Resepi bujang kali ini membawakan menu special dari Pahang, iaitu gulai tempoyak ala carte-dar atau nama melayunya ikan masak tempoyak ala kadar je. Menu kali ini dimasak oleh member aku sebab bidang masakan aku bukan dalam tempoyak. Jadi aku tak tahu dia guna bahan apa. Aku just snap gambar dan upload ke dalam blog.
Sebelum itu, bahan seperti cili, bawang dan apa entah hendaklah ditumbuk dengan lesung batu. Zat-zat galian dan mineral yang terdapat pada batu tu mampu memberikan nutrient kepada tubuh. Ok, yang ni fakta aku reka sendiri.
Ikan ni aku tak pasti la spesis apa. Aku kalau ikan air masin ni tak expert sangat, ikan air tawar pun tak expert juga, tau makan je. Korang mesti tertanya-tanya kenapa ada bawang dua biji kat ikan tu. Bawang dua biji tu adalah simbolik menandakan final exam dah habis. Kepada yang belum habis paper tu, sila banyakkan bersabar dan menikmati gambar-gambar seterusnya ok.
Panaskan air dan tunggu sehingga mendidih, barulah masukkan bahan tadi serta ikan ke dalamnya. Lagi sedap kalau kuahnya pekat, dan lagi jimat kalau kuahnya banyak. Boleh buat kuah maggi. Kat malaysia ni mana ada lagi orang buat maggi perisa gulai tempoyak kan. Boleh buat tajuk final year projek ni. Mesti boleh pergi jauh. Sila jangan percaya dengan hujah mengarut di atas. Gambar di atas menunjukkan keadaan di mana nisbah tempoyak dengan air adalah tidak mencukup. So, kene tambah lagi tempoyak.
Selepas 10 minit atau kurang, siaplah gulai tempoyak kita tadi. Nampak memang simple, tapi memang simple pun. Kalau nak dibandingkan dengan patin masak tempoyak orang pahang, memang resepi ni tak mampu la nak lawan.
Saiz hidangan yang dicadangkan.
Lepas dah siap masak, makan dengan nasi campur sayut taugeh.
Hhmmmm.... Memang _________....Ermm, korang isi la sendiri tempat kosong tu. Tiada perkataan yang aku boleh gunakan untuk menggambarkan situasi di tempat kejadian. Akhir kata dari aku, selamat maju jaya dalam menjawab final exam. Study tu study juga, makan jangan sampai tinggal. Taknak stress, tidur biar cukup. Kalau boleh pergi bersukan, keluarkan toksin-toksin yang ada dalam badan. Kepada yang dah habis tu, jom la kita sama-sama layan movie sampai lebam..haha...
yang benar,
empunya blog
No comments:
Post a Comment