Pages

Suka tak???

Saturday, January 18, 2014

Siakap kukus grill panggang

Setelah sunyi buat sekian lama, resepi bujang kembali dengan menu baru yang lebih sedap dan dahsyat~konon~. Sunyi bukan sebab apa pun, sibuk membuat final year project. Busy bukan main sampaikan nak bernafas pun tak sempat. Jadi sekarang selepas semuanya sudah selesai, barulah ada masa free sikit selepas tolak waktu tidur 8 jam sehari.

Resepi kali ni di bawakan khas dari rumah aku terletak di sebelah rumah jiran aku. Resepi ini diilhamkan oleh lecturer tempat aku belajar yang bernama Tengku Hanidza. Tidak perlu berbual panjang, kita straight to the point. 


Bahan-bahan:
1- Serai segenggam
2- Bawang besar dua ulas
3- Bawang putih satu labu
4- Halia tiga ibu jari
5- Lada besar 5 biji
6- Garam, serbuk kunyit, gula secukup rasa
7- Ikan siakap tu jangan lupa
8- Aluminium foil

Cara
1- Blend semua barang di atas kecuali siakap dan aluminium foil.
2- Aku saja tak blend halia tu, bagi nampak lawa sikit.
3- Gaulkan pes yang dihasilkan bersama ikan.


4- Aku rasa elok diperap lama sikit, baru sedap.
5- Ambil aluminium foil untuk membaluti ikan siakap terbabit. Kenapa guna aluminium foil? Senang kot sebab susah nak hangit.
6- Sebelum balut ikan tu, perahkan sehiris limau nipis. Sebabnya tidak tahu, mak aku yang cadangkan.



 7- Keadaan ikan setelah selesai dibaluti.


8- Ambil ikan tadi dan letakkan di atas pemanggang. Pemanggang yang aku gunakan adalah jenis indoor. Jenis pemanggang yang digunakan adalah bergantung kepada tahap kemalasan seseorang.


9- Aku selalu panggang 10 minit di sebelah kanan ikan, dan 10 minit lagi di sebelah kiri ikan.
10- Terpulang nak makan macam tu sahaja
11- Atau buatkan sambal kicap untuk mereka yang suka pedas
               a) Cili api secukup rasa
               b) Limau nipis secukup rasa
               c) Kicap pun secukup rasa


Hasil akhir untuk menu hari ini. Lagi sedap guna ikan talapia. Ikan siakap ni saja buat eksperimen. Dan kesimpulannya adalah hypothesis kajian adalah benar dengan 95% confident level.

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...