayah aku yang selalu masak masakan ni kat rumah. Ayah aku bukan la selalu masak kat rumah, tapi bila dia masak, dia akan masak masakan ni. Jadi oleh sebab lama tak makan, tu yang teringin dibuatnya.
Sekian, terima kasih.

Sour Soup

Menu simple malam ni, tomyam ayam campur meatball je. Tak rajin la nak huraikan intro panjang-panjang disebabkan kepala otak masih memikirkan fyp yang tak mula-mula lagi.

Bahan mentah asas yang digunakan. 

Bawang,daun limau,chili,pes tomyam,serai,halia


Bahan mentah yang bukan asas

Ayam dan meatball. 
Pilihan mengikut selera dan sensitiviti agama masing-masing.


Sayur ditambah sebagai pembekal nutrient dan zat-zat kepada tubuh badan.


Gadget yang penting dalam masakan ini adalah seperti di bawah. Hot plate rosak so kena guna yang ni je la. Asalkan boleh masak.


Saiz hidangan yang dicadangkan. Kuantiti mungkin berbeza mengikut waktu makan anda. Kuah banjir lagi sedap dimakan bila panas-panas.


Sila pastikan anda menggunakan pes THAI yang original untuk menjamin rasa yang berkualiti.


Sebagai konklusi, it's not a good idea eating tom yam when you had mouth ulcer.

Tuesday, March 26, 2013

So cheesy and Tasty

Antara menu kitorang malam ni adalah wedges. Tujuan aku bercerita pasal wedges ni adalah kerana aku dah tiada benda nak update. Tapi dalam hati rasa nak update. Dan kemudian aku akan teruskan dengan penceritaan aku pasal wedges ini. Niat nak buat wedges ni timbul setelah kawan aku bagi powder cheese secara percuma dan tiada unsur-unsur meragukan. Jadi aku pun pergi cari kentang kat pasaraya, dapat la RM5.00 untuk 3 kg kentang kalau tak silap. Banyak juga la sebab dalam guni.

Aku nak cerita la sikit pasal proses yang berlaku ketika nak masak ni walaupun korang dah tau. Mula-mula basuh kentang sampai bersih, kemudian potong kentang tu. Kalau korang tengok kentang kat bawah ni kulitnya tak dibuang. Sama la macam Rachel Ray bila dia masak kentang. Bukan nak buang kulit pun. Kalau korang tak kenal Rachel Ray tu, korang bleh google sendiri ye.


Gaulkan dengan garam, kunyit, serbuk kari sikit, kalau nak pedas sikit campur la dengan serbuk black pepper. Kemudian goreng dalam minyak panas. Kalau boleh biar deep fried ok, baru sedap dan sekata.


Campuran powder cheese dengan air panas bersuhu 80 darjah celcius. Kalau nak bancuh cheese ni kena ikut berapa banyak kentang yang korang goreng, bukan ikut suka hati je...nanti membazir.


Inilah rupa paras wedges tadi etelah siap digoreng. Rasa dia takde la macam wedges KFC tu, tapi boleh la. Sampai masak lagi kentang bila yang goreng mula-mula dah habis.


Akhir sekali, terimalah senyuman ikhlas dari hati ini. Sekian, terima kasih kerana sudi singgah dan baca.


Friday, March 15, 2013

Kari Telur Kurang Dari 5 minit

Resepi bujang kali ni membawa anda mencungkil salah satu rahsia untuk berjimat disamping perut kenyang dan cara penyediaan yang pantas. Menu yang dibawakan amat sesuai untuk bujang-bujang yang sibuk dengan urusan seharian ataupun yang kurang kemahiran memasak tetapi hendak memasak masakan yang sedapnya bertaraf restaurant. Berdasarkan tajuk di atas, resepi kali ini memang bukan calang kepalang.

Modal keseluruhan untuk resepi ini hanyalah sebayak RM 2. Mesti korang cakap aku tipu kan. Tapi sebenarnya keadaan ini memang dah dibuktikan oleh aku. Ok, apa yang patut kita beli dengan RM 2. Untuk RM 1 yang pertama, aku beli telur 3 biji untuk buat telur mata kerbau. Kemudiaan untuk RM 1 yang kedua, aku pergi kedai makan lauk campur, aku bungkus kuah kari ada la setengah plastik, kemudian aku bawak balik ke bilik.

Sampai je kat bilik, aku masak telur 3 biji dan akhirnya masukkan kuah kari tersebut ke dalam kuali. Jadi la, telur masak kari. Kesedapan masakan korang adalah bergantung sepenuhnya kepada kesedapan tukang masak kedai yang korang pergi tu. Kalau nak rasa kari ala mamak, korang pergi la kedai mamak. 


Kalau kuah kari tadi ada lebih, korang boleh simpan dalam fridge untuk masak pada malamnya pula. Kesimpulan dari penerangan di atas adalah aku telah makan telur masak kari untuk tengahari dan makan malam. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...