Pada satu pagi yang suam-suam kopi, seorang cikgu lelaki masuk ke dalam bilik darjah dengan langkah kiri untuk memulakan pembelajaran.
Amat: Selamat datang cikgu!!!
Cikgu: Baiklah, kamu semua jangan duduk lagi…
Borhan: Kenapa cikgu tak benarkan kami duduk???
Cikgu: Saja-saja. Dah memang hobi cikgu, nak buat macam mana???
Borhan: @#$%& hampeh punya cikgu…
Cikgu: Ok, hari ni cikgu nak ajar kamu bahasa…
Amat: Tak payah ajar cikgu!!!
Cikgu: Kenapa dengan kamu ni??? Belajar pun malas!!!
Amat: Kalau nak setakat belajar bahasa, kami semua dah terer… Cikgu tak payah ajar pun takpe…
Cikgu: Amboi-amboi, takbur betol la kamu semua ni..
Amat: Jangan cikgu!!! Kalau nak melabur pergi la toilet..
Cikgu: Nak gurau-gurau manja pulak dengan cikgu kamu ni!!! Kalau kamu terer sangat, bahasa apa yang kamu pandai??
Amat: Bahasa kurang ajor, cikgu!!!
Cikgu: La…apa yang tak kena dengan kamu ni ha?? Sudah-sudah, hari ni kita belajar tentang api..
Borhan: Best-best.. Cikgu ajar la cepat.. Jangan layan perasaan sangat dengan abu tu..
Cikgu: Ok..kalau korang nak tahu, api ni bila kecil jadi kawan tapi bila dah besar jadi lawan.
Amat: Cikgu!!! Saya tak takut nak lawan dengan api tu..
Cikgu: Aie amat.. Kamu dah macam puas hidup ke??
Amat: Ala cikgu, kita bukannya tak besar-besar pun nanti.. Bila saya dah besar nanti saya lawan la api tu.. Sebelum tu bagi la api tu enjoy puas-puas…
Cikgu: Itu bukan lawan namanya. Itu dah bodoh tahap dewa. Kamu ingat api tu takde expired date ke??
Borhan: Cikgu!!!
Cikgu: Kamu nak apa pulak??
Borhan: Bukannya sume api bila kecik jadi kawan..
Cikgu: Kalau bukan, apa dia??
Borhan: Semut api cikgu!!! Kecik-kecik dah buat jahat. Kalau dah besar nanti,
derhaka dengan mak ayah pulak. Masa dia tengah kecik ni la kena bunuh.. Nanti dah besar, menyusahkan orang pulak..
Cikgu: Sengal unta betol la kamu ni.. Kamu ingat semut tu macam kamu ke?? Malang betul siapa dapat anak murid macam korang ni..
Chin: Cikgu!!!
Cikgu: Mende??
Chin: Saya tahu api apa yang paling jahat..
Cikgu: Apa dia??
Chin: Ni ha cikgu, Borhan dengan Amat api-apikan saya suruh buat cikgu marah. Tapi saya tak buat macam tu, cikgu!!!
Cikgu: Kamu semua ni saja je nak buat paras kolesterol cikgu naik!!!!!!!!!!!
Lantas cikgu kembali ke meja dan bertapa sejenak..