Pages

Suka tak???

Tuesday, March 15, 2011

Ikuti info mengenai gempa bumi di Jepun.


Tidak ramai yang tahu gempa bumi yang kuat di Jepun bukan sahaja memberi impak kepada Jepun sahaja, bahkan kepada seluruh dunia.
Bencana di Jepun merupakan yang kelima terbesar pernah direkodkan di dunia.

Bencana gempa bumi minggu lalu dan tsunami di Jepun telah menyebabkan pulau itu lebih dekat ke Amerika Syarikat dan mengubah paksi planet bumi.

Gempa tersebut menyebabkan keretakan 15 batu di bawah dasar laut yang terbentang sejauh 186 batu panjang dan 93 batu lebar.

Daerah yang paling dekat dengan pusat gempa telah melompat 13 kaki lebih dekat ke Amerika Syarikat.

Gempa bumi ini menyebabkan paksi bumi berubah sebanyak 6.5 inci, dan telah memendekkan hari sebanyak 1.8 mikrosaat.

Kesan yang paling jelas adalah Jepun telah tenggelam 2 kaki ke bawah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...