Pages

Suka tak???

Saturday, May 7, 2011

MLM (mean lost members)

Tengah lepak-lepak dengan member kat rumah member bersama member sekalian. Terpikir pulak pasal MLM. Sekarang ni boleh dikatakan memang ramai orang yang join MLM. Kita pun sedia maklum bahawa bermacam-macam jenis MLM ada kat Malaysia ni. Yang halal ade, yang haram lagi la ada. Kalau duduk tunggu bas kat bus stop, macam-macam jenis sticker promote ada pasal MLM.

Aku nak bangkitkan cerita MLM ni bukan sebab aku benci MLM ni. Aku pun tak tahu, entah-entah satu hari nanti tergerak jugak aku nak join MLM. Memang tak dapat dinafikan la, dari MLM ni banyak JUTAWAN telah dilahirkan. Tapi bagi aku, kalau seorang jutawan dilahirkan daripada pengorbanan ramai orang bawahan mereka..tak guna jugak. Kita pun tahu sedia maklum macam mana MLM beroperasi. So, lambat laun tetap berlaku penindasan. Maaf la kepada sesiapa yang terasa, aku tak bermaksud macam tu pun. Cuma nak meluahkan apa yang terbuku je.

Lepas tu, yang aku tak berapa nak berkenan bila kawan-kawan ajak join MLM bawah dia. Mula-mula diorang mesti cakap sekadar dengar taklimat je. Bila dah dengar, kalau tak nak join pun takpe. Tapi, bila dah dengar taklimat, kebanyakan mereka seolah memaksa suruh kita join jugak. Time ni la, kita yang takde pape tiba-tiba jadi serba salah. Last-last, kawan yang jadi rapat pun bergaduh. Membe yang duduk sebilik pun jadi masam muka. Tak patut la kan. Tak tahu la kalau ada orang yang suka kalau hidup dia macam tu.

Kesimpulannya, penceramah MLM selalu sebut bukan senang nak senang. Patutnya diorang yang kene pegang kata-kata ni dulu. Diorang kene ingat, bukan senang nak mengajak orang senang-senang je join MLM. Diorang kene tau bukan semua pemikiran orang seperti yang mereka pikirkan.



p/s: sorry...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...