Pages

Suka tak???

Saturday, May 29, 2010

Kelapa..Penawar di kala kemarau!!!

Panas cam skrg klu jmpe air kelapa memang syok giler.. Kat umah aku ada 2 pokok paras kepala aku je... Setiap masa la aku duk sental air kelapa ni.. Korang tengok kat pokok tu, tak sempat kelapa nak tua, dah hilang... Tak lain tak bukan aku la yang ambik...hehe


Bulat betul kelapa ni.. Bayangkan kalau korang ganti tempat kelapa tu...mst ngeri kan..hahaha
Tak sampai 2 minit aku potong, dah boleh tuai air..


Korang nampak tu, penuh satu gelas.. Fresh giler.. Hilang semua haus dan dahaga..


Bila dah habis air, kena la ambik isi pulak.. Aku tengok gambar pun dah terliur ni..hehe

Akhir sekali, ni la keputusannya.. Segelas air kelapa fresh..
Terbaek dari ladang...



Monday, May 24, 2010

Ayam Kampung

Keje aku kt umah cume tlg mak ngan ayah aku..pnggilan blaja pun lambt lg.. Smentara tu duk la kt umah.. Pkul 1.30 ptg pg amik adik dr skolah.. Sampai je kt umah terus g dapur.. Dgn perut yg dh lapar thp gaban, aku terus ke dapur.. Bkk2 je tudung saji,terus nmpak ayam x pkai baju ni..hahaha

Aku pun ape lg, tempah peha awl2 la.. Nasib baik x bergaduh ngan adik aku..hehe
Baunya x yh ckp la..meletop habiss...


Memang jadi kegemaran aku ni...ayam masak berempah.. Biasa sblm msk, mak aku ptong2 dlu.. Tapi ari ni, tibe2 msk sekor terus.. Mujur x hidup ayam ni... Ayam kampung plak tu...meleleh beb..


Kesimplnnye, aku mkn lauk ayam je..sayur2 x best..hahahaa



Tangkap Ular!!!

Tgk je gambo ular ni, teringat mase aku duk darjah 3 dulu. Mmg penglamn pelik ar.. Sbb mnde aku ckp cmtu, sbb aku mase tu slalu tangkap ular air. Bermula pd satu pagi tu, aku pergi la skolah agama mcm bese.. Kebetulan mlm sblmnya hujan lebat jd penuhla air kat longkang.
Tgh lpk2 ngan membe kt tepi longkang, tiba2 ade kepala ular air timbul..rse menarik ni.. Kami pun selok la nk tgk..maklumla bkn sng nk tgk live ni..tp nsib baek la ular tu beso ibu jari je.. Takde la tkut sngat.. Kwn2 aku pun maen kjar2 ngan ular tu... Aku pun amik plastik kat tepi jln pastu bila ular tu timbul, terus aku tngkap.. Dpt je terus bnuh.. Dlu mse kck2, mne tau ape2 lg..
Start dr ari tu la, kje aku duk tngkap ular je.. Ada ular yang aku tgkap aku jual kt mmbe aku. Sekor dpt la 60sen...hahaha.. yang laku pun cume sekor tu je... Klu x silap aku, dekat 7 -8 ekor jgk aku tgkap mse darjah 3 tu..sumenye yg kck2 je la...klu ular yg beso2 tu, bkn aku yg tngkap die, die plak tngkap aku...mcm2 btol la..hehe



Sunday, May 23, 2010

Lawak Api

Pada satu pagi yang suam-suam kopi, seorang cikgu lelaki masuk ke dalam bilik darjah dengan langkah kiri untuk memulakan pembelajaran.

Amat: Selamat datang cikgu!!!

Cikgu: Baiklah, kamu semua jangan duduk lagi…

Borhan: Kenapa cikgu tak benarkan kami duduk???

Cikgu: Saja-saja. Dah memang hobi cikgu, nak buat macam mana???

Borhan: @#$%& hampeh punya cikgu…

Cikgu: Ok, hari ni cikgu nak ajar kamu bahasa…

Amat: Tak payah ajar cikgu!!!

Cikgu: Kenapa dengan kamu ni??? Belajar pun malas!!!

Amat: Kalau nak setakat belajar bahasa, kami semua dah terer… Cikgu tak payah ajar pun takpe…

Cikgu: Amboi-amboi, takbur betol la kamu semua ni..

Amat: Jangan cikgu!!! Kalau nak melabur pergi la toilet..

Cikgu: Nak gurau-gurau manja pulak dengan cikgu kamu ni!!! Kalau kamu terer sangat, bahasa apa yang kamu pandai??

Amat: Bahasa kurang ajor, cikgu!!!

Cikgu: La…apa yang tak kena dengan kamu ni ha?? Sudah-sudah, hari ni kita belajar tentang api..

Borhan: Best-best.. Cikgu ajar la cepat.. Jangan layan perasaan sangat dengan abu tu..

Cikgu: Ok..kalau korang nak tahu, api ni bila kecil jadi kawan tapi bila dah besar jadi lawan.

Amat: Cikgu!!! Saya tak takut nak lawan dengan api tu..

Cikgu: Aie amat.. Kamu dah macam puas hidup ke??

Amat: Ala cikgu, kita bukannya tak besar-besar pun nanti.. Bila saya dah besar nanti saya lawan la api tu.. Sebelum tu bagi la api tu enjoy puas-puas…

Cikgu: Itu bukan lawan namanya. Itu dah bodoh tahap dewa. Kamu ingat api tu takde expired date ke??

Borhan: Cikgu!!!

Cikgu: Kamu nak apa pulak??

Borhan: Bukannya sume api bila kecik jadi kawan..

Cikgu: Kalau bukan, apa dia??

Borhan: Semut api cikgu!!! Kecik-kecik dah buat jahat. Kalau dah besar nanti,
derhaka dengan mak ayah pulak. Masa dia tengah kecik ni la kena bunuh.. Nanti dah besar, menyusahkan orang pulak..

Cikgu: Sengal unta betol la kamu ni.. Kamu ingat semut tu macam kamu ke?? Malang betul siapa dapat anak murid macam korang ni..

Chin: Cikgu!!!

Cikgu: Mende??

Chin: Saya tahu api apa yang paling jahat..

Cikgu: Apa dia??

Chin: Ni ha cikgu, Borhan dengan Amat api-apikan saya suruh buat cikgu marah. Tapi saya tak buat macam tu, cikgu!!!

Cikgu: Kamu semua ni saja je nak buat paras kolesterol cikgu naik!!!!!!!!!!!

Lantas cikgu kembali ke meja dan bertapa sejenak..



Saturday, May 22, 2010

Berenang Zaman Sekarang

Berenang!!! Bukannya semua orang pandai berenang kt dunia ni.. Berenang pula ada bermacam-macam jenis.. Dan yang paling terkenal ialah berenang gaya bebas.. Macam gambar kat bawah ni ha.. bersemangat giler abang ni..

Tapi ada satu persamaan yang korang tidak perasaan persamaan tidur dengan berenang..Memang la takde orang tidur dalam air, tapi ada orang berenang kat darat..hahaha
Tengok gambar adik ni pula, ni la antara gaya bebas bila tidur.

Tapi mamat sorang ni gaya dia lain sikit..inilah gaya maut.. Nasib baik motor tu tak berjalan. Kalau tak mesti dah jadi superman.

Buat pengetahuan korang, aku dapat idea ni pun masa duduk kat asrama dulu. Macam-macam skill ada... dahsyat...hahaha



Friday, May 21, 2010

Evolusi Memancing

Memancing memang best kalau tengah bosan-bosan ni.. Kena-kena plak, bila mancing dapat ikan besor anaconda..pehh, memang lari orang kampung tengok..

Tapi kalau ikan beso ni korang masak stim, tak jadi la orang kampung nak bla.. Tapi apa yang aku nk cite sebenarnya ialah perbezaan antara memancing masa dulu-dulu dengan memancing pada zaman moden..

Zaman moden ni orang dah tak mancing kat dalam air. Kebanyakan orang mancing kat darat je.. Nama pun mancing awek kan..

Ni la hakikatnya pada zaman sekarang. Yang laki sibuk nak pergi memancing awek. Aku pun tak faham apa yang tak kena ngan orang zaman sekarang. Aku bukannya tak sejtuju kalau ade awek. Cuma takkanlah sampai sebulan sekali tukar awek..
Tayar kereta pun tukar bila dah haus..

Betol la kn...hahaha... Jadi sebelum tido tu, berus gigi selalu..



Thursday, May 20, 2010

Mengisi Masa Lapang!!!


Masa lapang yang ada mestilah digunakan untuk perkara dengan sebaik-baiknya.. Bukannya melepak tak tentu hala dengan perkara yang tidak berfaedah seperti merokok, berdating dan juga merempit..

Dahsyat betul la gambar ni.. Bayangkan kemungkinan yang akan diorang dapat. Kalau tak jatuh masa merempit, mesti diorang akan tersepit apabila merempit satu hari nanti.

Antara cara yang bagus untuk meluangkan masa lapang ialah dengan melayari internet. Bermacam-macam jenis maklumat boleh kita dapat. Cuma janganlah tengok benda yang bukan-bukan..

Korang tengok kakak ni, kusyuk dengan komputer dia untuk mencari maklumat. Sampai tak perasan kena ambil gambar. Untuk makluman, kakak ni memang kerja kat sini..hahaha...
jgn marah...



Wednesday, May 19, 2010

Zaman Sekolah Rendah

Waktu ni semua tengah berhingus lagi.. Mula-mula aku tengok gambar ni pun aku tak tahu aku yang mana 1..mujur kawan aku yang beritahu..hahaha..Mungkin dah terlebih matang kot.. Tengok muka-muka kawan sekarang dengan yang dulu memang dah berubah la...ada yang dah kahwin,cepat betol la...korang nak tahu aku yang mana satu?? aku duduk barisan paling atas, yang ke 5 dari belah kiri.. yang mana nak komen aku tu, jangan komen lebih-lebih.. malu..huahahahaha

Tuesday, May 18, 2010

Sayur!!!

Panduan mengenai sayur-sayuran sebelum membeli:
  • Pilih sayuran berdaun mempunyai tekstur yang teguh dan warna yang cantik.

  • Pilih sayuran jenis akar dan buah yang teguh dan berwarna cerah.

  • Elakkan daripada mengambil sayuran jenis buah yang lebam dan yang mempunyai kulit yang pecah.

  • Sayur-sayuran yang segar dari pasar adalah yang terbaik. Sayuran dalam tin boleh dimakan sekali-sekala.

Monday, May 17, 2010

Khemah



Sebut je pasal khemah, pasti orang ingat berkhemah kt hutan.. Ada juaga orang ingat akan nyamuk-nyamuk ketika berkhemah.. Tapi yang pastinya bukan tu aku nak cerita hari ni.. Aku nak cerita 1 tempat perkhemahan yang paling best. Gambar aku kat atas ni diambil semasa aku berkhemah di pusat membeli belah kt dalam East Coast Mall, Kuantan. Kat sini korang tak payah risau apa-apa.. Hujan tak kena, nyamuk pun tak ada.. Kalau makanan jangan cakap la, berdozen-dozen dan bemacam-macam jenis ada. Kemungkinan yang tinggal hanyalah korang akan dipelangkung oleh sekuriti di situ...Jadi pikir-pikirlah pape yang patut k...

Sunday, May 16, 2010

Sekolah Tempat Aku Belajar


Sekolah Menengah Ahmad, sekolah kat mana aku belajar tingkatan 6 dari tahun 2008 sampai la tahun 2009. Mula-mula nak masuk sekolah rasa macam tak best je...tapi lepas dah belajar dan tinggal kat asrama, rasa memang lain.. Sekarang dah habis, rasa rindu pulak..


Pemandangan dari depan..kalau korang nak tau,sekolah ni dah ditubuhkan dari tahun 1954.. Ramai tokoh-tokoh terkenal pernah sekolah kt sini.. Bangga aku..


Ni la gambar dewan sekolah..Tempat aku paling tak nak pergi sebab ada perhimpunan.


Ni pulak kantin tempat rehat. Tak la sebesar mana tetapi cukup untuk menampung pelajar sekolah. Menu istimewa yang menjadi kegilaan pelajar ialah nasi lemak double..hahaha...2 ringgit je pun...Kawan aku siap ketagih lagi tu...

Saturday, May 15, 2010

XPDC


Baru-baru ni aku ade pg Teluk Cempedak. Mula2 ingt nk pg ambik angin je, tp dh trlampau bosan kne la wat sesuatu yg best...

Ni gambo sblm wat projek tu...sume tgk ok je...tp lepas tu...


korg tgk kwn2 aku ni...hbs sume mnde klu bleh tnggal,diorang nk tanggal..
Sbnrnye kami pg panjat bukit kt Teluk Chempedak.. ingatkn dekat je,tp skali naik...fuh,berpeluh giler2.. Mase tgh panjat bukit tu, aku terserempak ngan uncle cina...bkn sorg dua,ada la dlm 5 6 org.. melayu xde pun..konpius jgk aku..

Macam ni la keadaan kt bukit tu...xde la seram sangat..
Mase tgh daki bukit tu tiba-tiba terjumpa,

ulat gonggok sepanjang kasut saiz 10..Beso gler... Ngeri2...

Friday, May 14, 2010

Awek-awek Form 6

Ni la di antara penyeri keadaan sewaktu aku belajar di tingkatan enam dulu.. Kebanyakannya dapat anugerah pelajar cemerlang stpm..Kalau korang baca, jangan senyum lebih sangat k.. Aku pun tak tahu bila gambar ni diambil.. Tapi yang pastinya sungguh cantik backgroundnye...hahaha... Siapa-siapa yang nak ngorat, boleh la ejas sendiri...heheheh

7 Keajaiban Dunia

Mungkin ramai tidak tahu tentang 7 Keajaiban Dunia. Mari kita lihat sekali imbas.

1. Grand Canyon

Grand Canyon adalah sebuah jurang tebing-terjal, diukir oleh Sungai Colorado, di utara Arizona. Grand Canyon pertama kali dilihat oleh orang Eropah pada 1540, García López de Cárdenas dari Sepanyol

2. Great Barrier Reef/Karang Penghalang Besar

Great Barrier Reef adalah kumpulan terumbu karang yang terbesar dunia terdiri daripada lebih kurang 3.000 karang dan 900 pulau, yang membentang sepanjang 2.600 km. Karang ini bertempat di Laut Koral, berhampiran Queensland di timur laut Australia


3. Mount Everest

Mount Everest adalah gunung tertinggi di dunia (jika diukur dari paras laut). Gunung ini mempunyai ketinggian sekitar 8850 m. Gunung ini mendapatkan nama bahasa Inggrisnya dari nama Sir George Everest.



4. Victoria Waterfalls

Air terjun Victoria merupakan antara salah satu air terjun paling spektakuler di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi, yang pada ketika ini membentuk sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki lebar kira-kira 1.6 km, dengan ketinggian 128m.


5. Northern Lights

Selain itu, salah satu keajaiban dunia adalah Northern Lights atau dikenal juga dengan istilah Aurora Borealis. Kejaiban cahaya warna-warni ini terbentuk akibat interaksi lapangan magnetik di Bumi dengan partikel matahari.


6.Paricutín Volcano

Paricutín Volcano, adalah sebuah gunung berapi yang terdapat di negara Michoacan, Mexico. Sebelum tahun 1943 gunung berapi ini belum lagi wujud, namun tiba-tiba terdapat tindak balas vulkanik menyebabkan gunung muda itu terus bertambah tinggi, dalam sehari boleh menjadi 50 meter. Walaupun begitu, pada masa ini tindak balasnya telah berhenti dan ketinggian gunung mencapai setinggi 336 meter.

7. Rio de Janeiro Port

Rio de Janeiro (bermakna “Sungai Januari” dalam bahasa Portugis) adalah ibu kota Negara Brasi. Kota ini mempunyai keluasan seluas 1.256 km² dan penduduk sekitar 6150000 juta orang (2004). Rio de Janeiro Raya sekarang merupakan kota keempat terbesar di dunia. Lokasi pelabuhan Rio De Janeiro sangat unik kerana berada tepat di hujung muara sungai.


Wednesday, May 12, 2010

Batuk???


Sebab batuk menyerang anda:
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Cara-cara menghalau batuk dari terus mengganggu anda:

  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
Jangan lupa untuk berjumpa doktor kalau mempunyai tanda-tanda seperti:
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan

Tuesday, May 11, 2010

Main Air...

Gambar yang korang tengok ni sebenarnya ialah gambar remaja-remaja yang akan menjadi pelapis negara dalam sukan renang pada masa akan datang. Walaupun belum diterima secara rasmi oleh Majlis Olimpik Malaysia, kami tetap akan berlatih bersungguh-sungguh....hahahaha..
Yang sebetulnya ni la gambo aku ketika bermandi-manda dengan kawan-kawan di wisma belia, Kuantan. Tempat ni memang sesak dengan pengunjung. Melayu, Cina, India semua ada. Ketika berenang pun boleh berlaku kemalangan jiwa. Bahaya betul.... Tiket nak masuk tak lah mahal mana. Cume RM4.50 skali dengan seluar. Kalau dah ada seluar sendiri bayar RM2.00 je.. Time aku mandi tu, macam-macam gelagat boleh tengok. Siapa yang berminat tu boleh la datang dengan keluarga. Bukan senang dapat berkubang macam ni...hahaha


Monday, May 10, 2010

Inilah hakikat kepada apa yang berlaku apabila berlakunya penularan selesema.

Sedikit info pasal selesema.

Tanda-tanda dan gejala penyakit adalah bergantung pada tahap keterukkan :

  • Demam tinggi (39 – 40°C)
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit dan lenguh-lenguh badan
  • Ketidakselesaan bernafas
  • Batuk mungkin menjadi teruk
  • Letih lesu
  • Lemah dan tidak bermaya boleh menjangkau ke 2-3 minggu.
  • Kerap bersin, hidung tersumbat dan sakit tekak.


Cara-cara rawatan;

  • Rehat yang cukup, makanan yang seimbang dan senaman ringan dapat membantu mimbina pertahanan badan.
  • Bahan Ubatan yang dibeli tanpa priskripsi doktor contohnya Paracetamol (Panadol) dapat mengurangkan demam, sakit kepala dan sengal-sengal otot.
  • Ubat pereda hidung tersumbat dan semburan hidung dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan tisu-tisu bengkak.
  • Minumlah air yang .

Cirit Birit...


Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :

  • jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
  • alahan makanan
  • ubat-ubatan
  • pengawet makanan
  • pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit tersebar melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.Jangan ambil mudah je cirit birit ni. Boleh membawa kematian, bahaya sungguh.


Langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila menghidapi cirit birit.
  • Minum banyak air.
  • Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur­ansur
  • Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
  • Elakkan kafein dan alkohol
Kalau tah tahu nak buat apa, pergi la jumpa doktor. Jangan jadi doktor sendiri.

Sunday, May 9, 2010

Nasi Ambang...

Mungkin di antara kita tak pernah tengok nasi ambang. Makanan ni memang jarang dijumpai. Baru-baru, di rumah aku ade buat jamuan nasi ambang. Ha...memang syok habis makan nasi ambang ni.. Yang kaki tepi tu tak termasuk pakej nasi ambang la. Kebiasaanya, nasi ni dimakan untuk 4 ataupun 5 orang.

Pernah sekali sampai tak cukup nasi dalam talam ni. Sampai berebut-rebut nak makan. Berebut-rebut tu bukanlah tanda terlalu lapar tetapi itulah keseronokan apabila makan nasi ambang ni. Korang nampak tak ada bermacam-macam jenis lauk yang ada. Tapi yang paling specialnya lauk ayam kat center talam tu. Untuk makluman, tu la masakan ayam rebus berempah. Insyaallah tak lama lagi aku akan bagitau resepinya macam mana. Conform terangkat pnye.....


Saturday, May 8, 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL,
PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA, MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA &
JABATAN KASTAM MALAYSIA.
KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh ) 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand

2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand ) 7. Sabun FAB berbuku
3. Ajinomoto ( Thailand ) 8. Lobak Jeruk
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
5. Semua tauhu buatan Orang Cina 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI
( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL

2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam

3. Daging Burger Import 11. Have Pearl Cream
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mac Donald

5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup' 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
6. Berus Gigi Jenis ' Reach' 14. Beehon Segera Siam
7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
8. Semua sabun mandi yang diimport 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN
( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
1. Bosset Wine Gum 8. Share Extra Atrenght 15 Cake Mets Vilber Punch
2. Dairy Milk Coklat 9. Black Current Jelly 16 Coklat Cake
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum 10. Royal Gulaman & Decart Oranges 17 Tepung Kastard Lady's Choice

4. Sugus Strawberry 11. Valvis Gelatin 18 Semua jenis Jelly
5. Passer Doily Mixture 12. Sarung Kapsul Ubat 19 Semua jenis gincu bibir
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint 13. Ais Krim dalam bekas plastik 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo

7. Scothes Vikmin 14. Gula-gula Fruities 21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas .
Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Rehat Minda


Teringat pulak kenangan masa rehat minda kat Pantai Balok.. Sblum bertolak, masing2 excited nak pegi. Mana tidaknya, asyik duk kat asrama je.. Laki2 sibuk angkat barang2 seperti bekas simpan air, pemanggang bbq, dan mcm2 lg la.. Yang pompuan plak, setel pasal mknan la sbb diorg pun suka mkn. Pantai Balok dr asrama mngambil masa agak2 1jam lbih la jgk..Ble dah sampai, ape lg??mestilah idupkan api..tp aku pg men bola pantai...hahaha...ade jgk yg main bola tampar.. Part yg pling bestnye,kompom la mse mkn.. Dh penat2 main,aku pun penatkan lg diri aku dengan mkn ayam..haha...mmg syok hbis.. Memori kt sni memeng ingat smpai ble2.. Kpd kwn2, klu jumpe lg akn datang bleh ar blanje aku mkn...hahaha

Thursday, May 6, 2010

Keistimewaan pisang??

Dalam pemikiran korang mesti tertanya-tanya kenapa pisang menjadi kegilaan bagi setiap monyet kan...
Biar aku beritahu korang k....

Antara kebaikan pisang;
  1. 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit...korang bayangkan betapa kuatnya monyet-monyet2 yang makan berkilo-kilo pisang satu hari...
  2. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah..kalau korang rasa korang ni bersifat asid ataupun alkali,korang bleh la tukar citarasa jadi neutral pulak...
  3. Mengandungi kadar potassium yang tinggi-kurang garam dan sesuai untuk menstabilkan tekanan darah..
  4. Mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan menyapukan lapisan dalam kulit pisang di kawasan gigitan nyamuk..Kalau nak mengatasi lelaki-lelaki gatal, korang kena guna kaedah lain la...
  5. Di Thailand,ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar..Tips untuk ibu-ibu mengandung di luar sana..
  6. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang dapat membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh...Daripada menghabiskan duit beli rokok, baik beli pisang goreng...haha
  7. Bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan di dalam perut seterusnya mengelakkan berlakunya ulser...Sebelum perut korang bocor, baik korang makan pisang...
  8. Mampu menenangkan sistem saraf anda..Klu sistem dijangkiti virus, pakailah anti -virus....hehe


Jangan terkejut kenapa monyet mampu bergayut di atas pokok berjam-jam lamanya..Dan nasihatilah kawan-kawan anda supaya rajin memakan pisang..Tapi bila dia asyik makan pisang,jangan panggil dia monyet pulak...huahahaha



Ape itu Tachymeter??

Jam kat sebelah ni memang canggih...korang tengok pun dah rase gerun...haha..tu belum korang pakai lagi....

Sebenarnya aku nak cerita pasal tachymeter...mungkin tak semua orang tau apa itu tachymeter....jadi aku akan cuba cerita sikit apa itu tachymeter....

Korang nampak tak kat keliling jam tu ada meter yang ada tulis 60km/h...meter tu la namanya tachymeter..

Bagaimana nak guna?

Sebagai contoh;

Sebuah kereta memandu sejauh 1 kilometer...korang pun tekan butang start untuk hidupkan jam randik yang dah memang ada kat jam korang...
Andaikan jam randik korang menunjukkan kereta tersebut memerlukan 35saat untuk bergerak sejauh 1 kilometer,jadi korang pun tengok kat tachymeter... Secara purata kelajuan kereta tersebut ialah 100km/h..

Ni la penerangan secara umum tentang tachymeter...harap korang dapat menggunakannya untuk keselamatan sejagat...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...